.

.

Tuesday, April 4, 2017

. ResepiMek : Sagu Gula Apong .


Hujung minggu datang lagi. Timetime gini jelah rajin nak buat macam-macam kan. Tengok dalam facebook, ramai pulak yang buat sagu gula melaka. Tapi aku guna gula apong sebab dah ada dalam peti ais. hehe. Aku buat banyak sebab nak bagi kat kawan-kawan.

Bahan-bahan :

2 paket sagu
Gula apong
5 helai daun pandan
Susu cair

Cara-cara masak sagu:

1. Didihkan sedikit air + daun pandan yang disimpul.
2. Masukkan sagu dan kacau ( paras air lebih sikit je daripada sagu )
3. Kacau jangan berhenti takut hangit.
4. Tambah air sedikit demi sedikit mengikut kesuaian. Agak-agak kalau sagu dah masak, jangan la tambah ek.
5. Toskan dan alirkan air atas sagu. Nak hilangkan lendir-lendir tu.


Cara-cara masak gula apong :

1. Didihkan air bersama gula apong. ( jangan banyak sangat air )
2. Masukkan daun pandan.
3. Kacau hingga gula apong larut.

ok siap!


Masukkan gula apong, sagu dan susu cair.


Untuk kawan-kawan. Heee


Yummy giler weh. Lagi sedap kalau tambah dua tiga ketul ais.

Selamat mencuba!

0 comments: