.

.

Thursday, August 25, 2011

:: kuih akok dan assignment ::




Kuih akok? Kenal? hihi. Tak kenal korang google la jap ae. Hehe. Malam ni aku buat assignment di temani oleh air kosongg dan kuih akok. Fevret kowt! :)



Akok Bunga.




Kuih Akok.




katasaya :: bulan puasa ni. semua benda nak 'NGAP' masuk mulut. hehe. >.<



Monday, August 22, 2011

:: dapat sesuatu dari UK! ::


Aigoo. Dah lama rasanya aku tak update blog ni kann. Pelik lak bila aku tak update blog ni lama-lama. Huhu. Sibuklah. SBE kat sekolah..! Penat kot. Balik-balik terus tido mati...! Malam lak memang tak sempat lar nak bukak tenet neh. Bukak pon kejap-kejap je. =='


Ok. Kembali pada tajuk asal. DAPAT SESUATU DARI UK? Haa.. Siapa orangg tu ek? :P Of kos lah my bestie! Azim! Hehe. Si Azim ni suka ngat la travel ke sana sini. Dia memang study kat UK lah. Raya kali ni dia balik Malaysia. Last year pon dia balik. Siap gi berkhelah n bukak pose same-same lagi. Hehe. Pemurah orangnya.



Keychain + Shawl + Book Mark



Key Chain dari Paris.
Hoho. Memang aku ada cakap. Nak souvenirs dari Paris. Hehe. Masa tu dia jenjalan kat Paris.



Shawl dari London, made in Italy. >.<
Yang ni aku suka! Cutecute je. Nanti aku nak pakai ngah jubah hitam. :)
Aku tak expect pon dia beli ni. :)




Book Mark from Turkey.
Haa..masa dia gi Turkey pon dia ada bagitau. Hihi. Mestilah tahu mana dia pergi. Si Azim ni rajin sesangat la calling-calling aku. Hehe.


Btw, tengs a lot la kawan! Ni sayang lebihhhh ni. Haha. Kenang daku dalam vacation mu yea. Haha.

Nak kenal dia?
Jum terjah...!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Tadaa..............!!!!!

burok ah muka. mase lepas raya tahun lepas.


katasaya :: kawan-kawan.




Thursday, August 18, 2011

:: pilih jalan yang selesa utk diri sendiri ::






Haa. Apa pulak aku nak merepek ni. Korang baca je lah yea. Kalau rasa tak nak bace. Sila-sila tekan Ctrl+F4 yea. Hihi. Tak paksa. :)


Dalam hidup kita ni kan. Kita mudah sangat memberi. Err,,,maksud aku... Memberi cinta. Memberi kasih sayang. Kepada orang yang belum tentu menyayangi kita seperti mana kita sayang kat dorangg. Am i rite? Haaa..banyak da yang terjadi. Tak usah cakap kat orangg la. Diri sendiri pon pernah. >.<

Pendapat aku la. Tak bagus kot buat macam tu. Memang la kita ada hak untuk mencinta dan menyayangi orang lain. Tapi bukannya sayang dia bermati-matian. Apa maknanya kalau kita menangisi cinta yang di kejar. Apa gunanya sedih bila tahu dia sebenarnya bukan milik kita. Sedangkan dia tak de apa-apa perasaan dan tak kesah pon tentang perasaan kita?

Bagi aku, kalau nak sayang someone tu, tak salah. Tapi jangan terOVER la kann. Tak bagus taww...Hihi. Diri sendiri jugak yang sakit. Buat rilek2 sudah. Aku bercakap ni berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan. Pengalaman banyak mengajar kita kan.

DAN, kita jangan selalu menyakiti hati sendiri. Jangan terlalu mudah menangis kerana perkara yang tak sepatutnya kita tangisi. Jangan bazirkan air mata kita. Cuba untuk jadi kuat dan letakkan sedikit ego. Jangan biarkan diri kita dilukai. Sekali sekala cuba hargai diri dan hati kita. Jangan mudah sangat ia di sakiti. ^^,

Cinta ni kan. Tak semestinya kena bercinta. Cinta tak semestinya memiliki. Aku sekarang selesa dengan jalan yang aku pilih. Mungkin saat ni, ketika ini, aku selesa bersendirian. Selesa untuk berkawan sahaja dengan semua orangg. Aku ingin mengenali diri aku dengan sepenuhnya. Ambil masa untuk kenal diri sendiri sebelum beri perhatian kepada orang lain. Aku nak sayang diri aku dengan sepenuhnya sebelum aku sayang orangg lain. Cuba fikir, cukup tak kasih dan sayang kita untuk diri sendiri? >_<

Aku suka macam ni. Lebih rileks dan selesa. Tak perlu nak fikir perasaan orang. Tak perlu nak jaga hati sesiapa. Tak perlu fikir perkara yang kadang-kadang leh buat kita mudy. Kita stress. Kannn.. Mungkin belum masanya untuk aku lebih serius. MASA. Aku perlu itu. Mungkin aku sudah jemu bermain dengan perasaan ni. Jemu bermain cinta. Sampai satu tahap, aku tak de perasaan untuk itu. Malas. Malas untuk memikirkan tentang cinta. Sebab ape ek? Sebab aku selalu dan pernah di sakiti? Atau balasan Tuhan kerana aku pernah menyakiti? Ahaa.. Biar aku dan Dia sahaja yang tahu. :)


Pengalaman mematangkan diri kita. Hidup ni bukannya sentiasa indah. Kadang-kadang kita kena fikir tentang diri sendiri. DAN, janganla buat keputusan melulu. Fikir sebelum berkata-kata. :)



katasaya :: hidup hanya sekali. hargai diri dan masa yang telah diberikan. >.<




notakaki :: Mud jiwangjiwang derr.. Tak leh blah btol kannn.

Wednesday, August 17, 2011

dem!





fesbuk kite. suke hati lahh nak post status 2 saat 1 post ponn. hape kau kesah.




:: ketuk-ketuk Ramadhan wif babes part 2 ::



Aip..! Ketuk-ketuk Ramadhan lagik yea. Hihi. Kali ni edisi ketuk-ketuk kat rumah tutor@our mentor. Cehh.. Beliau ialah Cik Rusini! Tutor merangkap warden kami! Dari pintu bilik aku tu memang leh nampak la umah beliau. Err..walopon bilik aku kat aras bawah tanah annn... :P


muke-muke laporr..haha.


Hari ni kami semua kene tolong tutor kami masak. Err..maksud saya girls2 jela. Yang boys datang makan jela. Antara menunya :

Sup Ayam
Sayur Campur
Ikan Bawal Swit Sour
Telur Dadar
Sambal Tempoyak
Sambal Hitam
Bubur Pisang
Kek Batik




Jemput makan yea uols...! :P



Ikan Bawal..Yummy..!


Makan free. Sape nak tolakkk.





kek batik yang awesome!


the girls.


the boys



Err.. selepas je sesi ketuk-ketuk Ramadhan ni. Aku terus balik bilik and afta Magrib... ZzzzZzz...Perut aku senakk gila Padahal aku amek separuh je nasik. Biasanya aku amek 1/4. Hadoii..problem aku ni, kalau makan banyak sikit, mulalah sakit. Senakk sampai dada. Pedih ulu hati. Minumlah Gavisconnnn.. Haha. So, memanglah bau bilik aku macam kedai ubatt. Aigoo..


Ok lah. nak blah dulu. Be good yea kawankawan. :)


ketuk-ketuk part 1


Tuesday, August 16, 2011

:: ketuk-ketuk Ramadhan wif babes ::


Aiceh. Tajuk entry macam best kan. Ketuk-ketuk Ramadhan! Haha. Tak de lah ketuk sangat kann. Hehe. Sebenarnya aku dan kawan-kawan keluar buka puasa kat luar. Kali kedua kot sepanjang Ramadhan ni. Tak leh la nak keluar harihari kann. Kopak le den! Hehe.




Hamboihh. Excited la tu yea? Hihi.




Hah. Sementara menunggu waktu berbuka. Jom kita lepak sambil mensnap-snap pixca! Hehe. Ops lupa nak cakap, kami sebenarnya nak berbuka kat satu tempat cun. Nama tempat tu Tanjung Inn. Siyes cun lah. Atas bukit tinggi gituh. TAPI kann...TUTUP! Sob..sob..sob.. So, kami ke Bukit Residen. Sini pon cun gak tempatnya. Ala, LIPIS ni kan banyak tempat bersejarah and cun kannn! =='



wif Lyna.




Alamak...! Gurllppp...! Kenyang lah saye! Hehe.




Siyes berbaloi. Tom Yam. Ikan Siakap Swit Sour. Kailan. Ayam Masak Merah. Telur Dadar. Tembikai Laici.


See? Licin..!


Satu lagi korangg kene tahu tentang aku. Ceh. Macam lah korangg nak tahu sangat kann. Sejak awal tahun hari tu, aku mula makan sikit jek nasik. Tak delah sikit sangat kann. Separuh je. Kadang-kadang susah gak nak habis. ==' Bila aku makan banyak sikit je. Mula rasa senakkk. Ups! Tahu tak ape tu senakk? Aigoo..Macam sakit ulu hati. Sakit perut yang rasa sampai kat dada? Err..paham tak? =='

Haa. Wat eva lah. Lepas je Magrib. Aku terus rasa tak sedap badan. Kenyang sangat sampai aku sakit dada and rasa nak demam. Haihh. Teruk kan? Makan tak de lah banyak sangat. Huhu. Untunglah laki aku nanti. Aku tak makan banyak. Haha.


Ok. Better aku stop merapu. Nanti kang melarat. Macam biasa. Selamat berpuasa and be good ye fellassss!







Monday, August 15, 2011

:: don't give up yeahh....! ::







Hidup ni bukan senang. Ye tak? Susah. Banyak dugaan dan cabarannya. Sekarang ponn aku dah rasa banyak dugaan yang perlu aku tempuhi. Apatah lagi ayah dan mak aku yang dah berpuluh-puluh tahun hidup dan menyara aku dan adik-adik? Lagi besar tanggungjawab dan cabaran yang mereka perlu hadapi. Aku mula memikirkan nasib aku. Hmm....

Bukan senang untuk senang dan tak susah untuk jadi susah.
Kita perlu ingat. Bukan senang dan mudah Allah nak bagi kesenangan, kejayaan dan kegembiraan kepada kita. Kita perlu berusaha. Don't give up. Jangan mudah mengalah. Kita perlu sabar dan sentiasa berusaha.

Tapi betullah, kita manusia ni selalu alpa dan mudah putus asa jika usaha kita lambat membuahkan hasil. Namun kita perlu ingatkan diri kita. Tuhan itu Maha Adil. Dia akan tunaikan apa yang kita hajati dan apa yang kita usahakan. Sama ada cepat atau lambat jep. :)

Kadang-kadang aku pun give up. Tapi aku cepat-cepat lawan perasaan tu. Mungkin Allah nak uji kita. Sejauh mana kita berusaha dan terus tawakal kepadaNya. Kannnn? Mungkin kita tak cukup berusaha. Siapa tahu? Mungkin belum tiba masanya kita dapat apa yang kita hajati itu. Dan mungkin juga kita akan dapat lebih dari apa yang kita hajati. Sebab tu Tuhan lambat tunaikan permintaan kita. ye takk? Hanya perlu yakin dan percaya. Dia Maha Adil. Ok kawannn?


Ok lahh. Cukup untuk kali ini. Aku nak packing barang lak. Esok nak balikk! Uols pon take care yeah. Be good! :)




katasaya :: Hanya yakin dan percaya kepada Dia. >.<




notakaki :: aku sedang berusaha. don't give up! * abaikan gambar yang tak de kaitan tuh yea! :P*

Sunday, August 14, 2011

:: weekend yang sibuk! overload! ::





Sibuk betul aku minggu ni. Banyak keje yang perlu di siapkan sebelum pulang cuti hari raya. Kene edit video untuk dokumentasi PJ, kene translate buku PJ dari BI ke BM. Assignmet Linguistik lagi. Huh. Weekend ni memang full je dengan keje. Sampai aku da mula demam. Haih. =='


Budak-budak ni pulak bagi video2 kat aku last2 minit. Aku dah la jenis tak suka buat lam keadaan tergesa-gesa. Hmm..Sabar jela. Nak kata aku stres? Huhhh. Tipulah kalau tak stres kan. Tapi aku TAK SUKA TUNJUK AKU STRES. Aku masih mampu tersenyum dan buat macam biasa je dengan kawan-kawan. Sebab aku tanak spoilkan mud dorang. Tapi dorang? Ada tak bertanya khabar? Huhu. Malas la nak tulis panjang2. Nanti jadik isu lak. Maklumlah. Aku ni MULUT LASER.

Tengs kepada penulis2 skrip - Yu, Iffa, Dayah, Cieda, Lina. Tengs pada Bell! Juga kepada rumet yang sekepala ngn aku. :)

Aku rasa baik aku rehat dulu. Penat sangat dah rasenye. Nanti kangg xpasal2 demam. Susah lak an. :)


Tapi, cuba letakkan diri korang di tempat aku. :) Chill!
Take care yea semua. Be good!


:: surat dari syaitan ::



SURAT DARI SYAITAN UNTUK MU


Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isha' sebelum berangkat ke tempat tidurmu

Kau benar2 orang yang 'bersyukur', Aku menyukainya
Aku tak dapat mengungkapkan betapa girangnya aku melihatmu tidak mengubah cara hidupmu.
Hai Kekasihku, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,


dan aku masih belum benar2 mencintaimu .
Malah aku masih membencimu, karena aku benci kepada Allah.
Aku hanya ingin menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mencapai misiku.
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari kemudian.
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,
dan kehidupanmu akan kuhiaskan dengan hiasan neraka.
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH
Aku benar-benar berterima kasih padamu, kerana aku sudah menunjukkan kepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani

Kita tonton video maksiat bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,bersifat munafik,makan rasuah sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, memakan riba', tidak hormat pada orang tua ,
Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini semua begitu saja.
Ayuhlah, Hai Kekasihku, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rancangan2 yg hangat untuk kita.
Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMA KASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa manjamu padaku.
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,berjudi,bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.
Lakukan semua ini di depan muda mudi dan biarkan mereka menirunya.
Begitulah sifat remaja.

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.
Kau pun tahu, aku amat membenci org2 yg suka meminta maaf dan memaafkan orang lain dan juga bertaubat atas dosa-dosa. Jadi tolonglah jangan lakukan perkara sedemikian.
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.
Memperingati orang bukanlah tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, agak berat untuk kau lakukan demikian.
Jangan salah sangka, aku masih tetap belum mencintaimu.
Selagi di hatimu masih sentiasa ingatkan nama Allah yang maha Agung itu.




renung-renungkan.


katasaya :: mud layanglayang lagi.


kredit 2 sini.






Saturday, August 13, 2011

:: nice sh00t wif babes part 1 ::


Haip. Before aku merapu dengan panjang dan lebar. Sesiapa yang tak suka tengok pixca banyak2. Sila tekan X kat sebelah kanan tu cepatcepat ek. Hihi. Sebab kan. Ni entry bergambar. Lotsa pixca oke! >.<


Lokasi : Stesen Kereta Api Kuala Lipis
Masa : 9 pagi



Bukan saje2 kami berphotoshoot neh. Ni untuk amali TDP---> Teknologi dalam pendidikan. Hah. Tayah tahu lah ape tu ek. Yang penting, kami perlu snap snap snap pixca! Hehe. Ni dah terlebih snap dah. :P Kalau bukan sebab untuk amali, tak rajin eyh kami nak pakai lawa2, kuar pagi2 di bulan puase neh. Bek tidoo kannnss. Hehe. Walopon kami sukaKAMERA, tapi, tak rajin ler nak merayap di bulan2 puase neii. >.<


Jum lah layan pixca!




Kat depan stesen train tuh. >.<








Buat muka slumber. Tak malu kat orangg betol!




Suka pixca nei!


candid!





Love diz pixca!





Ala-ala modell gitu nokss! hehe.




Thumbs up! me and Bell!




Yang ni paling aku suka. Cun! Me and Syida. >.<



Huh. Aku tempek sikit je la kan. Tak leh expose banyak2.

300++ kot pixca. Banyak gila. 2 hours photoshoot! Nantikan part 2. Aku tempek gambar aku je semua. kalau nak tempek gambar orangg lain, nanti deols tak suka ke ape ke..susah lahh kan. So, better tempek je gambar sendiri. Buat muka tak malu! Hehe.


Thumbs up 2 Bell. Awesome lahh pixca2 dr her NIKON. :)


Take care and be good yeah fellas!



katasaya :: hak masingmasing dan manusia sentiasa alpa. namun, hati perlu di jaga juga. Chill!





:: guilty ::





Korang pernah rasa bersalah tak? Err..Tipulah kalau tak pernah. Hehe. Err..ape aku neh? Dari aku merapu dengan panjang lebar. Baik aku stop sini. Nak keluar bukak puasa lak. Daa.

Korang jangan noty2 ae. Be good sygss!

Nantikan entry photoshoot aku dan rakan-rakan! :)



katasaya :: kita hanya manusia biasa. :)




notakaki :: abaikan gambar di atas.