.

.

Sunday, January 24, 2016

. bucketlist : Langkawi Day 3 - Sky Bridge .


Hari ketiga, pukul 7 pagi kami keluar breakfast. Awal gilaaaa, kat kafe time tu tak ramai lagii. HAHA. Semangat nak gi Oriental Village. Sebab melalui pembacaan aku, kat sini selalu ramai orangg. Tambah tambah lagi kalau time cuti sekolah.So, pukul 7.30 kami gerak. Hampir jam 8 kami sampai di Oriental Village. Haaa, kat sini la letaknya Sky Cab dan 3D Art Museum. Kat satu tempat je. So, boleh pilih nak masuk yang mana dulu.

Oriental Village

Aku decide nak pegi Sky Cab dulu sebab tak nak berebut. T_________T. Aku sampai je, kaunter belum bukak! HAHA. Pukul 8 kot time tuh. SO, aku suvey harga. If beli asing-asing, maksudnya, beli Skycab dan 3D Art Museum tu asing-asing... mahal. So, aku pilih combo.. SkyDome+SkyCab+3D Art Museum



Rate harga :
Sky Cab              : Dewasa RM 30, Kanak-kanak RM 22 ( warganegara ) - gondola biasa
3D Art Museum   : Dewasa  RM 30

Kalau beli asing-asing memang mahal. So kami ambik yang combo

SkyDome+SkyCab+3D Art Museum = RM 47. 



Ada jugak express line, korang tak payah nak tunggu. Tapi harga pun 'express' lah kann. HAHA. Pembelian guna kredit kad pun boleh.

Kaunter tiket dan entrance


Di sebabkan aku ambik pakej combo, so kami berlima dapat masuk trip yang pertama, mula mula masuk Sky Dome dulu. Dalam ni macam tayangan jela. Macam kau masuk 6D motion! HAHA. Gambar atas sebelah kiri tu Sky Dome. :)


 Dari dalam gondola tu, boleh nampak air terjun. Adakah tu telaga tujuh? Heee. Syud dan Cah gayat. Kesian dorang. Saa pun gayat gak. Aku je yang aktif dalam gondola, selfie kemain. HAHA

Sampai je atas, akan ada 2 stesen. stesen 1 biasa biasa je. kat situ boleh la ambik gambar. if korang nak terus naik ke puncak pun boleh. so, bila gondola berhenti, kau tak payah turun. nanti dia akan terus naik ke stesen kedua, haaaa kat situ lah letaknya skybridge. tapii kami berhenti kat stesen pertama. :)


kami beratur untuk naik gondola ke stesen kedua. kat sini ada skybridge dan dua menara tinjau macam dalam gambar atas tuuu.


nak pegi ke menara tu, kena la jalan sikit. naik tangga.


menara tinjau 1

menara tinjau 2.  boleh nampak skybridge dari sini.

sky bridge. nak ke sky bridge korang kena bayar lagii. RM 5. tapi nak sampai ke sana, kene jalan lebih kurang 200M kot, lupa pulak aku. agak penatt la. tapi ok sebab cuaca sejuk sikit kan.

time aku pegi ni, dorang tengah siapkan skyglide kot untuk turun ke skybridge. so tak payah la jalan jauh jauh lagi. tapi harganya RM 15.

ok dah sampai! HAHA. excited mek sitiiiiiiiii.


kalau nak acah acah sweet, boleh la korang pos poskad kat wife husband tunang pakwe makwe dari atas gunung ni. HAHA.


Cah, me, Saerah, Syud


Hampir dua jam jugaklah kami kat atas sana. aku siap boleh duduk lepak layan feeling sorang sorang lagi. haha. kekdahnyeeee. bayar mahal mahal. konpomlah menghayati pemandangan kannn. gitewww. fyi, kat sini ada banyak aktiviti boleh buat sebenarnya. aku teringin nak main kat sky adventure park. tapi memandangkan tak plan dan aku datan sini pun pakai ala ala jangokkss gitew. tak sesuai kot nak main aktiviti lasak. so next time kena ajak geng lasak datang! hahaha.

 so nextttt, 3D Art Museum!


Traveling, it leaves you speechless, then turns you into a storyteller


happiness is real when shared ;)


LINK :


0 comments: