.

.

Friday, December 2, 2016

. Kuching Trip : Sarawak Cultural Village .


Hari ketiga.

Sarawak Cultural Village!. Tempat ni memang wajib la datang kalau bercuti ke Kuching. Hehe. Hari ni kami turun lambat sikit. Pukul 8 pagi Abang Botak datang ambik kami dan bawak breakfast kat Teh Tarik Restaurant. Konsep restoran ni best. Dia macam food court. Ada banyak gerai makanan. Kita order je kat gerai tu, then nanti akan ada pekerja setiap gerai tu bawakan order kau. Terus bayar. Gitewww. Sedap la. Aku makan roti bakar + nasi lemak.


Kami semua guna kad student. Jadi sorang RM30. Harga asal RM65. Heee. Tapi disebabkan ramai orang, kami dapat turn untuk tengok persembahan trip kedua, jam 12.30. So, kami masuk jalan-jalan dalam tu dulu.


Sementara tunggu Abang Botak pegi beli tiket, kami lepak kat Pantai Damai dulu. 



Semua masih wangi time ni. Hehe.


Ni tangga ke main hall untuk tengok persembahan.


 Rumah pertama, Rumah Melayu. 


Memang klasik gilaaaa oii rumah. Macam dalam cerita melayu klasik cerita pendekar dulu-dulu. Hehe. Serius cantekkkk sangat. Kalau duit banyak boleh la buat rumah macam ni. Sebab kayu mahal sekarang dikkk. HAHA. Kat ruang tengah rumah, ada makcik-makcik main gendang, Ainul siap menari joget lagi. Kat dapur pulak, ada dua orang sedang buat kuih tradisional melayu. Korang boleh beli kuih tu. Kami? Of course la beli dikk. Heee.


Rumah Cina. Dalam rumah tu semua peralatan orang-orang cina. Kami sempat jugak beli kuih tradisional cina. Jamah sikit sorang je jadilahh. 


Rumah Melanau. Rumah kaum Melanau ni tinggi gila oiiiiiiiiii. Dia punya tiang rumah tinggi. Haha. Bawah rumah kau boleh main bola. HAHA. Tak boleh bayang macam mana dorang turun naik tangga tu hari-hari. Tak salah aku ada tiga tingkat kot?. Bawah rumah tu dorang ada main muzik+buluh. Tingkat pertama, dapur, ruang tamu gitu. Tingkat kedua bilik-bilik. Kecik je bilik. Atas sekali loteng tempat simpan barang.  Tangga rumah orang Melanau ni hanya guna sebatang kayu, lepas tu dorang takik jadi bentuk tangga. Hazab dik nak naik. Masa naik tu ok la. Nak turun tu ya rabiiiii. Dah la tinggi. Fuhh. tabik spring ah kat dorang.



Rumah Orang Penan. Gambar yang kat bawah tu, pondok tempat lukis tatu. Rumah Orang Penan ni biasa je, macam pondok, sebab orang Penan kan hidup nomad. Berpindah randah. So, pondok dorang simple je.


Nexttt, Rumah Orang Ulu. Rumah ni pun tinggi dan panjang. Aku suka corak-corak orang ulu ni. Serius. Dalam rumah ni, ada sorang awek cunn, tengah buat gelang, rantai dan aksesori berasaskan manik. Kain-kain corang orang ulu pun ada jual. 


 Memandangkan dah pukul 11.30 pagi, kami decide nak ke main hall. Sebab persembahan pukul 12.30, so kami nak pegi cop tempat. Sebelum tu, kami singgah dulu kat rumah muzik, kau bayar RM1, then masuk main alat muzik tradisional. aku, kaksara dan ainul tak masuk pun. Kami sembang kat luar je.


Persembahan tarian etnik. Of course aku paling excited sebab aku kan cikgu tarian. Semua aku rekod. HAHA. Persembahan pertama, tarian alu-aluan, tarian melayu, iban, melanau, orang ulu dan bidayuh.


Habis je persembahan, kami sambung lagi, ada dua rumah lagi. Rugi la kalau tak masuk semua. Next is Rumah Bidayuh. Rumah ni besarrrrr yang amat. Sebab kaum kerabat semua duduk satu rumah kan. Tapi, ketua dorang duduk rumah yang lain, kalau dalam gambar atas, yang ada kain kaler hitam merah kuning tu haaa.


Last, Rumah Iban. Yang ni memang biasa kita tengok, stail macam rumah panjang dan banyak bilik. Depan bilik, ada anjung yang luas, hujung sekali ada tempat pemujaan. Sabor jelah hakak. Balik hotel terus mandi. Kot la ada yang ikut kan. Hesh. Nauzubillah. 


Gigih lalu titi ni.


Sempat lagi bergambar dengan Mc Na and the geng. Dorang pun datang sini jugak. 


Lepas tu, Abang Botak bawak kami beli kek. Hajatnya nak naik perahu dari waterfront ke kedai kek lapis Dayang Salhah.Tapi Abang Botak bawak kami ikut jalan darat jerr. Kek lapis Dayang Salhah ni memang femes la. Wajib datang. Ada satu lagi kedai kek femes, Mira Kek Lapis. Aku nampak macam kedai ni yang lagi ramai pelanggan hari tu. Aku just beli 4 potong je. Dua untuk rumet aku yang datang bercuti kat KK, 2 lagi aku nak makan kat Lawas nanti. Orang lain semua memborong. Aku tak heran sangat lah, selalu dah makan. Heee. Makcik depan rumah aku tu jual kek lapis ni haaa.


Selepas tu, kami ke Masjid Jamek. Lepas jugak hajat nak solat kat sini. ;) Waktu masuk kat tempat solat tu, subhanallaahhhhhhhhh.. kagum kejap. Cantik sangat.


Then kami ke rumah TYT.


Malamnya, kami dinner kat Restoran Ala Kampong. Seafood again? Yer, tapi aku request nak daging, sebab muka dah gatal-gatal. 

Menu :
- ikan siakap stim
- ayam paprik
- sotong butter
- sayur campur
- tomyam campur
- kerang rebus

RM 140

Lepas kenyang, kami ke Riverside Hotel, main bowling. Pukul 1 baru sampai hotel. Macam biasa, kami naik uber. Driver uber tu orang Selangor, dia siap perli kami, 'lambat balikkk'. HAHA. Yelah, pompuan, malam-malam melepak tak hengatt. Ishhh. 


Ketua rombongan sedang bagi taklimat untuk tentatif esok. HAHA


Selesai hari ketiga. ;)


happiness only real when shared ;)

0 comments: