.

.

Wednesday, September 17, 2014

. Trip ke USS : Tips Perjalanan ke USS .


Bismillah.

Rasa rajin. Hmm. Rasa macam nak coret perjalanan aku ke USS. Kot kot la boleh jadi panduan untuk you all semua. Kot jugak aku nak pegi lain kali. Tak payah dah gigih gugel blog orang lain kann? :P

Plan ni lamaaa gila kot. After konvo bulan 6 hari tu lagi. Lepas turuun flight from KL to KK. Terus beli tiket KK-JHB untuk bulan 9. Tamak haloba uols. Time tu tiket raya pun tak beli lagi. Bab jalan ni haruslahhh exicted cepat dan tangkas gitewww. hehe

Plan asalnya aku dan Yu mintak si X ni bawakan kami ke USS. Maklumlah, dia orang JB. Suka travel, jadi saje je ajak die. Die on, kami pin apa lagiii, beli terus tiket. Then, after rayaaa, dia cakap dia ada campinggg pulak, sama hari dengan tarikh kami ke USS. Aku kena pegi sendiri. So? Apa nak kata.

Dengan gigihnya aku gugel sana gugel sini. Buka blog sana, buka blog sini. Search punya search. Aku jumpa satu pakej ke USS. Include tiket masuk USS, tiket bas dan white card. Pakej bermula di Tune Hotel Danga Bay. Apa lagiii, terus mesej orang yang urus tu, kebetulan kawan aku Yana pon bagi contact yang sama. Rupanya kawan dia kot yang buat pakej ke USS. Legaaaa. Bukan apa, aku takut gak jadi apa apa kan. Nak ke USS ni banyak cara. First, yang aku amek ni, memang include semua dah. Satu lagi cara, kau check in Tune Hotel dan amek pakej sekali tiket bas Odyssey ke USS. Repeattttt, hanya tiket bas ke USS. Tiket nak masuk USS kau kena beli online atau au berani mati je pegi beli kat USS tuu. Tapii kena beratur panjang la.

Cara lain, kalau tak nak stay kat Tune Hotel, kau just walk in kat syarikat Odyssey ni dan beli tiket. Ofis dia dekattt je dengan lobi hotel tuu. Tapiiii, in case kalau trip paaling awal sold out, melopong lah kau kena tunggu trip seterusnya. Kau boleh jugak call je terus ke syarikat tu.

Contact no. Shuttle Bus Odyssey
En. Sufian 07-2323092

Tapii aku ni jenis nak mudah. Memandangkan aku dari Senai terus check in kat Tune Hotel, so aku decide ambik pakej terus dari hotel je. Senangg. Agen dia pon setuju nak bagi tiket tu pagi sebelum bertolak. bas pon pick up dekat hotel tu. So, tak payah la aku susah susah nak jalan or ambik teksi ke tempat bas kan.

Ni dia pakej yang aku ambik.
Pakej ini meliputi:

1) Tiket bas pergi dan balik (Tune Hotel-USS-Tune Hotel)
2) Tiket USS
3) White Card (Immigration Form).

HARGA:
>> KANAK-KANAK ( 4 - 12 TAHUN ) = RM160
>> DEWASA ( 13 - 59 TAHUN ) = RM200
>> SENIOR ( 59 TAHUN KE ATAS ) = RM135

Masa bas (Tune Hotel -> USS -> Tune Hotel):
>> Pergi [7:30 a.m], Balik [7:30 p.m]

Bawah ni link ke laman web pakej tu.





Bab tiket selesai. Masuk bab booking hotel. Tune hotel ni bagi aku selesa la untuk kau tidooo sajoo. Bukan nak buat aktiviti ape pon dalam tu kan. Haaaa. Selesa sangat. Booking online ni hanyaaaa boleh guna kad kredit sajooo ye. Masalahhh sungguh. Terpaksa la aku mintak kad kredit ayah. Nasib lah ayah aku sportingg. Masa mula mula aku posting dulu pon ayah pinjamkan kad kredit dia tanpa bayaran. HAHA. Tapiii, ada masalah time nak booking. Jadi, aku  mintak tolong kawan aku book. Selamat lah ayah aku dari di pawwww.

After balik dari USS, Sabtu malam. Aku ke rumah makcik aku kat Larkin. Plan asal nak naik train je balik Kelantan. Ambik tempat tidoo, jimat pon jimatt. Aku prefer train instead of bussss! Seram maknyahhhh nak naik bas. Alone. Call KTMB KL Sentral nak booking. U know whattt. Tiket habissss. Cuti Hari Malaysia kann. Omaigaddddd. Gigih la pulak aku search flight yang paaaaaaaaling murah. Last, jumpa jugak. Nasib la makcik aku sanggup hantar ke Senai. Tq cik! Heee.



Flight direct ke Kota Bharu memang nan hadoo. Nak tak nak, terpaksa la transit KLIA2 or KLIA or SUBANG. Dah taknak naik bas kan.. HAHA. Search punya search, jumpa yang paling murah. Tapi aku kena bermalam dekat Subang sebab flight ke Kota Bharu keesokan hari. No hal, apa guna ada membe kan.




Alhamdulillah. Ada promo, sebab tu dapat murah laaa sikitttt. Nyaris nyaris dah nak beli Air Asia. HAHA. AA cecah 200 kot. Oiii. Kopak poket gua derrrr!

From Kota Kinabalu to JHB, Air Asia, MYR201.50, 12 September malam
From JHB to Subang, aku naik Firefly, MYR81 , 14 September malam.
Subang to Kota Bharu, terbang dengan Malindo, MYR59, 15 September pagii.
 Kota Bharu - Machang, ayah amek (FOC). haha. yang ni je free. :P:P

Haa. Nampak? Tiket sajoooo dah overshadow kos percutiannn. HAHA. Tapi kalau dah nakk, memang ejasss kasi jadi. Betul tak? Semua aircraft aku nak try. Bulan 11 ni naik MAS pulak kayyy sitiiiii. Oh, lupa nak cakap. Tenkiuu ayah sponsor tiket. :PP






Aku nak share. Ni first time aku naik Firefly dengan Malindo. Biasa naik AA je. Serius nak booking tiket FF senanggg gila. Tak serumit AA. Dah la boleh auto check in. Kalau AA kan 2 weeks before baru kau gigih bukak web check in. Kalau FF ni, terus check in and send boarding pass thru emel. Delicious uolsss. Malindo pulak? Hmm. No komen. Banyak kali bukak web check in takdapat. Curiousss gilaaa. Malindo ada online check in ke takkk ehhh?  Asal aku gagallll mengonline check in kan diriii???  --'


TOTAL KOS tak termasuk belanja.

Flight :

Kota Kinabalu to JHB, Air Asia                   = MYR 201.50
JHB to Subang, aku naik Firefly                    = MYR 81
Kota Bharu, terbang dengan Malindo           = MYR 59

Tiket USS                                                        = MYR 200
Tune Hotel, Danga Bay, JB                       = MYR 68 (bundar terus kauuu)

TOTAL =  MYR 609.50

Belanja dekat USS dan JB tu not included la yee. Sebab masing masing punya nafsu makan dan membeliiii nye punn. HEHE.

Ok. Dah panjang dah akau taip. macam bagusss pulak hari ni. HAHA. Till we meet again darllling. Have a nice day ahead and wonderful trip!


happiness only real when shared ;')

2 comments:

Yana Mohamad said...

pergh.aku tak de kredit kad.haha.
acane niiii

JESS said...

Informative Sharing. Thanks. By the way, if anyone interested to buy Entrance Tickets of Singapore at promotion price - you can also contact me. :) My location in Johor Bahru. All kinds of tickets available such as: USS - SEA AQUARIUM - NIGHT SAFARI - CABLE CAR - SINGAPORE ZOO - MADAME TUSSAUDS - WINGS OF TIME - GARDEN BY THE BAY & etc! Visit Love Travel on Facebook! CLICK here >> www.facebook.com/lovetravel86
From: JESSICA HP: +6017-7055381 EMAIL: jessica.travel8686@gmail.com