.

.

Saturday, April 1, 2017

. Mek : Aneh atau Pelik?


Peliknya cinta.
atau
Anehnya manusia?

Pernah tak satu hari, satu ketika.
Kau terfikir, cinta atau manusia yang aneh?
Orang kata, cinta itu buta.
Tapi aku kata, kita yang buta kerana cinta.

Aku bukan tunding pada kau.
Nahhh, aku tunding pada diri aku.
Akulah manusia aneh itu.
Aneh dek kerana cinta.
Cinta kau yang aku sendiri tak pasti.
Ikhlas atau sengaja nak mencuba?

Namun aku padam segala sangsi.
Aku usir semua saksi yang ku anggap dengki.
Pada cinta kita yang kononnya suci.
Ahhh. Sungguhku buta hati.

https://scontent.fkul8-1.fna.fbcdn.net/v/t31.0-8/s720x720/337205_275068429174646_7635288_o.jpg?oh=a74d061fab9c1bc7ba324f43fce672a6&oe=595EB789

Tapi, hati tetap sangsi.
Sampai kini.
Adakah kau betul simpan aku dalam hati?
Kau kata itu kau kata ini.
Tabur seribu janji.
Yang engkau sendiri tak pernah tepati.
Aku datang ni bukan nak menuntut janji.
Cuma aku mahu kita cuba lagi.
Nahhhh, betapa butanya aku ini.
Ya aku sedar.
Ya aku tahu.
Tapi hati kata, cuba la lagi.


Ah. Keliru. Kenapa dalam setiap doa, aku masih titipkan namamu?
Sedangkan realitinya kita sudah tidak bersama lagi?
Mungkinkah sebab jauh di sudut hati...
Kau kucintai lagi?



0 comments: