Tiga minggu lepas, aku dan housemate ke Kota Kinabalu, hantar sorang lagi housemate. Ada kecemasan, dia nak balik semenanjung. So, kami gerak dari Lawas pukul 6 petang. Sampai KK dah malam. Alang-alang dah lewat, tidur sini jelah. Kami pun survey lah hotel. Banyak pulak yang fully booked. Kami nak stay area Putatan, malas nak masuk bandar sebab jammed --'
Jadi pilihan kami, 7 Seven Boutique Hotel, Putatan. Dekat dengan tempat makan, pasaraya Suvey. Boleh jalan kaki je.
Lobi Hotel
Harga Bilik
Kami sewa Family Room : RM 158
Kami request bilik untuk tiga orang. Call je kalau malas nak booking online.
Bilik ni ada satu katil single dan satu katil double.
Meja dan almari kecil untuk sangkut baju. Cermin ada dua, satu kat almari ni, satu lagi tepi pintu. Heee. Dalam tandas pun ada satuu. ;p
Tu haaa satu lagi cermin. Dannnn, pintu bilik air hotel ni kaca tau. Tapi idok lerrr transparent. Pintu memang tak ada kunci. Err, nak memerut pun serba salah. Tapi aku peduli apa. Hahaha.
Bilik air memang sangatttttttt selesa. Aku bagi 4 bintang.
Selfie dulu depan lif. ;p
So, kalau korang datang KK, rasa nak stay kat hotel yang selesa, sila-silalah ke hotel ni. Highly recommended!
Alamat : Lot 8 Unit 4, Grand Plaza Putatan, Jalan Putatan, Bandar Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, MalaysiaNo. telefon : +60 88-734 737
HOTEL REVIEW :
Borneo Beachouse Backpackers, Tanjung Aru, KK
Sandy Beach Resort, Langkawi
Hotel Nostalgia, Penang
Singgahsana Bulan Cinta Homestay, Langkawi
Kundasang Rosewood Homecottage, Kundasang
Living House, Kuching
7seven Boutique Hotel, Putatan, Kota Kinabalu
Hotel Tenom
Hotel Thanh Thu, Ho Chi Minh City
White Loft Hotel, Melaka
Kinabalu Daya Hotel
Hotel Asiana, Kota Kinabalu
0 comments:
Post a Comment