.

.

Wednesday, January 30, 2013

. I Love U! .


Hari ni, Ayah dan Ma aku tanya benda yang sama, pada masa yang sama, tapi mereka di tempat yang berlainan. Ayah otw balik keje dan Ma kat rumah.

Ayah call dan Ma mesej..
 Pertanyaan berbunyi,... 


" long, duit belanja ada lagi x? ''
 

sehati sejiwa sungguh. macam tahu-tahu elaun tak masuk lagi kan. huhuu.. 
#elaun.

Sangat bersyukur kerana mempunyai parents yang sentiasa memahami dan membantu aku kala aku sengkek. Semoga aku mampu dan sempat membalas jasa mereka. Bukan wang ringgit yang mereka pinta, tapi perhatian dan kasih sayang daripada kita. So, hargailah ibu bapa korangg sebelum mereka di jemput menemui Illahi.

I Love You Ayah, Ma and my lovely adikss. I'll try my best to be a good Kaklong. InsyaAllah.




. bad feeling! .




kemana kaki ini melangkah. di situ ada cerita di sebaliknya. 

i love u bff!



Tuesday, January 29, 2013

. ngepek versi budu .




Nnasio. Nnasio ni banyok jenih. Ado lagu tu ado lagu ni. Hok pranga hudoh. Hok pranga molek. Hok hudoh pe'el belana kokna heh. Hok breghi 'mmongoh. Hok breghi mmecok. Hok tok leh 'tek lasong. Hok tokleh sseleh sikik la hok paling ambo tok breghi. Nanggung sseleh sikik, nyettok slalu. Apo jenih nnasio la. Amek tohok 'llauk la  kalu jenih lagu ni. Narak la kito sokmo nok jago peghasae dio. Pahtu alik kito lagu mano? Arrr.. Parok jengg lagu ni Kak We dio..

Banyok doh jenih nnasio hop ambo jupo. Hok makey daley. Hok ni paling tekkey. Llua napok bereh, juruh, tapi dae nyo sembur gak, pah daley hati ddaroh. Ado kae ore kato, ore hok napok senyak ni jange ingak dio baik. Ado pe'el jugok. Nnasio, biasolah, perangha hudoh sikik-sikik tu nyo ado hehh.

Hok tok kenae skali, hok jenih breghi mmogoh. Hei. Panah. Panah. Skalo kalu hok breghi mmongoh ni, biasonyo dio mari skali nga pekeh, mmongoh+sensitih. Tok leh sseleh ore kato. Hooo. Parok alik kito weh. Nanggung sokmo kito keno jago peghasae dio, kito keno sobar, kito keno belako gak. Heeii. Tok leh go weh. Hok jenih lagu ni, saloh sikik jah, cettung slalu. Oloh. Tok breghi la.

Bayae la, tok tahu ulu ilir, tibo-tibo cettung. Hoh? Guano kiro? Tok tahu saloh gapo. Hola, gura sikik-sikik. Kadae-kadae muluk kito ni 'terrrrr'laser sikik, biaso la tu. Tak kae nok kiro jugok. Jolo dok?

Hok breghi wak muko. Sejenih lagi hok ambo tok brapo kenae. Aish. Ngoti eh. Tok molek wei pragha gitu. Tobak ambo tok buak. Wak cettung. Masae. Ingak comey bekali. 

Nnasio. Ado jugok hok bekeng. Oloh. Ambo gak tok leh bena nah. Bahayo ore lagu ni. Saloh sikik, bekok dahi. Haha. Tapi gak, ore Kelate ni, ore kato, bako bekeng-bekeng. Betul ke Bohong? 

Hok jenih kkiro. Hok ni paling ngok. Kedekuk. Supo reto-reto dio buleh wak masuk kubo.

Mujo lah hausmates aku ni jenih tok kkiro blako. Pakak beli pakak makey. Gapo hok ado, ngap blako.. No problem ore puteh kato. Mujo sunggoh la. Peranga pong gilo-gilo blako. Buleh go. Mugo lamo doh kenaa kae. Tahu doh pranga gano.

Kito samo-samo la bekki pragha. Aku pom bukae molek sangak. Kadae-kadae kubey jugokk. Hihi.


nok oyak ni, ambo tuleh ni sajo-sajo jah. takdok keno ngeno nga sapo-sapo. kalu ado hok teghaso tu, maknonyo, dio ore hok sensitih. hahah.



Monday, January 28, 2013

. the kucingg .




The Kucingg.  Kucing sape? Sudah semestinya bukan aku punya. Kau ingat aku suka ke bela-bela bianatang peliharaan ni beb? Oh. Itu bukan aku. Habis la aku kalau dapat laki suka ternak menternak ni. Kalau dia bela kucing, dah tentu-tentu aku yang kena bagi makan bagai. Kalau berak macam mana? +_________+


Tapi, bukan bermakna aku benci gila kat kucing. Aku bagi je makan kalau mak aku suruh kan. Cuma aku bukan jenis yang nak belai-belai binatang ni. Family aku pulak, semua suka kucingg. Aku repeat, semuaa! Aku sesorang je yang 'kurenggg'. Apa pasal eh? Genetik daripada mana ntah.

Kucing kat rumah pulak semua jenis nerd nak mampos. Buat la macam mana pon, tak melawan. Tak pernah nak cakar or mengiau kuat-kuat. Perghh. Macam mana adik aku ajar kucing dioa jadi sopan ae? Hahaha. Cinda dan Tompok. Dedua nerd gila kau tahu! Dedua same kaler and corak.. Dan, dedua jugak jenis suka plastik. Err.. maksud aku, kalau dengar bunyi plastik, mesti nak masuk. Dedua kau tahu! Kucing jantan dua-dua ni. Cinda tu bapak dia, Tompok tu anak dia.

Yang aku pelik, kenapa adik aku bagi nama 'Cinda', sedangkan kucing tu kucing jantan. HAHA. Main taram je kau eh. Tapi yang sedih, Cinda ni hilang entah kemana. Kami pelik sebab Cinda sakit tenatt, nak mati dah, bila bangun pagi esok, Cinda dah tak de. ;'(


Nujur ada Tompok, pewaris Cinda. Nerd.! Huhu



Kau tengok Tompok tu, aku tak tahu apa motif dia duduk atas bonet kereta. Bukan kami yang letak tau! Dia yang naik! HAHA



Thursday, January 24, 2013

. rindu budu .




Cakap pasal makanan. Sumpah tak benda dalam dunia ni boleh lawan kesedapan BUDU. really ohsem lah! Kalau kat rumah, ada budu, ikan singgang or ikan goreng dan ulam. Fuhh. Memang meletop! Mahu tambah nasik dua tiga kali. Lupa dah pasal diet ke hape. Betul la orang kata, orang Kelantan ni tak leh dipisahkan dengan budu. Tapi ada je Kelantanese tak suka budu. Huu. Pelik bebenor aku.





See? Simple je lauk nye. Ayam goreng, ikan gorengg, ulam dan BUDU. Alhamdulillah, adik beradik aku semua tak demand bab-bab makan. Dorang makan je apa yang mak aku masak. Walaupun hanya telur goreng dan ulam. Adik bongsu aku tu, dia memang tak cerewet langsung! Telur dadar + budu, ulam pon dia bantai. Mungkin sebab kami dah di didik macam tu, kami pon bukan orang senang, jadi, adik-adik dah biasa and tak banyak bunyi. Tak banyak komen. Alhamdulillah.



Miss my home! Damn much! Much! Much!


Tuesday, January 22, 2013

. My First Day .




Praktikum kembali lagi. Selamat berpraktikum kepada semua warga IPG seluruh Malaysia terutamanya student semester 7. Kali ni praktikum 3 bulan, before ni praktikum kejap je, sem 5- sebulan dan sem 6 selama 2 bulan. Kali ni lama sikit la. Kami kena buat yang terbaik untuk praktikum kali ni sebab bulan 7 nanti kami akan intern kat sekolah yang sama jugak.


First day kat SK Gali, Raub. I was like.. errr.. boleh tahan la. GB sempoi. GPK 1 dan GPK Koko pon sempoi. Cikgu-cikgu baik dan sangat rapat! Rapat antara satu sama lain. hari pertama dah ajak kami makan kat bilik guru. Boleh di katakan peramah la. yang tak bleh tahan tu, siap tulis kat whiteboard, ' esok nak buat pancake dan nasi lemak '

HAHA. Sempoi beb! Siap ada dapur kecik lagi. Phewww..! Aku sangat lega sebab dapat sekolah yang very da very ohsem! Alhamdulillah. Aku rasa, cikgu kat sini suka buat POTLUCK macam kat SK Betau. Sekolah tempat aku praktikum semester lepas. Siyes aku cakap, setakat ni, SK Betau paling sempoi dan BEST! SANGAT BEST!


Semoga aku, Syida, Faiq dan Alimie berjaya menjalani praktikum dengan jayanya! Pray for us okay!


p/s : tadi aku timbang berat, still 53 kg. aku rasa, afta praktikum ni, mahu cecah 60 kg kot! :p


Nah! Tepek seketul gamba gua. Kikiki.




Have a nice day yea uols!



Monday, January 21, 2013

. Sabtu dan Ahad pertama .



Ahad pertama di rumah sewa. Of course lah bangun awal! HAHA. Sabtu pagi kami move in. Siap kemas semua, petang tu kami keluar cari makanan a.k.a kudapan.  Sadiss betul..! Elaun tak masuk lagi. Tapi dah kena buat keluar duit untuk bayar rumah sewa dan deposit eletrik.

Tapi, kalau ayah tengok makanan kat rumah ni, mesti dia cakap, 'tak gaya orang tak dapat elaun pon!' HAHA..



Sorang satu jenis air.



Makanan 'wajib beli', fries, nuget dan ayam bersalut.



30 biji buah. Banyak gila! Haha. Sebab kami semua konon-konon nak diet.







Nampak macam tak banyak. Tapi dekat 2 rat jugak habis.



Pagi Ahad yang suram, maklumlah, hari minggu. Bangun-bangun terus masuk dapur dengan tujuan mencari bahan makanan yang paling cepat masuk perut. Kuikui.




. Barakallah sayang .


Alkisah klasmate aku, Dila. Dia nak kawen! 

Sungguh kami excited. Sebab orang first kawen kan. Arggh. Sungguh aku excited. Dah la dia muda daripada aku kan. Kuikui. Nak buat macam mana, dah jodoh dia sampai dulu. :D



' gadis blogger yang aktif '

Ahaha. Bebudak kelas aku selalu jugak jenguk blog ni. *i guess. HAHA.



Barakallah Shawaldila dan  Fahdli.



 

. awesome feeling .








"I hope we'll be friends forever, together we'll always be. I don't think you understand just how much you mean to me. And one day when we part our ways, we'll think back to the past and think about how happy we are 'cause our friendship will always last."







. quotes : 46 .





 When iI get married, I wanna son first, then a daughter, so my son would beat up any boy that makes my little girl cry
 


Always try to stay strong. Life may not be the best right now, but it always gets better.



When a man gets jealous, its sexy. When a woman gets jealous, its scary.


No matter what others say, I'm proud to admit it.



Sometimes life gives you the test before you've had time to learn the lesson.



Sunday, January 20, 2013

. hantu durian in da house .


Hantu durian tak hade kena mengena dengan hantu kat Uitm Lendu yang tengah trending sekarang yea. Hihi.

'hantu durian'. Kalau korang nak tahu, aku dan family aku lah 'hantu durian'. Hoho. Kami semua memang suka durian. Sangat suka! Ayah aku, kalau beli durian, emmang penuh la bonet kereta. Ada satu hari tu, tok saudara aku suruh kami kutip durian kat kebun dia. Memang heaven la, satu kereta sorongg tahu!

Cuti semester lepas, dua kali ayah aku buat 'pesta durian' kat rumah. First, masa aku baru balik. Ayah terus beli durian banyak-banyak. Before aku pegy bercuti kat Bandung.



Sebahagian kulit. Kulit jerrr.


Second time, masa aku balik dari Bandung. Masa tu, nenek, maksu, pakcik dan baby Amar ada kat rumah. Berminggu-minggu jugak la dorangg stay kat rumah aku. Then ayah aku semangat la beli durian banyak-banyak.


Yummy! Yummy! Selonggok.



Side view. Hehe. Ayah longgok depan rumah jea. Dia balik dari ofis dah dekat Isyak. So, bila sampai je, kami  terus serbu. Makan kat depan rumah je, di bawah cahaya bulann. :D


katasaya : oh! bila nak balik rumahh ni. #padahal baru minggu lepas aku balik.


 

. quotes : 45 .






The best kind of guy is the one that can make his girl smile, even when she's mad at him.



Being nice to someone you dislike doesn't mean you're fake. It means you are mature enough to tolerate your dislike towards them.




If the time doesn't wait for you, don't worry, just remove the battery from the clock and enjoy life!


 The awkward moment when you wait for a text BUT you realize you're the one that didn't reply or message sending failed.



 

Saturday, January 19, 2013

. tempat baru. mood mesti baru! .



Hola holi cikebum cikebum!

Yeah! Sudah tiba masanya untuk hidup berdikari di rumah yang ohsem ini! Kat sini boleh la nak praktis masak memasak. Nak mantapkan skill kan. Kata nak kawen. ;p



Raub! Here i come! Taman Amalina Lestari bakal 'bergegar' dengan kehadiran kami. Haha.



The Gate. 

Gate pon kelas dah jahh. Rumah aku ada air-cond uolss! Jangan terlajak tido sudah ler. Tak mengajar aku nanti.



Ruang Tamu.
 # my hausmates, Ada, Zura and Syida.

RM 600 per month. Fully furnished.



Ruang Tamu. View from kitchen.



Master Bedroom.

Siap dengan bilik air + air-cond



Bilik Kedua which is my bedroom! Share with Syida.


Bilik aku siap ada kerusi comel giteew. Port nak gayut kat sini lah kot!




Bilik Ketiga. 
 Kami jadikan tempat iron baju, solat dan hanger baju yang siap di iron. Dan juga tempat letak barang-barang mengajar.




Kitchen

Bersiap sedia untuk berperang di dapur! Yeahh!




Semoga kami baik-baik saja! :)



 

. Jozan Juara MLM2012! .


Apa yang trending kat twitter sekarang? Hoho. Of course lah #JOZAN! 

Wahh. Teruja, gembira, hepi! Akhirnya, JOZAN is the winner! Tahniah kepada Johan dan Zizan. Terharu dengan persahabatan dorangg! Bestfriend forever! 

Tahniah! Tahniah! Tahniah!





Kalau boleh, aku nak retweet semua twit pasal JOZAN. Tapi tak larat la weh. Banyak sangat! 



" Zizan & Johan salah satu contoh dua sahabat yang memang dah kenal hati budi perangai masing-masing. Sampai bila pun, takkan terpisah." 


Persahabatan Johan dan Zizan seperti Spongebob dan Patrick. Malam ini Zizan ditemani oleh Johan sahabat baiknya. Bestnya kalau macam tu :') 




Im a Jozaners!


p/s : ada org cakap tahniah kat aku, sebab dia tahu aku peminat TEGAR Jozan! :p