.

.

Saturday, April 30, 2016

. Penang Trip : Bukit Bendera ( gambar ) .


Just some picture from my previous short get away!



Turun je dari tren, haruslah ambik gambar kat sini you all!


Kat sini korang boleh nampak view bandar Georgetown.


Where have you been?


Muzium Burung Hantu. Tapi aku tak masuk pun. 



Lovelock. Penang ada, Terengganu ada.. dah, tak payah ke Korea k. HAHA


Gigih la. Panas-panas pun dok posing ambik gambar. HAHA.



Kerusi pun depa tiru jugak oi!


Dataran kat Penang Hill ni. Ada aktiviti apa entah kat sana. Aku malas nak meninjau. Crowded! HAHA




Kereta api dulu-dulu. Yang ni la guna untuk naik ke Bukit Bendera ni ha. Open air you all! Ada bran?




Ada masjid, so takyah risau kat mana nak solat. ;)






Jom mengopi!




Cliche! HAHA. Minum kopi 15hengget. HAHA. Memang sampai titisan akhir aku jilat wei. Aku ni orang kampung, biasa minum kopi rege duahengget je. kahkah



Once a year, go someplace you've never been before.



Panas tapi angin sejuk.


View Georgetown dari cafe. 


Happiness is real when shared ;)


link :


Tuesday, April 26, 2016

. Tips : Foods That Resemble The Body Parts They're Good For .


Jom sihat!



1. Carrot - Eyes


2. Tomato - Heart
3. Grapes - Lungs


4. Walnut - Brain


5. Ginger - Stomach
6. Citrus - Breast
7. Kidney Beans - Kidney
8. Celery - Bones
9. Mushrooms - Hearing
10. Avocado - Uterus


Betuk ke tidak? Wallahualam. tapi tak dinafikan sayur dan buah memang baguskan. ;)




Sunday, April 24, 2016

. Resepi Simple Kentang Goreng Homemade .


Pagi tadi, bangun-bangun je terus rasa nak makan kentang goreng. Mak aii, kalah ibu mengandung. Time-time tu jugak nak makan. So, gigih la turun bawah tengok ada tak bahan. Ubi kentang memang selalu ada stok sebab aku ni hari-hari makan sup ( kekonon diet ler ).


Bahan-bahan.

1. ubi kentang
2. garam
3. tepung goreng adabi
4. minyak

Cara-cara.

1. Potong ubi kentang ( bentuk jejari ).
2. Basuh ubi kentang.
3. Rebus ubi kentang dan masukkan sedikit garam. Rebus hingga separuh masak.
4. Toskan.
5. Gaul dengan tepung adabi. ( tepung goreng pisang or ayam dua-dua boleh )
6. Goreng dan hidang!



Ni kira resepi mudah. Ada lagi resepi yang guna bahan tambahan soda bikarbonat lah apa. Tapi dapur bujang aku ni mana ada semua tu. So, pakai yang mana ada je. Ada jugak yang tak rebus dulu dan terus goreng. Ponnn boleh. Kalau nak buat ala-ala McD, korang tabur garam sikit atas kentang tu. Gitu. HAHA. So, happy weekend you all!



Saturday, April 23, 2016

. Tips : 21 Benda yang Perlu Bawa Bila Travel .


Aku sejenis yang suka travel. Suka bercuti. Suka jalan-jalan. Tak kisah tempat yang dekat-dekat je pun. Asal dapat release stress. So, aku akan planning baik punya untuk trip tu. Aku akan survey macam-macam. Google sana sini. At least aku tahu apa yang ada kat situ, mana nak pergi dan tak de la lost sangat bila sampai kat tempat tu nanti. Hee. Plus, dapat la aku bajet banyak mana baju nak bawa.

Hari tu bila scroll fb, aku terjumpa tips dari Nota Perempuan Backpacker. So, kopi pasta kat sini. Don't worry, aku tak buang watermark depa dan aku mention mana aku ambik. :p

21 benda yang perlu di bawa waktu travel.


Tengok la jugak tempat korang nak pegi tu macam mana. Ada ke idok dobi nyee, hahaa. Kang pakai baju masham. ;p



Seluar memang tak payah nak beria bawak banyak. Repeat je. ;p



Yang ni setuju. Bawak yang nipis-nips sudah lah.


Kalau aku, suka bawa yang senang nak pakai. Yang jenis kau lipat pun tak kedut. Maknanya yang corak bunga-bunga. Kau lipat 10 pun tak nampak. Aku ada satu tudung fevret bila travel. Asyik pakai yang tuuuuuuuu je. 



Haha. Pepandai la ye.


Yesss, jangan la bawak tuala yang super besaq yang kau boleh buat selimut. HAHA. Aku bawak yang saiz kecik je. Kekadang tu tak bawak langsung. Biasa hotel ada. ;p



Ya ya ya. Snickers or sport shoes memang sesuai. Or aku suka pakai crocs. Basah pun boleh lap.


Boleh jugak pakai time transit mana-mana. Especially kalau tidoq surau air port! HAHA.



HAHA. Penting ni woi. Aku beli toiletriespack untuk travel kat Watson. Senang. Kecik dan jimat ruang.



Aku selalu spare panadol, minyak angin dan 'kokyok' atau salon pas. 


Coklat! Memang berguna wei. Tuari time aku panjat gunung, memang aku sikit lagi nak flat. Nasib ada Whittakers. Tak jadi nak pitam. HAHA.


Yang ni kira paling terpenting la kan. Rugi ler travel jejauh kalau tak ambik gambar. HAHA






Tuari aku ada pegi satu negara ni. Toilet die haremmmmmmm tak de paip. Nasib ada botol kosong. HAHA. Pengalaman.



Yang ni memang kena bawa lebih. Kalau boleh tapau sikit letak dalam beg. HAHA.




Saturday, April 16, 2016

. Penang Trip : Hotel Nostalgia .


As promised, here the info about the hotel! :)

Hotel Nostalgia terletak di bandar Georgetown. Dekat dengan Pasar Chowrasta, Jeruk Madu Pak Ali, Nasi Kandar, Cendol, Upside Down Museum, etc etc. Memang strategik betul. Serius! Highly recommended! Servis tip top. Bilik kemas + cantik. Sangat selesa. Affordable for those yang datang dengan bajet tak tebal. HEHE

Arah mana hotel ni? Haaa, hotel ni kat Jalan Kuala Kangsar. Landmark die? Kau sampai je stesen bas Komtar tu, kau pandang belakang, jalan terussss sampai jumpa balai polis. Area situ la lorong dia. Senang je sebenarnya nak cari. Aku and the geng hari tu siap tawaf keliling Prangin Mall tau. T________T


Kalau nak lagi senang, guna google maps or waze untuk pejalan kaki. ;p Jarak dari stesen bas ke hotel tu 5 minit je. :)
 


Haaa, tudia hotel kami.


Memang betul-betul dekat dengan KOMTAR. Keluar dari hotel, ke kanan korang boleh gi Upside Down Museum, makan cendol, nasi kandar, pasar chowrasta, penang art street etc. If keluar dari hotel then ke kiri, korang akan sampai ke stesen bas Komtar, Prangin Mall.

Lobi hotel


Memang klasik. Sesuai dengan nama dia la. Aku booking hotel ni sebab aku berkenan sangat dengan design hotel ni. Plus aku memang datang Penang nak santai release stress. Owner hotel ni sangat baik, friendly gila wei. kami sampai awal, pukul 10 lebih. Dia baru buka pintu time tuh. Dia bagi je kami masuk. Siap suggest kat kami lagi kat mana tempat best, mana nak pegi, makan kat mana.

 

 Kawasan luar bilik, tepi lobi. Boleh ambik air kat sini. Self service ye!

 

Tangga nak naik ke bilik. Tangga ni khas untuk naik ke bilik kami je tau. Bilik kami macam kat loteng gitu. Memang. Memang aku sengaja pilih yang ni. Hehe.  

  
   
Naik tangga terus jumpa peti sejuk dan heater. Tingkap tu boleh bukak tau. Boleh hai hai dengan orang bilik depan. Hehe. Aircond + kipas


Depan katil, ada tv, tempat gantung baju dan cermin.



Bilik ni untuk 4 orang. Satu katil double, dua katil single yang boleh tarik tilam dari bawah katil.


 Towel dan sabun disediakan. Free wifi. Owner dah siap tampal password kat depan pintu bilik. ;)


Tu pintu nak ke bilik air. Tapi ni bukan sharing bathroom. Private bathroom tapi kat tepi bilik. Dalam bilik, ada dua cermin. Macam tahu-tahu je kan kami berempat bff sangat dengan cermin. HAHA


Pintu ke bilik air. Sebelah kiri tu bilik air + tandas. Dalam tu ada satu lagi cermin.


Kesimpulannya? Memang puas hati. Next time kalau datang Penang, confirm lah akan check in sini lagi. Korang boleh ushar kat expedia, or terus ke hotels.com (klik sini). Harga memang affordable. Aku booking thru Malindo Holidays.Korang boleh pilih nak bilik macam mana. Banyak lagi design yang best. Next time aku nak try bilik lain pulak.



 Bai Penang, I'll come again.

Hotel Nostalgia
75, Jalan Kuala Kangsar, George Town, 
10100 George Town, Pulau Pinang, Malaysia


happiness is real when shared ;)

link :