.

.

Thursday, January 10, 2013

. antara kelebihan penyokong bolasepak yang sejati .




penyokongtrw1




Antara kelebihan penyokong bolasepak yang sejati ialah mempunyai naluri mampu membaca prediction dalam banyak sudut didalam bolasepak. Ini yang menarik sebenarnya mengenai ketaksuban penyokong sejati iaitu menilai menggunakan agakan yang selalunya akan hampir tepat. Biasa yang dangkal pun prediction mengenai keputusan siapa menang, bilangan kiraan jaringan, siapa first eleven dan pelbagai variasi lagi yang kebanyakannya menjurus kearah perjudian. Itu adalah tahi, tetapi yang benihnya adalah mereka yang tak berjudi, mereka yang menerka dengan kemampuan mengikuti dengan bersungguh-sungguh sukan ini, pasukan yang digemari serta pemain yang di gilai.

Selain daripada itu, keghairahan kepada sukan ini terutama yang melibatkan pasukan tempatan, mereka seperti ketagihan untuk mengetahui serba anika berita terkini pasukan lebih-lebih lagi berita sulit, berita pecah panggung dan kontroversi, maklumat ini mereka akan sebarkan sesama sendiri untuk menunjukkan tahap otai mereka dalam menggali mengenai pasukan. Ada diantara mereka yang meneka sahaja berita dengan mereka-reka cerita sensasi yang menjuruskan kearah kepakaran mereka bahawa rapat nya mereka dengan pasukan tempatan yang mereka ikuti sungguh-sungguh. Perjalanan pasukan sudah dapat dihidu oleh akal peminat sejati ini, selalunya tidak sehaluan dengan pengurusan dan orang dalam pasukan yang betul, kerana keterlaluan mereka dan membijak pandai mengolah isu serta mengkritik basi.


Antara yang berada dekat dengan kem pasukan, mereka akan mengikuti aktiviti kelansungan harian pasukan, merapatkan telinga mereka dengan dinding bilik persalinan pemain, mendekatkan diri dengan orang dalam pasukan, akhirnya tercetus leak source atau sumber tiris maklumat yang dicari untuk kepuasan menyokong, atau lebih tepat lagi sebagai anjakan ketaksuban diri mereka dan sesama mereka sendiri. Selain dari perkara negatif yang kesimpulannya dapat saya huraikan diatas, terdapat juga beberapa input positif yang menjadikan suara penyokong kelihatan lebih pintar, dengan agakan selain sumber tiris, menghairankan staff atau orang dalam pasukan sendiri yang tidak lah mengetahui maklumat kadang-kadang nya jauh ketinggalan berbanding penyokong telinga nipis ini.


Ini membentuk suasana yang sangat mengujakan bagi penyokong baru yang ingin mengenal pasukan, tidak lah mereka tahu ianya perkara yang mengasikkan, khayal dalam berita-berita unik mengenai pasukan. Selain itu perkara yang cemerlang ialah bagaimana hebat penyokong boleh menjangkakan morale atau form pemain, mereka mampu menyukat kemampuan pemain dan coach, seolah-olah mereka berada di tepi padang setiap kali pasukan turun berlatih. Kelebihan penyokong lama yang berpengalaman biasanya mampu mengagak pemain ini bakal menyinar atau merudum. Pemain ini sebegini dan sebegitu, naik muak sebenarnya bagi pemain sendiri merasa risih dengan penyokong seolah-olah menjadi panel penilai yang mengganggu kehidupan seharian.


Ini tidak boleh lari dari ketaksuban. Kerana ketaksuban itu memang sentiasa dihuni oleh dua perkara, iaitu kekarutan dan menjengkelkan. Setelah bercerita panjang lebar mengenai pembacaan minda atau prediksi penyokong, tiba lah saya ke topik sebenar yang saya ingin sentuh. Mungkin topik ini pendek sahaja, tetapi saya panjang kan dengan pendahuluan definasi mengenai serkap jarang atau pun digelar prediksi. Yang paling saya tersentuh dengan pengalaman menyokong bola secara taksub ini kebanyakannya mampu menerka form atau kemampuan pemain yang menjadi tanda tanya. Ianya melibatkan seorang pemain yang dijadikan topik utama perbualan penyokong, pemain yang mempunyai form ala yo-yo, turun naik dan kritikan yang mendahulukan segalanya memang membidas pemain dan jurulatih sendiri, termasuk staff pengurusan. Ini seolah-olah mencabar kewibawaan semua yang terlibat dalam membentuk pemain yang sangat diperlukan tetapi di ragui tahapnya.


Kalau dulu saban musim, Khalid Jamlus, Nizad Ayub, Akmal Rizal, Azlan Ismail dan Mohamed Ghaddar, yang terkini ialah Keita Mandjou. Sebelum itu ramai nama-nama yang menjadi main target, penulis masih ingat kegiatan penulis sendiri mencalar ego pasukan menjadi petualang memohon pengurusan menggugurkan Gustavo Romero, yang hingar bingar nya bukan lah pemain yang sepatutnya terpilih ketika itu. Memang ketaksuban yang macai akan membentuk emosi pembakar rakan sebelah untuk turut sama terasa bahang kemarahan. Itu tak diceritakan hikayat hitam zaman gelap KAFA yang tak manis untuk di bicarakan lagi, biarlah ianya berkubur dipasak di minda penyokong-penyokong zaman mesolitik itu.


Mengenai Mandjou, ramai juga yang berbelah bagi, dan boleh tahan ramai yang menserkap jarang bahawa pemain ini tidak ada kemampuan untuk mengetuai jentera serangan Kelantan FA yang saban musim mengutip jaringan terbanyak, walaupun ternyata melalui pemain tengah juga bercampur aduk, perlunya seorang individu pengukir tanda aras, sebagai orang yang boleh dipasakkan kekuatan selepas pemergiaan the important number 9. Ramai yang merasakan coach yang hadir 4-5 musim terakhir ini, mampu membentuk stability lebih-lebih lagi dengan reputasi graf yang sentiasa menaik dan cemerlang. Mereka-mereka ini merasakan Kelantan FA dihuni oleh individu yang mempunyai Winning Mentality yang lengkap di segenap department bukan lah panik jika tidak mempunyai penyerang yang tumpul. Lebih-lebih lagi di momok dengan kemenangan Chelsea di Uefa Champions League walaupun mempunyai hanya penyerang terpaling kontroversi tahun 2012.


Walau bagaimana pun, keresahan sentiasa mewarnai ketaksuban. Panik adalah perkataan yang sesuai bagi sekelompok besar kuantiti penyokong yang berbondong-bondong berhabisan ke stadium dan menjadikan trademark pasukan, mempunyai pemain kedua belas yang terkuat didalam liga. Ini dipadu dengan vokaliti mereka, kuantiti mereka dan jurang kualiti tidak perlu dinyatakan lagi, kerana sememangnya api kemeriahan ini di bentuk oleh orang-orang ini, mereka risau dengan compang-camping pasukan yang tidak nampak menuju kesempurnaan tetapi mereka akan sentiasa yakin dengan pilihan jurulatih, yang menolak Pertratos yang tertanya belum teruji didalam selut kompetetif liga. Kalau tiga perlawanan pasukan gagal memaksimumkan kutipan mata mengatasi pasukan lain, akan dapat dihidu kelemahan berpunca dari Mandjou walaupun mungkin ada seribu sebab lagi menyebab kan sebuah pasukan gagal beraksi baik, lebih-lebih lagi tekanan dari pasukan lain yang mengorak langkah menyenaraikan import terbaik, dengan dua penjaring terbanyak liga 2012 kekal didalam liga dan ditambah dengan kehadiran penyerang antarabangsa yang ternama pasukan dari selatan.


Ini cabaran yang tersendiri secara individunya bagi pemain, dan secara overallnya bagi pengurusan. Rebana musim 2013 akan bertabuh pembuka selera, gerak tari pemain akan diperhatikan, suara yang memuji berbuih mulut dan suara yang menghentam mengkritik akan berpercikan air liur. Ibarat menonton tayangan perlawanan bolasepak di channel High Defination, rumput berkocakan gelimpangan hasil dari cengkaman Stud kasut bola menyebabkan tumpuan mata tidak berpaling kearah lain. Selamat datang Malaysia Super League 2013.


¥ betterman@kelate.net ¥





0 comments: