Orait. Perjalanan aku bermula di airport Kota Kinabalu. Take off pukul 9.15 and touch down kat airport Senai pukul 11.15. Kami bergelandangan dulu sambil tunggu kawan aku pick up. Dia dari Danga Bay. Kami sewa Tune Hotel. Haaa. Macam mana nak booking semua? Baca sini
Di sebabkan kami berlima, aku amek Quad Room. Bilik dua, tapi ada pintu kat tengah. Kau boleh la berlari dari bilik sebelah ke bilik kawww. Hehe. Esoknya, pagi pagi lagi aku turun ke lobby, Encik Ismail tunggu untuk beri tiket masuk ke USS dan white card.
Kami bertolak around 8.00 am. Then lepas imigresen JB dan Singapura. Aku terus lena. Tengok-tengok dah sampai USS, lebih kurang pukul 10.30++. Kami diberi taklimat then teruss berrrrrrrrrlariiiiiiiii masuk USS. Muahahaha, Nampak tak excited? Tapiii, sebelum masuk, wajib la bergambar kat globe USS tu dulu. WAJIB ok!
Ok. Keriangan dan keterujaan bermulaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
1. HOLLYWOOD
Kat sini just street atau jalan. Hollywood street la lebih kurang. Ada jual cenderahati gitewwww.
2. MADAGASCAR
Korang mesti pernah kan tengok filem ni. Haaa. Kat sini, kita menyusuri sungai buatan dalam 'gua' la kot. Then dalam tu ada watak watak dalam filem Madagascar dengan sound effectnya sekali. Macam kau tengok filem tu live la.
Kalau kau ikut schedule betul betul. Kau akan boleh jumpa watak2 ni yang real. Dorang akan buat show.
3. FAR FAR AWAY
Macam penah dengar kan? Haaa. Mesti laaaa. Shrek kot! Korang mesti masuk dalam istana tu. Dalam sana korang akan tengok Shrek 4D yang super real la. Aku pernah masuk yang 6D motion kat Temerloh. Shrek ni pon sama je la. kau akan rasa setiap gegaran dan percikan airrr liurrr si keldai tuh!1 Hehe
Donkey Show ada kat luar istana ni. Tapi aku tak sempat tengok sebab sebokkk nak bergambar kat semua sudut kann. Hehe. So, kalau korang datang sini, please alert dengan masa show ni. Jangan risau, kat entrance tu nanti kau akan dapat jadual setiap show.
4. THE LOST WORLD
Dalam ni ada banyak la tempat kau boleh explore. Jurassic Park. Amber Rock Climb. Water World. Dino Soarin. Canopy Flyer
Aku sempat tengok show kat water world ni. Real macam dalam filem kot. Salute la kat pelakon pelakon tuh.Jangan lupa ride and main semua permainan tauuu. kau dah banyak 200hengget kan, gunakan sebaik mungkin!
5. ANCIENT EGYPT
Kat sini feeling dia macam kat tanah arab or kat Egypt la. Ala ala zaman purba pon hade. Dia punya roller coaster korang mesti cuba! Wajib! Excitingg gilaaa. Siap ada mumia lagi. RC ni tertutup tawww. Memang kalau dapat naik banyak kali, aku sanggup! Tapi, kau tak boleh bawak apaapa masuk dalam. Beg semua tak boleh.
area egypt ni jugak ada abangg sadoo yang very hensem dan sadooo lah! haha. aku macam terujaaa, waaaaah, wujud sungguh ler orang besauuu macam gini. asal tengok dalam movie tak hade la besauuu sangat ek. bila aku berdiri sebelah abang sadoo tu, kerdil sungguh ku rasa! haha. dan lagi, ada la awek seksi ala ala arab dan abang ketak ketak yang akan buat kau terkejut. hehe. nak tau? mesti pergi uss ok!
6. SCIENCE FICTION CITY.
Kat sini ada pameran transformer. Hehh. Aku ni tak minat benda alah macam tu, so, aku just tengok suam suam kuku gitewww. Kat sini jugak la ada roller coaster atau accelerator, ada Red and Blue kat Batlestar Galactica. Aku memang aim nak try yang ni kot. Panjang gilaaa. Kalau tak silap aku terpanjang di Asia or Asia Tenggara? Heeee, kalau salah please drop ur komen tauuu. Tapi malangnyaaaa, tutup. Under maintanance. Arghhh.
Kau paham tak macam mana perasaan frust aku? Serius nak pegi lagi!!! Nak jugak naik accelerator ni!
7. NEW YORK
Ni diaaa feeling kat New York. Ada show hip hop, Sesame Street bagai. Serius teringat zaman kecik kecik. Budak sekarang tak kenal dah sesame street, kartun jagung tu semua kann?
satu lagi tenpat menarik kat New York ni, LIGHT, CAMERA, ACTION!. kat sini dia tunjuk macam mana filem hollywood semua tu buat. alaaa, yang macam korang tengok kat pawagam tu, macam macam cerita kan. depa just buat kat studio yang superb gila. sound effect, lighting semua 100 markah aku kasi. serius kaub akan rasa kagummm. mesti masuk ok!
USS pon ade benda alah ni okayyy. hehe.
Dah penat berjalan, lapar kan? jangan risauu. banyak je food court yang halal. hari tu aku makan kat Oasis Cafe, area The Mummy kat Egypt tu. Harga? Biasalah, kalau kau convert duit mesia, memang terbeliak lah mata kau!
Mutton Masala SGD 12.00
Chicken Butter SGD 12.00
Bagi yang Muslim. Janga risauu, surau ada disediakan. Betul betul tepi The Mummy. Between The Mummy and Battlestar Galactica. 'besarrrr' sangat. dan telekung solat tak disediakan ok. sejadah sahaja yang ada.
Tandas kat sini banyakk. Tapi air yang tak hade. paham paham sajalah yeee. Aku jumpa satu je tandas cangkung yang ada paip. Depan istana far far away. ;')
Last sekali kami round lagi sekali start form Hollywood-Madagascar-Far Far Away-The Lost World-Ancient Egypt-Sci Fi City- New York
Tepat pukul 6.45 kami keluar dari USS. Baiiiii, till we meet again. soon. heeee.