.

.

Wednesday, January 20, 2016

. bucketlist : Langkawi Day 2 - Island Hopping .


Day 2 : Island Hopping - Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding, Pulau Beras Basah.

Jam 7 pagi kami menapak ke cafe resort untuk breakfast. Keluar je pintu bilik, kami nampak banyaakkkkkkk gila kereta comel. Ada konvoi kot. Apa lagi, kami snap la barang sekeping dua. :P

 Inilah baju yang gigih kami cari sampai round habis kedai baju kat Cenang tu. HAHA. 

 
 Makan kenyang-kenyang, nanti tak ada makanan dijual kat pulau tu ye. Kalau rasa tak tahan lapar, bawak makanan sendiri. Yang pentingg, bawak air mineral. Konpem korang akan haus, sebab nanti kena mendaki sikit nak ke Tasik Dayang Bunting tu.

  Syud, Ct, Saa, Cah

Jam 7 pagi kami dah tercongok kat kafe. Then, menunggu agen untuk pick up kami. Tiba tiba dorang call cakap lambat sebab kereta dah penuh. Kalau nak cepat follow dia dari belakang. So, kami decide follow jela. Nanti lambat kalau tunggu trip kedua. T_________T

Sampai kat jeti, kami diberi sticker dan wajibbbb tampal di baju or tudung or tempat senang  agen nak nampak. Sebab kat jeti tu banyakk agen yang urus pasal Island Hopping ni. So, pakai kat tempat boleh nampak dan jangannnn tanggal.  Kat jeti tu kene menunggu orang lain yang satu bot dengan kami. Kena beratur lagi. Tu sebab datang awal ok guys.




Destinasi pertama, Tasik Dayang Bunting. Korang akan diberi masa satu jam untuk lepak lepak dan mandi kat sini. So, tak payah nak lama-lama sangat ambik gambar kat jeti sebab nak ke tasik tu kena jalan jauh sikit. Naik turun bukit.



Inilah dia rupanya Tasik Dayang Bunting.


 Ni antara jalan nak ke tasik tu. Berpeluh jugaklah.


Tips : kalau nak mandi. boleh sewa jaket keselamatan.


Lake of The Pregnant Maiden



Korang boleh mandi. Tapi dinasihatkan pakai jaket keselamatan lah kalau tak pandai berenang ye. Aku tak mandi pun. Basah basah kaki gitu je. HAHA. Malas nak berbasah basahan.


Second trip ialah Eagle Feeding. Pemandu bot akan bawak korang ke tempat yang banyakkk gila helang. Korang tak payah feeling feeling nak bagi makan helang eh. BIG NO! pemandu bot tu yang akan lempar makanan kat helang tu dan korang hanya boleh tengok, ambil gambar and video. Kat sini lebih kurang 30 minit. Then korang akan gerak ke destinasi terakhir.


Destinasi terakhir, Pulau Beras Basah. Kat sini pun lebih kurang sejam korang nak mandi ke berjemur ke or snorkeling. Aku? Macam biasa lah. Sight seeing je. HAHA. Malas nak mandi... tengah hari butaaa. Konpom la terbakor muka aku nanti. Muka aku baru je pulih akibat berjemur di Pulau Mabul. HAHA. Memang idok ler aku nak mandi. Dorang berempat excited main air. Aku duduk je atas buaian sambil berangan. :P

See you on March guys!


Tips : kat sini banyak monyet. so kalau nak bawak makanan, pastikan letak dalam beg dan tutup or zip rapat rapat. jangan letak dalam plastik transparent. nanti monyet tu nampak, selamber je dia rampasss dari tangan korang nanti. HAHA. Beg kami yang tertutup tu pun monyet ni nak selongkar. Habis wet tissue aku monyet ni gigit. :P


Tips : mesti ingat nombor bot. sebab kat setiap perhentian, pemandu bot akan tinggal korang kat situ dan nanti dia akan datang pick up. so, pepandai la korang hafal nombor bot ok. awal-awal lagi pakcik or abang abang tu akan pesan supaya ingat nombor bot dorang. :D



Selepas sejam lebih melayan perasaan kat pantai, bot kami tiba. Otw balik tu dah penat. Lapaq! HAHA. So, kami decide terus balik hotel, mandi dan rehat kejap lepas tu baru keluar cari makan. Hampir pukul 2 kami tiba kat hotel.

Jeti Tasik Dayang Bunting


See you on next trip guys! :D


happiness is real when shared ;)

LINK :

0 comments: