.

.

Saturday, February 25, 2017

. Kekasih yang Abadi .

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.
Segala puji bagi Allah. ❤

Lama dah tak update blog. Ketandusan idea? Tidak. Berbaris baris trip travel yang belum di update. Entah. Susah nak cerita. Payah nak diungkapkan. Emosi teroleng-oleng. Fikiran melayang entah ke planet mana. Hati sentiasa mendung.

Kenapa?

Dugaan. Ujian. Yang tiba-tiba datang tanpa diundang. Yelah, siapa kita nak menidakkan takdir yang telah diatur sedari kita didalam perut ibu kan?

Kenapa aku terlalu berduka?

Sebab. Aku terlalu yakin. Aku genggam terlalu kuat. Sehingga berdarah tangan sendiri. Bukan sikit darahnya. Kalau ditadah, mahu bergelen-gelen. Ya, salah aku. Salah aku dari awal. Aku yakin dia milik aku. Aku lupa dia milik Tuhan. Aku lupa itu juga ujian. Adakah aku alpa bila mana doa dimakbulkan?. Ya aku alpa. Aku lupa Dia. Aku makin lalai. Masa bersama Dia makin lama makin kurang. Hati aku dikaburi cinta manusia. Sehingga aku lupa, cinta Dia.

Sedangkan,

Dahulu, aku bersujud berdoa. Bila dapat. Aku terus lupa. Allahu. Ampuni aku Tuhan. Sengaja kau uji aku kan? Sejauh mana cintanya aku padaMu. Aku manusia alpa. Aku jahil. Aku terlalu mendambakan cinta manusia, yang sememangnya tak akan kekal. Aku lupa, hanya cinta Kau sahaja yang abadi. Allahuakbar.

Lalu kau turunkan ujian.

Kami diduga. Aku ditinggalkan. Supaya aku tahu, pedihnya berharap pada manusia. Sedangkan aku ada Dia untuk bersandar. Supaya aku sedar. Bercinta biar berpada. Yakin jangan sepenuhnya. Allah cemburu, pada hati manusia yang berharap selain Dia. Sebab itu Allah timpakan ke atas aku pedihnya sebuah pengharapan. Allah nak halang aku agar aku hanya berharap pada Dia. Allahuakbar. Sayangnya Allah pada kita.

Pedih memang pedih.

Lumat rasanya hati. Remuk. Bagai kaca dihempas ke batu berkali-kali. Itulah rupa dia. Satu ketika, aku rasa kelam. Gelap. Buntu. Hanya tangisan penemanku. Ya Allah. Keliru aku waktu itu. Lalu Allah pandu aku.

Sujud. Sujudlah. Mintalah. Doalah. Tahajudlah. Istikharahlah. Agar diberi petunjuk. Apa lagi kita mampu buat? Doa dan terus berdoa. Minta tanpa jemu. Allah nak tengok sejauh mana sabarnya kita. Kan? Sabar dan kuat. Itu kunci dia. Pegang erat kunci itu Siti. Pesan aku pada diri yang iman senipis kulit bawang ini.

Apa pilihan yang aku ada waktu itu? Tiada. Tiada apa lagi yang tinggal. Hanya sekeping hati yang remuk. Walau dicantum, rupanya dah tak sama. Apa lagi ada? Hanya KUAT. Kuat saja yang tinggal. Tapi aku beruntung. Tuhan masih sayang.

Dia beri aku ketenangan. Setelah aku kembali ke jalan Dia. Aku masih mencuba. Mencuba untuk menerima hakikat dan takdir milikMu ini ya Tuhan. Pandulah aku. Pegang hati aku. Supaya aku terus berpegang pada takdir dan kuasaMu. Supaya aku ikhlas dan redha dengan semua ini. Supaya aku tak lagi berharap pada manusia lebih dari aku mengharap padaMu.

Ya, takdir itu milik Dia.
Tapi usaha dan doa itu milik kita.

Jadikan kesalahan kita pada hari ini.
Petunjuk kepada hari esok.
InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Doa aku untukmu tetap ada wahai kekasih. Kerana dalam setiap sujud, aku selit jua namamu. Allah, beri aku yang terbaik. Hanya Kau yang Maha Mengetahui. Segala apa yang berlaku di langit dan bumi.

Allahuakbar.
Aku rindu Dia, Sang Pencipta ❤

#thesein #tehsiti