.

.

Sunday, January 31, 2016

. bucketlist : Langkawi Day 3 - Laman Padi .


Seharian kami di Oriental Village, habis tawaf Sky Bridge dan 3D Art Museum. Then petang tu kami ke Laman Padi, niat nak makan stimbot kat SeaShells. Tapiii,.... kat situ tak boleh booking and dia buat style buffet. So, kami just jalan jalan jela. Asalkan checked sudahh. HAHA



Laman Padi

Serbu restoran!

gambar sekitar restoran ni. view memang lawa.


kalau dapat makan kat pondok tu heaven seh. feeling kat kampung. jangan risau, kat pondok tu ada kipas hokayy.


Plan asal kami nak masuk jalan jalan kat Laman Padi ni sebab ramai yang rekomen datang sini. Tapiiiiiii, bila aku datang, sorang pun tak ada kat kaunter tiket ni T_________T


harga Tiket RM 3. Tapi tak de orang kot. dan pintu masuk dia terbuka.So, kami masuk jela jalan jalan dalam tu. Cuma muzium padi tu tak dapat lah masuk. Berkunci. Ok la, nak buat macam mana kan, jalan-jalan kat sawah je k. :p

Muzium Padi

Jalan nak ke sawah padi


Buat-buat macam tak pernah jumpa sawah. Padahal kat kampung sawah lagi cun kot. HAHA


 

Sampai sini jela dapat masuk. Kami tak dapat pergi sampai hujung, nampak macam ada chalet. Memang syok la kalau dapat masuk sampai sana kan. Aku syak, nak ke chalet tu kena masuk melalui pintu muzium. Tapi muzium tutup ;p

Selepas tu, kami ke Pantai Tengah, tengok sunset. Tempat ni dekat je dengan Cenang. Sebelah sebelah je pantainyee.. time ni ramai orang tengah mandi dan ramai jugak yang main game. serius syok weiiii.


Pantai Tengah

Habis sesi feeling feeling, kami gerak ke Cenang semula. Parking kereta kat hotel then kami jalan kaki, tawaf Cenang for second time. HAHA


The Cabin. Wishlist nak tido sini. InsyaAllah. Next time.

Singgah makan kat Restoran Hj Ramli. Sedap masakan panas kat sini. Recommended.

Lepas makan, semua lemau. So, kami terus gerak ke hotel. Esok dah nak balik T______________T


bajet day 3 :

Tiket SkyCab + 3D Art Museum    : RM 47
Tiket Sky Bridge                           : RM 5
Minum ( Hujung Airport )              : RM 4
Makan Malam ( Hj Ramli )            : RM 10
Baju Tshirt                                    : RM 12
Fridge Magnet                               : RM 6

TOTAL       : RM 84  


happiness is real when shared ;)

LINK :


Monday, January 25, 2016

. bucketlist : Langkawi Day 3 - 3D Art Museum .


Ok, next station is 3D Art Museum. Di sebabkan aku dah beli tiket combo kat kaunter skycab tadi, so tak payah la aku beratur lagi beli tiket baru. Waktu aku nak masuk tu, tak ramai pun orang kat kaunter and dalam muzium tu pun tak ramai sangat. Walaupun penat jalan-jalan kay skybridge tak hilangg tapiiiiii kami tetap semangat tawaf satu muzium sambil bergambar sakan. 

kaunter tiket


 fyi, muzium ni ada tiga tingkat dan 9 zon. 
so, lets go! ikut jejak aku. semua zon aku masuk. alang-alang datang kan. nak masuk sini kena bukak kasut. jangan risau, tempat simpan kasut disediakan. nanti dorang akan bagi kad and simpan kad tu. :)

1. Aquatic Zone


Our true love. HAHA. 


2. Safari Zone



3. Interactive Zone 1


I believe I can flyyyyyyy

OMG... haha.

4. Fantasy Zone


I'll save you guysssss!!

5. Classic Zone


untuk setiap gambar, dorang dah letak siap siap tempat nak ambil gambar. macam photo point ke hape ntah namenye. ada tulis atas lantai. maknanya, kau berdiri kat situ untuk ambik gambar lukisan tu. baru nampak real. kami cuba jugak ikut point yang dorang suggest. tapiiiiiii tak semua dapat berdiri kat point tu sebab ramai orang kan. ada je yang menghalang. korang kene cepat cepat mencelah :p

6. Central Hall


syhhhh,.... don't say anything!


7. Malaysia Zone



kalau laaa ada tangga macam ni... seminggu sekali aku naik gunung kinabalu ni. HAHA.

8. Interactive Zone 2


don't mess with me! 

9. Optical Illusion Zone


kat sini tak banyak bergambar sebab dah zone yang last dan kami pun melepetttt. gambar-gambar memang cantikkk. sebenarnya banyak gambar yang aku ambik. tapiii tak daye la nak tepek semua kat sini. aku letak gambar-gambar ni berdasarkan jejak aku la. dan aku lupa nak catat tingkat berapa. my bad. next time aku pasti akan catat!


otw nak keluar, ada dinding yang penuh dengan signature pemimpin dan orang kenamaan yang melawat muzium ni.

ambik kasut oiii. jangan berkaki ayam lak

tepi pintu keluar, ada cafe.

kami jalan-jalan sekitar oriental village. ada banyak game jugak. ada kedai-kedai cenderamata. nak main air pun volehhh uols. 

macam best. tapi takut basah. so tak jadi main.

ada gerai jual makanan dan minuman.


kat luar pun ada jual makanan. so tayah risau kelaparan k. kami tak beli pun. aku just  beli fridge magnet satu je. then kami terus ke telaga tujuh. tak jauh dari sini. plan asal memang nak jalan jalan situ. tapi semua dah penat dan kena berjalan jauh. so kami lepak jap sambil makan roti sandwich yang kami bawa. kemainnn siap tapau sandwich. pepagi buta lagi Cah dah buat sandwich. stanby untuk lunch kan. so, after makan, kami ke telaga harbour jap. tak turun pun, tengok kapal-kapal besar tu dari dalam kereta je. semua dah penatt.


anddd, kami singgah kat Pantai Hujung Airport. Cah, husband dia and Saerah belum rasa Laksa Ikan Sekoq kat sini. first day hari tu aku ngan Syud je sempat datang sini. Dorang bertiga sampai dah malam. Aku tak makan. Just order rojak mahsuri ( kiri ) & rojak buah ( kanan ), air kelapa. syud belanja yeayy!

sekitar gambar ( random ) dalam muzium.





ok. selesai update untuk sesi jalan jalan sekitar oriental village. jam 2 lebih kami sampai hotel. kami rest sejam dua dan terussssssssss ke ........ 

stay tuned!

happiness is real when shared ;)


LINK :