.

.

Monday, March 28, 2016

. Penang Trip : Day 1 Part 2 .



Lepas mentidooo sejam dua. Kami siap siap dan gerak untuk cari cendol. Oii... datang penang tak pekena cendol rugi lerr. Thanks to auntie owner hotel gtaw jalan. Kami sampai je, nampak ramai dah dok beratur. Ada yang makan sambil berdiri je. Sempoi arhh. Tapii kami kan bajet bajet ayu gitewww, so uncle tu suruh kami duduk. Memang meja disediakan. Tapi terhad.


Penang Road Famous Teochew Chendul.


RM 2.70 je. Sedap. kena pulak makan time cuaca panas, memang kena la. Then kami terus cari bus stop yang khas untuk  Central Area Transit Shuttle Bus atau CAT Bus. Bas ni free untuk round bandar. Cuma korang kena tahu kat mana bas ni berhenti. Ada tempat khas dia. Semua ada 19 stop. bas ni akan round sampai malam. So, jangan risau.


Ni salah satu bus stop untuk CAT Bus ni.  Jangan risau, kat cermin depan bas tu ada tulis. :)


 Kami tunggu bas tu kat Pasar Chowrasta. CAT Bus tu tak berhenti pun kat sini sebab sini bus stop untuk Rapid Penang. Tapi aku tengok ada sorang pelancong luar negara tu dok tahan CAT Bus. So, kami tumpang sekaki. HAHA. Nasib baik driver bas tu berhenti. Thank abang driver! Dia siap cakap, sepatutnya tak boleh berhenti, tapi tak pelahh. HAHA Kami sebenarnya malas nak menapak nak pegi bus stop tu. 2 3 minit jugak dari pasar. :p


Bas ni akan berhenti kat setiapp bus stand khas dia if ada orang tunggu kat bus stand tu. If tak de, and korang nak turun, tekan je loceng. 


Kami turun kat Padang Kota Lama. hentian tu nama dia Kota Cornwallis.


Nak masuk dalam Fort Cornwallis ni kena beli tiket. RM 16 kalau tak salah. Tapi kami tak masuk. Dalam dia ada kapal perang etc. macam kat Melaka. Selfie je la kawan kawan.


 Jalan jalan jap kat padang kota. panas yang amat oiiii. Then kami terus menapak ke food court. Misi mencari mee sotong dan pasemboq. 

Here we go! Mee Sotong dan Pasemboq.

 Mee sotong ni panas panas lagi. Sebab bila korang nak baru dia goreng. Tapi kena beratur la dulu sebab konpom ramai orang. HAHA. Kami order dua pinggan je sebab memasing dah full tapi nak jugak try. Lupa dah mee sotong ni berapa harga sebab Yeng yang bayar. Pasemboq harga dia RM 7.


Dah kenyang semua, kami ke bus stand tadi, konon nak tunggu CAT Bus la. Tapi jalan tu lengang gila. Rupanya jalan tu tutup, entah ada event apa, so kami menapak la ke stesen seterusnya. Tu yang jumpa tugu kat gambar atas tuuuu. HAHA. Sampai kat bus stand, kemain lama tunggu bas, tapiiii takde hal sebab sembang tak hengat duniaaa. HAHA

Kami turun kat Komtar Pusat then terus masuk Prangin Mall. Cuci cuci mata. Dorang bertiga semua beli jam baru. Aku jela menahan nafsu sebab jam aku masihhh baru dan berfungsi dengan eloknyaaa. HAHA. Sabar sitiiii. Jangan gelojoh sangat. ;p

Pukul 9 kami gerak balik hotel. Keluar je mall, dan jalan kat lorong-lorong tu, mak aiiii meriah gila. Penang memang syurgaaaaaaaaa makanan laaa. Boleh di katakan kat setiap lorong tu ada gerai makanan. Pagi-pagi memang wajib dah ada orang jual. pendek kata, pagi, petang dan malam memang tak susah nak cari makan.


 Sebelum naik ke bilik, sempat lagi tapau air kat lobi hotel. HAHA.

Info : 
1.  CAT Bus ada 19 stop. Sila rujuk sini ( klik )
2.  Penang Street Art banyak tempat. Setiap gambar bukan kat tempat sama. Guna maps.
 

 Route for CAT Bus.

bajet day 1 : 

Teksi                   : RM 11.17
NK Line Clear      : RM 11.50
Upside Down M   : RM 16
Fridge magnet     : RM 12
Cendol                : RM 2.70
Air Mineral           : RM 1
Pasemboq          : RM 7

TOTAL DAY 1 : RM 61.90

happiness is real when shared ;)


link :
 

0 comments: