.

.

Monday, November 4, 2013

. tribute to TRW .



Kita mungkin tak punyai penyokong sepadu ATM.
Kita mungkin tak punyai penyokong sehebat JDT.
Kita mungkin tak punyai penyokong sebaik Tok Gajah...

Tapi, percayalahh.. kita punyai penyokong yang ramai, meriah dan paling penting adalah setia.

5 tahun kita ulang alik dari Kelantan ke KL semata-mata untuk menyaksikan perlawanan team kita. Kalau dihitung kira, sudah banyak wang dilaburkan untuk TRW. Tapi demi TRW, banjaran titiwangsa sanggup kita redah..  (Kelab Penyokong The Red Warriors di Institut Pengajian Tinggi (IPT)).

Pencapaian Kelantan FA. Aku rasa, pencapaian ni sudah boleh dibanggakan. Mungkin sebab kita Juara Treble pada musim lepas, sebab tu kita tersangatt terkilan untuk musim ini. Tak pela, at least kita dakap satu piala. ;')


Malaysia

Tahun Liga Piala FA Piala Malaysia Lain-Lain
2013 Liga Super (4) Juara Naib Juara Piala Sumbangsih (Naib Juara)
2012 Liga Super (Juara) Juara Juara Piala Sumbangsih (Naib Juara)
2011 Liga Super (Juara) Naib Juara Suku Akhir Piala Sumbangsih (Juara)
2010 Liga Super (Naib Juara) Pusingan 2 Juara
2009 Liga Super (6) Naib Juara Naib Juara
2008 Liga Perdana (3)
* dinaikkan ke Liga Super
Pusingan 1

2007 Liga Perdana (8) Pusingan 2 Peringkat Kumpulan
2006 Liga Perdana (6) Pusingan 2 Tidak Layak
2005 Piala FAM (Juara)
* dinaikkan ke Liga Perdana
Suku Akhir Tidak Layak
2004 Liga Perdana (9)
* disingkirkan ke Piala FAM
Pusingan 1 Tidak Layak


Antarabangsa

Tahun Pertandingan Jaringan Lawan Catatan
2013 Piala AFC 0-2 Hong Kong Kitchee Pusingan Ke-2
2012 Piala AFC 1-5 & 1-1
(Kalah Agregat 2-6)
Iraq Arbil SC Suku Akhir
2011 Unity Cup 1-1 & 2-3
(Kalah Agregat 3-4)
Indonesia Persebaya Surabaya Perlawanan Persahabatan


Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (Kelantan FA)

Musim Pemain Kategori
2012 Kelantan Kelantan FA Persatuan Terbaik
2012 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Pemain Paling Bernilai Supermokh
2012 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Penyerang Terbaik
2012 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik
2011 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Pemain Paling Bernilai Supermokh
2011 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Penyerang Terbaik
2011 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik
2010 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Pemain Paling Bernilai
2010 Terengganu Norshahrul Idlan Talaha Penyerang Terbaik
2010 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik
2010 Kelantan Khairul Fahmi Che Mat Pemain Muda Terbaik
2010 Negeri Sembilan B. Sathianathan Jurulatih Terbaik
2009 Negeri Perak Indra Putra Mahayuddin Pemain Paling Bernilai
2009 Negeri Perak Indra Putra Mahayuddin Penyerang Terbaik

*bendera tu refer pada negeri kelahiran.

Aku percaya, seluruh warga Kelantan sangat sangattt sedih atas kekalahan semalam. Ya, aku pon. Time Paan nangis sebab tak dapat jaringkan gol. Bergenang air mata. Sekok sebok dale dado. Huhu.

Apa pun, mereka sudah buat yang terbaik. Sudah tertulis kita hanya Naib Juara. #keno try dok bowoh etek, baru buleh raso kaloh tu lagumano. Hehe. Ayat sedap hati. 

Gapo2 pom, sek kito lejengg! Meh ushar gamba player kito hok ternyato frust lebih lagi dari kito.

  TRWFC  (sumber)



Sabar Paan. Demo memey sunggoh. Kito semo napok. Kito tabik hormat ko demo! BEN10!



Perjalanan kita musim ni penuh liku. Ingatkah kita saat dibenam 4-2 oleh Johor DT. Namun kita bangkit dengan 6-1 di Kota Bharu. Saat ketinggalan 2-0 dibelakang ATM ketika semifinal, kita bangkit di saat akhir dengan 2 jaringan pada 15 minit terakhir. Im so proud to be one of TRW supporters. Seriously! :)







sumber : kelab penyokong trw

Sekian sahaja untuk musim 2013. Jumpa tahun 2014 pulokkk. Maka, rumors perpindahan pemain bermula. Siapa yang kekal, siapa yang keluar. Wait and see. :')

Piala Sumbangsih sape lawan sape? Format apa pulak tahun ni?