.

.

Sunday, January 31, 2016

. bucketlist : Langkawi Day 3 - Laman Padi .


Seharian kami di Oriental Village, habis tawaf Sky Bridge dan 3D Art Museum. Then petang tu kami ke Laman Padi, niat nak makan stimbot kat SeaShells. Tapiii,.... kat situ tak boleh booking and dia buat style buffet. So, kami just jalan jalan jela. Asalkan checked sudahh. HAHA



Laman Padi

Serbu restoran!

gambar sekitar restoran ni. view memang lawa.


kalau dapat makan kat pondok tu heaven seh. feeling kat kampung. jangan risau, kat pondok tu ada kipas hokayy.


Plan asal kami nak masuk jalan jalan kat Laman Padi ni sebab ramai yang rekomen datang sini. Tapiiiiiii, bila aku datang, sorang pun tak ada kat kaunter tiket ni T_________T


harga Tiket RM 3. Tapi tak de orang kot. dan pintu masuk dia terbuka.So, kami masuk jela jalan jalan dalam tu. Cuma muzium padi tu tak dapat lah masuk. Berkunci. Ok la, nak buat macam mana kan, jalan-jalan kat sawah je k. :p

Muzium Padi

Jalan nak ke sawah padi


Buat-buat macam tak pernah jumpa sawah. Padahal kat kampung sawah lagi cun kot. HAHA


 

Sampai sini jela dapat masuk. Kami tak dapat pergi sampai hujung, nampak macam ada chalet. Memang syok la kalau dapat masuk sampai sana kan. Aku syak, nak ke chalet tu kena masuk melalui pintu muzium. Tapi muzium tutup ;p

Selepas tu, kami ke Pantai Tengah, tengok sunset. Tempat ni dekat je dengan Cenang. Sebelah sebelah je pantainyee.. time ni ramai orang tengah mandi dan ramai jugak yang main game. serius syok weiiii.


Pantai Tengah

Habis sesi feeling feeling, kami gerak ke Cenang semula. Parking kereta kat hotel then kami jalan kaki, tawaf Cenang for second time. HAHA


The Cabin. Wishlist nak tido sini. InsyaAllah. Next time.

Singgah makan kat Restoran Hj Ramli. Sedap masakan panas kat sini. Recommended.

Lepas makan, semua lemau. So, kami terus gerak ke hotel. Esok dah nak balik T______________T


bajet day 3 :

Tiket SkyCab + 3D Art Museum    : RM 47
Tiket Sky Bridge                           : RM 5
Minum ( Hujung Airport )              : RM 4
Makan Malam ( Hj Ramli )            : RM 10
Baju Tshirt                                    : RM 12
Fridge Magnet                               : RM 6

TOTAL       : RM 84  


happiness is real when shared ;)

LINK :


0 comments: