.

.

Tuesday, June 28, 2016

. Road Trip to Miri : Taman Awam Miri .


Last day. Kami check out dan breakfast.  Kami plan nak balik ke Lawas sebelum zohor. Tapi kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Terlajak enjoy. Hampir jam 3 petang baru bertolak balik. Dah nak masuk Asar. HAHA. Kannn. Perempuan macam tu lah. Janji di capati. ;p


Lepas breakfast, kami ke kedai yang menjual kain batik sarawak dan kraf. Kat situ pun lame jugak. Puas hati si Wahid memborong kain. Aku macam biasa la, stick to the bajet. HAHA. Aku beli beg sandang patchwork je untuk adik aku. 

 

Kedai Rong Reng
14,Jalan Brooke, 98000 Miri
013-8372601 ( Mr. & Mrs George )

Aku siap join group auntie ni lagi. Kat dalam grup wassap tu memang majoriti guru-guru semenanjung yang biasa borong kain banyak-banyak. Hehe. Gigih kau demi nak beli kain batik sarawak yang murah. Retail pun dapat harga murah macam kat kedai. Cuma tambah postage je. Murah bah kan. Kalau korang nak beli kain batik sarawak, jangan lupa datang sini ye. Berbaloi baq hang. Rambang mata.

Then, kami terus ke Bintang Megamall demi mencari sesuap kek. ;p 


Happy Birthday to us! 

Pit stop terakhir sebelum balik, Taman Awam Miri. Pusing-pusing sampai ketibas ( berpeluh ) satu badan. Nasib baik hujan, kalau tak agaknya lama lagi kami kat situ. Lepas puas bergambar, kami terus shoot balik Lawas. 




Haruslah lalu jambatan ni kalau ke sini kan. 




Gigih ke tepi jalan nak amik gamba dengan menatang ni. Hujan pulak tu. ;p



Bai Miri. InsyaAllah datang lagi. Banyak tempat lagi kat Miri ni aku tak explore. Hehe. 

Kami bertolak hampir jam 3 petang dan sampai kat Lawas magrib. Thanks guys for the wonderful experience. Pengalaman jalan kaki dari dalam car park mall keluar mall sebab gate mall kunci. Itu yang paling bongok aku rase. HAHA. Btw, next trip????


 happiness only real when shared ;)

 

Sunday, June 26, 2016

. Road Trip to Miri : Canada Hill .


Last day kursus, Jumaat. Kami mintak stay untuk satu malam kat hostel IPG. Sebab malas nak check in hotel. nasib baik penyelia asrama sporting. So, jimat sikit belanja. Kursus habis tengah hari, then kami balik recharge energy. Lepas asar, kami gerak ke Canada Hill. tempat wajib jejak kalau datang Miri. Sebab dari sini kita akan nampak pemandangan bandar Miri. 


belakang tu view bandar Miri.

Ada apa sebenarnya kat Canada Hill ni? Haaa. Kat sini lah Telaga Minyak Pertama di Miri,  The Grand Old Lady dan Muzium Petroleum. Nak sampai ke bukit ni, kena mendaki sikit lah. Tapi naik kereta la. Tak daya nak jalan. HAHA. Kat atas bukit ni memang ada track untuk jogging. Waktu kami sampai, dah petang, so ramai yang lepak dan ramai jugak yang jogging. 

menunggu sunset



gambar cover album sikit! HAHA

lima ketul.

Dari puncak Canada Hill, aku nampak bandaraya Miri dan laut. Sunset's view dia subhanallah cantik sangat. Disebabkan kami pergi dah lewat, muzium pun dah tutup. So, tak dapat masuk. Apa lagi, bergambar je la. T_T

   acah-acah sweet. gituuu!

 
 The Grand Old Lady. Telaga minyak pertama di Miri.

 

Kat sini ada banyak anjing hitam. Besar gileee. Tapi jangan takut. Anjing tu tak kacau orang. Mungkin anjing yang jaga kawasan kot. Hehe. Aku pun mula-mula cuak gila. Tapi tengok orang lain rileks je. :p

 

Pencahayaan yang superb. HAHA

 buat album dangdut jom! HAHAHA



Sunset at Canada Hill

Ok dah. HAHA. Lepas tu kami balik ke bilik, solat jamak then kami terus keluar isi perut. Kami dah aim satu kedai jual nasi kukus dan nasi kerabu Kelantan! Walopon jauh sikit, tapi sebab nak makan punya pasal, redah jela jemahh!


Restoran D' Selera Kelate.
Lot 2357, Ground Floor, Jalan Datuk Edward Jeli, Piasau Link, 98000, Miri,

Memang sedap. Rasa kelantannye di situ. HAHA. Puas hati mekti makan haa. Harga memang la mahal sikit kalau nak dibandingkan di Kelantan. Tapi berbaloi sebab sedap + makan dalam aircond. Hewhew. 

Lepas melantak dengan senang hati, kami plan nak main bowling kat Bintang Megamall. Tapi fullhouse, ada pun kat tengah-tengah. memang takkk la wei. HAHA. Then kami terus naik tingkat atas, nengok wayang la gayanya. Next movie yang paling awal, Summer Camp. Apalagi, grab je. 


 Midnight movie sangat. Tapi mata sorang-sorang dah rabakk. HAHA. Layankan jela.


to be continued ... ;p

happiness only real when shared ;)


Saturday, June 25, 2016

. Road Trip to Miri : PTM ! .


Part two! Tujuan utama ke Miri, nak berkursus sebenarnya. Sambil makan angin. Hewhew. PTM guys! Program Transformasi Minda Siri 6! Alhamdulillah, PTM kali ni kami dari Lawas paling ramai. AJK PTM kali ni pun geng Lawas 'konker'. Hehe. Senang nak kawtim. Penghulu dan Penghuluwati geng Lawas. Mihmih.

Sampai je terus ada pre-test. Hah. Padan muka korang. Sapa suruh post gamba kat grup. Hehe. 
Btw, kami ada grup wassap batch kami. 2014. Beberapa ketul je ahli pun. HEHE. Mintak halal gamba ye Amir. ;p
 

Just a short update jelah ye. Sebab takde ape nak cerita weiii. Kursus = boring? Hah. Memang lah boring, tapi tak de la tahap tertido. HAHA. Alhamdulillah, mata aku masih boleh tahan. Even, ceramah dari pagi sampai malam + aktiviti kumpulan sikit. Hmmm. Nasib baik tak ada persembahan kumpulan bagai. I hate that! Tapi bila dapat penceramah yang aktif sikit, jalan sana sini, tanya soalan macam-macam, mula lah mata terbuka luas! Hehe.


First day, boleh duduk suka hati mak kau dengan geng satu PPD. Kikiki


Second day, hah, ikut senarai nama okay. Memandai je korang.

Tapi yang pasti, aku enjoy la sepanjang PTM. Senam robik memang superb. Kawan-kawan memang best. Ketua kami sporting yang amat. Group pun sempoi je semua. Cuma ceramah ada yang bohhhsan. Biasala kan. HAHA. Macam la budak-budak dalam kelas tu semua enjoy time aku mengaja. HAHAHAHA. 


Kumpulan 10 yang semua kepala tak betul. paling bising. HAHA. Ter satu grup pulak dengan si Anep.


Afzan Comrade yaww!

Serius, perkara yang paling dirindui lepas habis PTM ialah senam robik! No wonder lah aku dengar lagu-lagu senam robik tu ulang-ulang kali. Otw balik ke Lawas pun kami dengar je lagu 'mossa mossa' etc, kami siap buat gaya lagik. HAHA. Gilak


 Pengurus kami, Puan Jus with the hot guy from PPD Lawas. HAHA.
 


Gimik perasmian penutup.



With 'Makcik Kantin' . Dia dah cam muka aku sebab setiap kali lepas slot, aku and the geng muka first sampai kafe. HAHA. Yang berkot bagai tu Anep, penghulu. Jejaka berbaju hitam kat belakang tu, Stephen, haaa, dialah ketua senam robik kami. Memang budak PJ kot. Power gila tuu. Belakang sana, si Izzat.


It's wrap for Siri 6 yawww! Seksa seminggu dah habis. Hahaha.


Majlis penyampaian cenderahati. AJK pun dapat haa. Semua geng Lawas tu, Aina, me, Anep, Amir. Aku pi pejam mata tu awatt. Spoil gamba. :p



PPD Lawas


Aina, Jus, me, Zara, Wahida.


" geng kita tengok sapa pindah dulu "


happiness only real when shared ;)


Thursday, June 23, 2016

. Road Trip to Miri : Part 1 .


Road trip to Miri? Dah lama aku impikan. HAHA. Naik twin otter dah pernah. Nak jugak lalu jalan darat kan. Lalu Brunei sampai dua kali. Heee. Akhirnya. Thanks to KPM sebab buat kursus kat Miri. Boleh jugak aku menyelam sambil minum air. 

Berapa jam dari Lawas ke Miri? Sebenarnya bila masuk je Brunei, ada dua jalan ke Miri. Satu,  ikut jalan bandar ( masuk b.seri begawan ) dan satu  lagi ikut jalan kampung. For sure lah jalan kampung lagi dekat dan tak jammed kan. For those yang memang fasihhhhh jalan ke Miri, memang akan ikut short cut lah. Kawan aku ikut bandar = 6 jam. Kami ikut jalan kampung = 3 jam setengah.


Dari Lawas, kau kena hadap 8 imigresen. T___T. Kalau return, maknanya 16 imigresen korang kena berhenti cap pasport. HAHA. Hadap la weh. Nak sangat kan. Kalau imigresen dari Brunei nak masuk Miri tu, memang jammed gila ah. If nasib korang baik, lengang. Kalau takkk, mau sejam dua berkampung kat situ.  


So, ini lah imigresen yang mesti kami hadap before sampai di Miri :

Lawas - Brunei - Limbang - Brunei - Miri

1. Imigresen Mengkalap ( keluar dari MAS )
2. Imigresen Labu ( masuk ke Brunei )
3. Imigresen Brunei ( keluar dari Brunei )
4. Imigresen Pandaruan ( masukkkk semula ke MAS )
5. Imigresen Limbang ( keluar kau dari MAS )
6. Imigresen Kuala Lurah ( masuk ke Brunei )
7. Imigresen Sungai Tujuh ( keluar dari Brunei )
8. Imigresen Sungai Tujuh ( sampai Miri )


Nahhh. Berapa kami nak berhenti? HAHA. Tempat lain mana nak dapat oi. Bila sampai di Brunei, nak masuk Miri, akan ada satu jambatan + tol. Ala-ala jambatan Pulau Pinang gitu. Tapi cinonet je jambatannye. Tol Jambatan Rasau. Kat situ kena bayar 3 Ringgit Brunei. Then bila masuk Miri, ada satu lagi tol, Malaysia punya. Free untuk local. If plat kereta kau Malaysia mariiiiiiiiii, free lah. Penjaga tol tu akan angkat je palang if tengok nombor plat Malaysia. Orang Brunei je kena bayar tol. ;)


Dari imigresen ke badar Miri amik masa lebih kurang 20 minit. Kami ikut short cut ( lagi ). Sampai je, kami terus cari tempat isi perut. Lapaq oii. Last kami breakfast kat Lawas. Sekeping roti mana lerr mampu bertahan sampai malam. HAHA.

Kami bertolak dari Lawas, jam 9.15 pagi. Tiba di Miri jam 1 tengah hari. Lepas melantak di Boulevard Hypermarket,  kami terus pecut ke IPG Miri. Ya, tujuan asal kami ke Miri sebenarnya nak berkursus. Tapi dah macam short trip. Muahahaha. 



Restoran Sajian Warisan, Pantai Tanjung Lobang, Miri. Few minutes from IPG.



Stay tuned guys. To be continued ok...



happiness only real when shared ;)


Sunday, June 19, 2016

. Tenom Trip : Last Day + Total Bajet .


Last day! Planning kami nak naik train seawal jam 7 pagi ke Beaufort. So, gigih la kami bangun awal dan jalan kaki ke stesen train memandangkan kami menginap kat hotel yang sekangkang kera je dengan stesen train tuh. 


Awal lagi time tuh, gerai-gerai sepanjang pesta pun semua dah tak de. Dorang dah kemas semalam kot. Sampai kat stesen, pakcik yang kerja kat stesen tu cakap hari ni train dibatalkan! OMG. Terkezutttt makk. Disebabkan semalam hujan, ada masalah landasan. Train yang tengah hari pun belum confirm ada. Hmmm.. Kami rileks dulu, duduk dan tunggu si Nasrul sampai.

After discuss dengan Ainul semua, dorang pegi tanya harga teksi ke Beaufort. Bas dah tentu takde sebab bas dari Tenom or Keningau hanya menghala ke KK. Takde ke Beaufort. So, pakcik teksi tu mintak RM90! Omakkkaiiii. Mahaii. So, kami tak jadi amik teksi. Dan dan pulak Ainul cakap nak hantar kami ke Beaufort. Fuhh. Lega. Huntunggg ler ada kawan macam ni. Dari Tenom ke Beaufort kalau naik kereta, ambik masa satu jam setengah. Then, Din sampai. Kami decide nak breakfast dulu.



Pukul 9.30 pagi kami bertolak dari Tenom. Ainul bawak steady je. Dalam jam 12 kami sampai Beaufort, isi perut dulu kat KFC. Then terus kami pegi stesen train amik kereta kat sana. Ainul gerak balik Tenom dulu sebab dia taknak bermalam dalam perjalanan. Maklumlah, jalan berbukit dan hutan, sorang-sorang pulak tu. Serius ohsem gila kau Nol! Mana lagi nak cari kawan macam ko kat duniaa ni oiii. :D

Lepas tu kami bertiga hantar Nasrul ke stesen van untuk ke Menumbok. Oh, Nasrul nak balik ke Labuan. naik speedboat kat Menumbok, dia kena ambik van ke Menumbok. RM2 kalau tak silap. Van ke sana sentiasa ada, tapii dia akan tunggu van penuh baru jalan. 

Then kami terus shoot ke Lawas. Isnin, jalan haruslah clear walopon cuti umum kann. Esok aku cuti lagi! Saja je ambik cuti lebih. HAHA.




See you on our next trip guys! Makin hari makin berkurang ahli ni. Sobs~


total day 3 : minyak kereta - RM25

TOTAL BAJET :

day 1     :   RM 116.70
day 2     :  RM 77
day 3    :   RM 25

TOTAL : RM 218.70


happiness is real when shared ;)



Link :
KK to Tenom by Train
Jadual Kereta Api Sabah
Tenom Trip by Train
Tenom Trip Day 1
Tenom Trip Day 2
Tenom Trip : Total Bajet


Saturday, June 18, 2016

. Tenom Trip : Day 2 - Kopi Tenom & Keningau .



Fuh! Lama betul ambik masa nak sambung part 2. HAHA. Maklumlah. Cuti 2 minggu, aku memang tak bawak balik laptop. Gituu. Before cuti tu sibuk kursus seminggu + exam week then terus blah dari sini. Sesuatu sangat.

Ok, hari kedua kami di Tenom, pagi-pagi kami brekfes kat Restoran Asia Rasa. Kami jalan kaki je ke restoran. Sambil-sambil tu kami selfie kat 'round about kopi'. Mercu tanda Tenom la kiranya.

 

Lepas tu terus ke Taman Pertanian Sabah. Tempat wajib la kiranya kalau ke Tenom. Kat sana ada taman bunga, pokok buah-buahan. Tapi time kami pegi, bukan musim buah. So, tak dapat la makan buah free. T_T


Tiket nak masuk taman pertanian tu RM 10. Memang luas bebenor taman tu. Tapi jangan risau, ada kereta bawak korang pusing-pusing dalam tu.


Tak lama pun kami kat sini. Lebih kurang sejam dua je. Lepas tu kami terus ke Kilang Kopi Yit Foh. Kilang kopi terkenal kat Sabah kot. Rasa memang superb!


Kami bernasib baik sebab kebiasaannya hari Ahad, kilang ni tak bukak. Tapi sebab minggu kami pergi tu ada pesta, so, kilang ni bukak. Hee. Alhamdulillah. Sempat memborong kopi Tenom! Haruslah beli banyak sikit kan. Aku kan kopi lovers. HAHA

Kat sini kita boleh tengok proses penghasilan kopi. Tapi disebabkan hari minggu, non hade pekerja. Just bukak untuk beli kopi. So, pekerja kat situ pasang video untuk kami tengok sejarah kopi Tenom. Gituu. Lepas tu kami diberi kopi percuma. Testing ler kononnya.



Banyak pilihan kopi. Rambang mata. macam nak beli semua. HAHA


Tercapai jugak hajat hakak nak datang Tenom. Hihi.


Then, kami ( aku, Nas, Ainul, Aina & Yu ) terus pecut ke Keningau. Tak jauh pun, lebih kurang 40 minit macam tu je. Tu pun bergantung pada trafik la. Din dan Fia terus balik rumah. Dorang tak ikut. Sebab malam nanti dorang nal payung kami dinner! Hehe.

Sampai di keningau, kami singgah solat jamak kat masjid. Lepas tu baru pegi isi perut. Lapaqq la jugak kan. HAHA. Kat Keningau ada mall dan ada panggung wayang! Tapi kami tak masuk pun mall tu. Tak rare ah pegi mall. HAHA. Kemana destinasi kami?


IPG Keningau! HAHA. Kata budak IPG kan. Haruslah melawat kawasan.


Lepas tu kami terus pecut ke Taman Banjaran Crocker. Eh? Banjaran Crocker? Haaa. Ala, macam pernah dengar kan? Sah-sah la pernah dengar kalau kau belajo Geografi kat sekolah dulu! HAHA. Taman Banjaran Crocker ni tempat air terjun la. Di kaki banjaran tu. Tempat ni dah otw balik ke Tenom. Dalam perjalanan tu, memang nampak Banjaran Crocker. ;)


Aku memang teruja la weh. Selama ni pernah dengar je. Now tengok depan mata.  Dari simpang masuk (jalan besar) nak ke taman banjaran ni, agak jauh dan kena mendaki bukit yang tinggi + curam. memang cuak dah sorang-sorang.


Nak ke air terjun tu korang kena jalan. Lebih kurang 600M ke air terjun yang paling dekat. Kena turun naik bukit sikit la. Act, banyak air terjun kat sini. Tapi kene jalan jauh sikit la.


Maap ler kabur. Snap sambil berlari. HAHAH.

 

 Sangat menyesal sebab kami tak datang sini dulu. Plus, tak bawak baju. kalau tak, boleh mandi. Syok gila weh. Kami sampai kat sini dah petang. Tempat ni tutup pukul 5. Tapi disebabkan abang yang jaga kawasan ni baik, dan kami pun datang dari jauh, dia tutup lambat sikit. Hee. InsyaAllah next time kena datang lagi untuk mandi kat sini. HAHA. Gigih!


Otw balik, kami singgah bergambar kat Rumah Murut. Bergambar je k. HAHA. Kat dalam ni macam muzium la. Ada rumah orang murut. Kena bayar jugak nak masuk dalam ni. So, kami just amik gambar je. Sampai di tenom, kami round dulu kat pesta. Mak aiii. Meriah betul dengan orang-orang mabuk. Seram pulak. Macam kat luar negara dah gayanya. Bukak gerai tepi jalan, lepas tu mabuk-mabuk. Erm, tapi nak buat macam mana kan. Dah gaya hidup dorang. Akak tak kecam okay. 


Kami lepak-lepak kejap kat kedai makan. Tapi tak makan pun. Simpan perut nak makan kat rumah Din nanti. HAHA. 


Geng BM IPG Afan di Tenom!

Tahniah Din, dah beli rumah kat sini. Lama lagi nampak gayanya kat sini tuu. HEHE. Tq sudi masak-masak untuk kami. Siap warning lagi, lain kali kalau datang Tenom, kena tido rumah dia.



Destinasi terakhir. Lepak kat tempat paling tinggi kat Tenom. Kat Hotel Perkasa ke apa nama dia. Lupaaaa oii. HAHA. Memang dari sini nampak bandar Tenom. 


Maka berakhirlah hari kedua kami di Tenom. Esoknye kami balik! T__________T


Obsessive Coffee Disorder.  


bajet day 2 :

tiket taman pertanian : RM 10
kopi tenom               :  RM 52
jajan dll                    : RM 15

total day 2       : RM 77


happiness is real when shared ;)

Link :
KK to Tenom by Train
Jadual Kereta Api Sabah
Tenom Trip by Train
Tenom Trip Day 1
Tenom Trip Day 2
Tenom Trip : Total Bajet