Hari kedua. Lepas kaki semua kremmmm round Muzium 3D, aku ingat nak ajak dorang pegi Makan Mahsuri. Tapi aku tengok semua kepenatan. So, aku suruh adik aku terus shoot ke kedai makan dekat airport. Berdekatan round about, tempat hari pertama kami makan tu. Ayah aku banyak kali sebut sedap. Hehe. So kene pegi la nokks.
Lepas tu kami ke Pekan Kuah, nenek aku nak memborong kain batik lagi. Petang dalam pukul 4 kot macaam tu, kami sampai homestay. Apa lagiiiiiiiiiiiiiii, mentidoooo. HAHAH. Tapi adik aku Hakimi memang kental, boleh dia pi round Cenang. Huh!
Petang tu kami pegi makan Laksa Ikan Sekoq + air nyor + rojak kat Pantai Hujung Airport. Ni kira tempat wajib singgah la. Hehe. Lepas makan boleh tengok sunset kat pantai.
Sixgen Kelate Crewwwww sangat. Dah la tshirt aku lambat sampaii. Spoil.
Kasi can kakok la pulak nak bergambarr. Asyik korangggg je.
Lepas tu, kami terus ke Pantai Cenang. Malam ni nak round puas-puas. Kedai mana yang belum masuk, kami serbuuuuu. Shoping puas-puas. Esoknya dah nak balik. Time ni lah kalut dok kira nak beli sourvenir banyak manaaaaa, nak beri kat sapeee, nak beli apa. Huh.
Brader ni hebat gila melukis. Setakat doodle tu, pejam mate je oii. Adik-adik aku sampai beli dua tiga ketul sorang. Huh. Aku je tak beli. HAHA.
Pukul 11 malam, geng veteran balik homestay. Kami empat beradik je round sampai lebam. Lenguh gila jalan. HAHA. Tak sedar jauh gila berjalan. Nak patah balik tu ya ampunnnnnnn. Sampai berhenti beli burger segala. Hehe. Jam 1 pagi kami balik. Ma aku awal-awal dah warning, balik awal sebab nak packing barang siap-siap. Esok confirm bangun lambat punyee. Baik packing awal, esoknye senang.
Kami bawa 2 bagasi je. Yang sederhana besar. Lepas tu masing-masing bawak beg galas. Erm. Time nak datang sin hari tu, aku nak bawak satu bagasi kosong. Tapi ada suara-suara yang cakap, tak payahhhhhhhh. Bukan banyak pun barang nak belii. Sekaliiiiiiiiiiiii tak muat daaaa. Terpaksa beli satu beg plastik. HAHHA.
Setel hari kedua. Esok last day! ;(
happiness only real when shared ;)
0 comments:
Post a Comment