.

.

Wednesday, October 16, 2019

. hotelreview : Hotel Bestari Prima, Kuala Lipis .


Nextttt hotel review. Hotel Bestari Prima, Bandar Baru Kuala Lipis. Hotel ni aku walk in je. Aku ada reunion kat Jerantut. Then hantar kawan aku naik bas kat Kuala Lipis. Memandangkan dah petang, jadi aku bermalam di Lipis dulu. Esoknya aku bertolak balik ke Kelantan. 



So, aku pusing-pusing bandar Lipis mencari hotel. Banyak je hotel. Cuma aku nak cari hotel paling baru. Aku dah biasa dengan bandar ni, maklumlah, lapan tahun belajar kat sini. So, tak ada masalah setakat nak round pekan ni. HAHA. Tak besar sangat pun. Dari zaman Mrsm hingga ke IPG.

Hotel Bestari ni ada dua, yang ini paling baru. Sebelah hotel ni ada kedai makan. Seberang jalan ada Shell, Car Wash, Kedai Serbaneka. Parking pun senang.


Reception


Lif untuk ke bilik.


Pantri untuk tetamu. Kalau rasa lapar, boleh masak mee segera kat sini.


Seterika disediakan. Tapi diluar bilik.




Yang paling aku suka, cermin besar ni. HAHAHA. Fitrah seorang perempuan. Memang suka sangat tilik diri sendiri.



Tandas sangat bersih. Hotel baru kan.




Ni rate harga bilik kat sini. Bagi aku, berbaloi.



Hotel Bestari Prima
28, Lorong BBKL 2/3/2. Bandar Baru Kuala Lipis
27200 Kuala Lipis, Pahang



Wednesday, October 9, 2019

. hotelreview : Crystal City, Kuantan.


Nextttttttttttttt, Crystal City Hotel, Kuantan.


Hotel paling susah nak cari. Pakai alamat dalam booking.com. Tapi driver grab tak jumpa cari. HAHA. Nasib baik hotelnya ok. Selesa dan harga berpatutan.


Reception


Ruang menunggu. Aku stay sini semalam. Ingatkan dekat dengan kolej adik aku, rupanya jauh. Tapi ok la. Sebab grab bersepah kat sini.


Ni aku suka. Cermin besar gila!




Wifi percuma. Tak ada astro


Katil queen tapi muat tiga orang.



Aku kalau stay hotel, tandaslah tempat yag aku jenguk dulu. HAHAH. Kalau booking thru online, memang aku tengok gambar tandas dulu. So, untuk bilik ni,harganya RM 73.14 per night. Aku booking thru booking.com.

For those yang berminat, ni details :

Crystal City
A-231, First Floor, 
Jalan Air Putih,
25300 Kuantan, Pahang
09-5671166



Wednesday, October 2, 2019

. Xplore Borneo : Aristo Hotel, Putatan, Sabah .


Next hotel aku nak share dengan korang. Aristo Hotel, Putatan.

Actually lokasi hotel ni bukanlah betul-betul di bandar KK pun. Lokasinya di Putatan, sebelum masuk bandar KK. Janga risau, parking kat sini banyak. Bersebelahan Shell. Tempat makan? Ada kedai  mamak, Burger King dan Secret Recipe. 


Reception. 




Room Rate
 
Harga memang murah weyy, Sesuai la kalau korang nak transit sambil tunggu flight. Sebab sangat dekat dengan airport. Lima minit je. Grab pun ada. RM5 sahaja. Aku stay sini semalam, sebab flight aku ke Kelantan awal pagi. So, eloklah stay hotel daripada mereput kat McD.



Dua katil single.


Kata bilik bajet kan, memang ngam la dengan harganya. RM55.



Berminat?

Aristo Hotel
Lot 15, 1st Floor, 
Putatan Central Plaza,
Mile 6, Jalan Putatan,
Penampang, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
088 773838



Wednesday, July 3, 2019

.Xplore Borneo : Hotel Asiana, Kota Kinabalu .


Next hotelllll.

Hotel Asiana, Kota Kinabalu. Lokasi hotel ni di Grace Square, Sembulan. Kiranya belum masuk bandar KK la. Aku dah dua kali stay sini. Sebab senang dapat parking, tak sibuk, tak jem dan dekat dengan kedai makan ore Klate! Nama kedai makan tu, D'Lengkuas Cafe. Kalau korang datang KK, nak makan makanan pantai timur, datang la kedai ni.


Reception

Ni tangga nak naik ke tingkat satu. Tangga lawa wey. Tapi segan nak posing kat sini. Kalau korang malas nak menapak, lif pun ada. Jangan risau.



Kali ni aku booking family room. Bilik ni untuk tiga orang. Satu katil queen dan satu katil single. Sesuai la untuk aku yang selalu travel tiga orang.


 Ni katil single. Kat tepi dinding. Memang selesa sangat. Highly recommended la.





Tandas pun selesa, bersih. 

Photo of this room 

Ni lah gambar full bilik ni. Gambar ni je aku copy dari booking.com.

Maklumat tentang bilik ni ( copy from booking.com)
Private bathroom 
 
Room size
21 m²
This family room has a electric kettle, tea/coffee maker and seating area.
In your bathroom:
  • • Shower
  • • Hairdryer
  • • Free toiletries
  • • Private bathroom
  • • Slippers
  • • Bidet
  • • Towels
Room facilities:
  • • Tea/Coffee Maker
  • • Safety Deposit Box
  • • Telephone
  • • Air conditioning
  • • Seating Area
  • • Satellite Channels
  • • Flat-screen TV
  • • Wake-up service
  • • Electric kettle
  • • Wardrobe or closet
  • • Linen
Free WiFi!

Harga : RM 151
For those yang nak stay sini. Nah alamat :

Lot 01, Grace Square Shophouse, 
Lrg Grace Square, 
Jln Pantai Sembulan, Sembulan, 
88100 Kota Kinabalu, Malaysia

Friday, June 28, 2019

. Xplore Borneo : Kinabalu Daya Hotel .


Hello gais. Lama rasaya aku tak share pasal hotel kan? Berfolder-folder dah gambar hotel ni. Hari ni kita share lah satu. Kebanyakannya aku share hotel area Kota Kinabalu. Maklumlah aku kan kerja kat sini. 

Macam biasa, kalau aku ada trip di Sabah. Tak kira lah Kudat ke, Kundasang ke, Tamparuli ke. Memang pit stop nya kat KK.


Kota Kinabalu Daya Hotel. Hotel ni kat tengha-tengah bandar KK. Aku ni memang sejenis suka cuba macam-macam hotel. Nanti kalau orang tanya, kat KK mana hotel yang best, barulah aku boleh explain satu-satu kan? Hehe.


Ni Reception. Besar jugak hotel ni.  Boleh tahan. Harga berpatutan. Aku stay sini bulan April 2017. Masa tu aku ada trip rafting di Tamparuli. Then trip hiking kat situ jugak. 


Kebetulan member aku dapat diskaun. Kami pun on jelah. Walaupun parking memang susahhhhhhhhh benauuu nak cari. Sejam weyy berpusing cari parking.  

Kami ambil bilik family. 1 katil queen. 2 katil single. Tapi kat tengah-tengah ada pintu. Pintu masuk satu je. Harga sebenar aku dah lupa. Lebih kurang RM200++. Harga promosi. Sebab kawan aku yang bayar. Biasanya aku yang setel urusan hotel ni. Kali ni dia yang tolong booking.


Satu bilik. Tapi ada dua ruang tidur, satu bilik air. Dua almari. dua cermin. Dua tv. Ni ruang pertama, katil queen.  


Tepi katil ruang 1, ada pintu ke ruang tidur kedua. Macam dalam gambar.


Ruang tidur kedua. Dua katil single.


Cermin besar uols. Jangan risau berebut cermin. Hehe


Tv di ruang tidur kedua. Kecik la sikit.


Ni pulak cermin dan tv di ruang tidur utama. Lebih besar.


Tandas memang tip top. Ada pengering rambut juga. Aku kalau masuk hotel, memang aku jenguk tandas dulu. Aku memang penggeli sikit bab-bab tandas ni. Ok gais. Sekian saja perkongsian aku kali ni. 

Untuk info lanjut. Boleh la layari n agoda, booking.com, traveloka atau trivago eh.

Alamat :

Lot 3 & 4 Block 9, Jalan Pantai
88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Telephone: (6) 088 240 000
Facsimile: (6) 088 263 909
Email: info@kinabaludayahotel.com / reservation@kinabaludayahotel.com