Fuhh. Trip ke Penang yang lama aku tunggu. Plan dari tahun 2015 kot. Macam biasa, aku kalau nak bercuti, aku akan pergi time awal cuti sekolah. Jumaat malam aku naik flight dari KK. Lebih kurang pukul 10.30 malam aku sampai di KLIA2 dan terus naik KLIA Transit ke Putrajaya. malam tu aku bermalam kat rumah member aku di Serdang Perdana. Kami ke Penang berempat. BFF since high school kot. Haruslah banyak gosip sampai lewat tido. HAHA
Kami bertolak dari Serdang pukul 6.20 pagi. Sampai kat KLIA2 dah pukul 7 lebih, plus kena tunggu kakak membe aku ni datang amik kereta dia. Serius time tu aku dah ketor lutut. Sebab gate konpom dah nak tutup. Dah la tak check in lagi. So, aku ngan Yeng decide masuk check in dulu. 2 days before, aku dah try nak web check in. Tapi, faham faham jela web malindo macam mana. Problem sokmo. Time tu Ya Rabiii.. ramai gila orang beratur nak check in. faham-faham jela KLIA2 kan. Hari Sabtu, cuti sekolah pulak tu, memang ramai laaa ( aku kan geng tido kat airport, memang dah jangka menda ni ).
Nasib kakak kat kaunter tu panggil untuk final call ke Penang, so kami terus ke kaunter, nasib baik aku amik jugak ic Syud dan Cah. Alhamdulillah selesai check in. Kami ke gate, tunggu Cah dan Syud dulu sebab boarding pass dorang ada pada aku. Serius ketaq lutut oiii. K22 pulak tu! Berlari aku ke gate...time tu semua penumpang dah masuk. HAHA. Serius penat lari. Kalau ak, Trip ke Penang jadi Trip ke Selangor lah. :p
Sampai kat airport penang, kami decide, nak naik teksi or bas? Plan asal nak naik bas je, tapiiiiiiiiiiii semua dah penat berlari tadi kan, so we decide to take a taxi. Fuh... RM 44.70 per taxi. Ok la tu.. Kalau korang nak naik bas, lagiii murah, RM 2.70 je. Kalau sorang or berdua, better naik bas la. Senang je, keluar dari arrival hall, terus ke kiri, korang akan nampak bus stand, tunggu je kat situ. Naik bas Rapid Penang 401E kalau tak silap. Sokay, boleh tanya driver bas tu. ;')
Kami berhenti kat KOMTAR. Sebab dari situ kami boleh jalan kaki ke hotel. memang aku sengaja booking hotel area situ, senang nak jalan kaki ke mana-mana. Sebab kat sini jarak ke satu lebuh tu dekat je, boleh jalan kaki. Heee. Tapi masa mula mula sampai tu bengong jap. Siap guna maps lagi. HAHA. Sempat la tawaf keliling komtar nak cari jalan. Rupa-rupanya dekat je dengan tempat teksi tu drop kami. HUHU. Dari komtar tu dalam 5 minit je jalan.
gigih cari jalan T_______T
Tuuu hotel kami. Memang dekat sangat dengan komtar, chowrasta, tempat makan. Senang nak jalan memandangkan kami tak sewa kereta.
Hotel Nostalgia. Klasik gila kat dalam hotel ni.
Hotel memang sangattttttttt puas hati, servis bagus gila. Kami sampai pukul 11.30, aunty tu bagi kami check in awal. Heeee. Dia siap bagi direction lagi ke tempat tempat best. Terbaik lah. Recommended! Nanti aku akan buat review khas untuk hotel ni. :)
Kami rehat kejap, sejuk-sejukkan badan then terus keluar cari makan. Wishlist pertama, Nasi Kandar Line Clear.
Kami jalan kaki je ke sana. Nak kata jauh tak jauh sangat la. Ok je, sambil sambil cuci mata. Dari hotel kami lalu pasar chowrasta dulu then baru jumpa kedai tu.
sampai dah ! time ni tak ramai sangat orang, mungkin sebab masih awal. belum lunch time.
Kami decide ambik lauk yang berbeza, so nanti boleh rasa sikit sorang. Aku amik ayam madu. Memang nalaaaaaaa besaq oii. Puas hati. Saya bagi lima HA! kahkah.
Selepas tu kami terus ke Upside Down Museum...
Fuh, sekali lagi kami berrrrnasib baik. Time kami beratur tu, ada 3 orang je depan kami. Fuhh. Lega, Time nak masuk ni korang kena tunggu arahan tau. Sebab dia ada limit dapat masuk berapa orang dalam tu. Sebab taknak kasi crowded sangat, nanti susah nak bergambar. Jangan lupa bawak ic okayy? Dia mintak time nak beli tiket masuk.
Nanti aku akan buat entry khas untuk muium ni. Excited kami berempat bila dapat masuk. Port port untuk ambik gambar tersusun dan akan ada orang yang jaga kat setiap port. Dorang yang akan tolong amik gamba. If kita amik sendiri, memang kelaut laaa. HAHA
Next destination is Penang Street Art. FYI, semua mural PSA ni bukan kat tempat yang sama tau. Tempat lain-lain, korang kena jalan dan pandai-pandai la cari. Yang penting tahu mural tu kat jalan apa. Kat sini panggil 'lebuh'. So, boleh guna maps. Kalau penat jalan, jangan risau, boleh sewa basikal or naik beca. Basikla untuk one person or sharing. Tapi kami jalan je. Buang lemak lemak degil.
Jangan pelik jika time korang nak bergambar, ada kereta lalu situ even lorong kecik. Sebab memang lorong-lorong kat sini nampak je kecik but kereta still boleh cross. Tepi tepi ada jual makanan dan minuman. kedai sourvenir banyak jugak. Pendek kata memang meriah la kat setiap lorong tu. Dannn dekat je jarak antara satu satu lorong tu.
Pakcik ni jamming untuk kumpul derma. Yang menariknya, alat yang dia guna tu dari barang terpakai. Tin milo, cerek, tong air. Serius lama jugak aku dok tengok dia main. Siap dapat join dia main muzik lagi.
Lepas tu, kami terus jalan balik hotel. Time jalan cari street art ni tak sedar jauhnye jalan. Bila nak patah balik, memang hazabbbbbbbbb dik. HAHA. Baju habis lencun dek peluh. Lebih kurang pukul dua kami sampai hotel. Semua naik mentidooo. Pukul 4 nanti keluar lagi. Food hunting!
bersambung.....
tips : 1. bila sampai airport, ambil brosur kat situ. kaji dulu mana nak pegi.
2. minta brosur kat hotel. memang ada disediakan.
3. tanya lerr kat reception hotel tu. lagiii senang.
happiness is real when shared ;)
link :
Penang Trip Day 1 Part 1
Penang Trip Day 1 Part 2
Penang Trip Day 2
Penang Trip : Bajet 3H2M
Penang Trip : Hotel Nostalgia
Penang Trip : Bukit Bendera (gambar)
Penang Trip Day 1 Part 2
Penang Trip Day 2
Penang Trip : Bajet 3H2M
Penang Trip : Hotel Nostalgia
Penang Trip : Bukit Bendera (gambar)
0 comments:
Post a Comment