.

.
Showing posts with label Labuan. Show all posts
Showing posts with label Labuan. Show all posts

Wednesday, May 6, 2015

. Xplore Borneo : Escape Plan to Labuan PART 2 .


Here we go! Federal Territory of Labuan!

Kesinambungan dari Tips ke Labuan PART 1.

Aku bertolak dari Lawas lebih kurang pukul 6.45 pagi. Yu mintak aku drive sampai ke Menumbok. Ok. No hal bebeh. Manual di hujung kaki sekaranggg. haha. angkuh di situ.

Lawas - Sindumin - Sipitang - Beaufort - Kuala Penyu - Menumbok.

Kami sampai di menumbok jam 9.00 pagi. Mak aiii. rupenye jauh jugak dari simpang utama nak ke menumbok. 55km. Sama macam lawas ke sipitang. Kete pun banyak. maybe sebab cuti am kan. layankan jelah. so, sampai je kat jeti, aku terus cari parking berbayar-tak berbumbung-tapi ada pengawal. RM5 per night. ok on. park kete leklok. kami terus terjah terminal jeti.

lepas suvey suvey tiket. kami ambil tiket pukul 9.45 ke labuan. naik bot laju. if korang nak bawak kereta, kena naik feri. jadual perjalanan feri dah aku tepek kat entry sebelum ni. (klik sini).


RM 7.50 Menumbok - Labuan. Korang kena tunjuk IC sebab lain taw harga if korang bukan warganegara Malaysia. ;'))

 
gambar atas tu feri. kalau naik feri lambat laaaa. so, nak senang korang naik je bot laju. tinggal kete kat jeti. hahaha. gambar bawah tu bot laju. 

sampai labuan jam 10.05 pagi. lebih kurang 20 minit je. sempoiii.

sampai je terminal feri antarabangsa labuan. kami masuk kedai coklat dulu. hahaha. sementara Ed pick up kami, suvey suvey lu harga coklat weiiii. aku ni hantu coklat. haruss la beli coklat before balik. heee.

Pantai Layang Layangan

Ed pick up kami dan terus ke pantai layang layangan. bebudak laki 3 ketul mandi kat sana. dengan penuh harapan dorang ajak kami mandi n main banana boat. hoho. sory bro. kami datang nak amik amik gamba je weh. hahaha. afta tunggu dorang salin baju bagai. kami terus ke rumah bakal mentua kepada nizam. kemain banyak ibu masak. pehhh. habis segala diet dan senaman aku selama 2 minggu. hahaha. terbaikk ibu. nanti kami datang lagi ye. ;p

nasrul awal awal warning, labuan ni kecik je. then nasrul dan ed tak tau nak bawa kami jalan kat mana. hahaha. memang betul kecik weh. kami start jalan pukul 2.15 petang. pukul 6.30 dah balik rumah. complete satu labuan. dari utara ke selatan. omgggg!

 first, kami ke huuuujunggg utara, War Memorial Park. tempat omputih buat peringatan untuk askar dorang yang terkorban time perang. 

 
Baju ungu dan hijau tu datang all the way from sandakan and kinabatangan. boy sebelah kanan tu nasrul, sebelah dia ed. dorang memang keje kat labuan. heeee.

Then kami pergi ke Kompleks Sukan Laut.

Ala-ala underwater world kot. tapi kecik je. boleh la cuci cuci mata nengok hidupan laut. depan komples ni ada pantai. korang boleh pegi tepi pantai tu nengok kapal kapal besar yang transit kat labuan.
 
belakang aku tu kedai makan seafood. 


Lepas tu dorang bawa kami pusing bandar labuan. beli coklat. aku suggest korang beli coklat kat kedai Tai Seng or One Stop. kedai ni antara yang termurah. tapi pilihan coklat tak banyak macam langkawi la. maybe sebab labuan ni bukan tempat pelancongan yang havoc cam langkawi. maybeeeee. orang labuan jangan marah kayy

labuan ni tempat kapal transit. then ada bebudak offshore kat sini. geng aku pon penah keja kat petronas labuan. sayang plak time aku gi dia dah pindah. kalau tak bleh mintak kuwe belanja! hehehe

destinasi seterusnya, kami jelajah segenap jalan jalan kat labuan.  hingga ke base petronas yakni selatan labuan. then kami ke menara chimney. haaaa. apa sejarah dia? pepandai la korang google kayyy. yang penting ni antara tempat yang pelancong datang la. 


last destination, kami round kawasan pantai. memang cun habis la pantai kat sini. start dari pantai batu manikar hingga ke pantai pohon batu. jom nengok sunset versi labuan uols!


Sunset at Pantai Pohon Batu, WP Labuan.

Kami balik ke rumah Ed, solat then afta isyak kami ke Anjung Ketam. tempat makan wajib pegi kalau ke labuan. heee. memang ramai orangg. makanan sedap. tapi kena pegi awal la kot makanan habisss. T_T

esoknya, kami berlima decide nak balik naik bot laju awal pagi, pukul 8.15 khatam dah pusing labuan kan. sehari je nokssss. hehe. so, kami ke jeti pukul 7.30. jangan risau. labuan is so kecik. tak jauh nak pegi mane mane. hehe. ok, time kami datang tu naik botlaju yang moden. now, otw balik ke menumbok, kami naik botlaju yang rare! hahaha. best wooo


air pon terpercik ke dalam. kalau hujan memang lencun baq hangg. hehe. si nizam dan saleh ikut kami ke menumbok, boring naik feri ke KK kata nizam. lama gila. hehe. dorang naik kete sama sama kami ke KK. huwarghh. berjimba di KK pulak weh. 

jeti menumbok


sekian percutian keluarga kami. hahha. thanks a lot ed dan nasrul. next time datang lawas kayy. kami bawak naik perahuu. T_______T

kos ke labuan :

minyak kereta ke jeti/kk    - RM 40
bot laju roundtrip              - RM 15
makan                              - semua free
transpot di labuan             - semua free
tempat tido                       - rumah ed
coklat                               - RM 56
parking kete                     - RM 5

TOTAL = RM 116

Makan dengan ini, tamatlah percutian 1 hari 1 malam di Labuan. dannnnnn lengkaplah penjelajahan aku ke seluruh malaysia. yeahuuuuuu! next trip guysssss............ :p


happiness only real when shared ;')


Monday, May 4, 2015

. Xplore Borneo : Tips to Labuan PART 1 .


Cuti 4 hari.. Labour day, weekend. Wesak. Apa nak buat? kalau stay Lawas, mereputtt la jawabnya. --'

So lets go to Federal Territory of Labuan!

Sebelum ni asyik nengok dalam peta, dalam tv je kan. Orang dok sebut Labuann Labuann. Agaknya macam mana la Labuan ni? Haa. kalau tak pegi tak tau. So kena pegi la,, alang alang kat Borneo kan. Kawan-kawan semua suggest aku pegi sehari je sebab Labuan sangat sangat lah kecik. Sehari dah habis jalan. So, aku decide pegi Sabtu pagi and Ahad pagi return to Lawas. Jumaat tu melangut dulu kat Lawas. HAHA

Kalau korang dari semenanjung, harusssslah naik flight. Takkan kau nak dayung sampan meredah lautan bergelora tu kan. HAHA. Tapiiiiii, aku kat lawas ni macam macam pilihan transpot nak gi sana. Ehem.

1 - naik flight dari KK ( kota kinabalu ) ke Labuan
2 - naik feri dari Menumbok ( boleh bawak kereta ).
3 -  feri dari KK ke Labuan.
4 - speed boat dari Lawas ke Labuan.
5 - speedboat dari Sipitang ke Labuan
6 -  speedboat dari Limbang ke Labuan
7 -  speedboat dari Menumbok ke Labuan.

so, pilih yang mana berkenan di hati. Gitewwww. Aku naik speedboat dari Menumbok. So, aku drive ke Menumbok dari Lawas. Almost 2 jam lebih jugak la. Then dari Menumbok ke Labuan, 20 minit. Aku parking kereta kat kawasan jeti. Ada yang berbayar dan berbumbung, RM10. Kalau tak de bumbung RM5. Korang kena tanya orang yang jaga parking tu, tempat korang park kereta tu ada pengawal ke tak. Bukan apa, precaution kann. Hee.

Speedboat ke Labuan dari sini selalu ada. tak payah risau. just walk in je masuk terminal feri Menumbok, then beli tiket. If korang nak bawak kereta, kena naik ferii, memang banyak feri ke Labuan, yang aku suvey ada feri Kimanis, Putrajaya dan Warisan Perdana. If nak naik feri, kena pegi awal awal or booking online or call. Takut full kan.

  jadual 'car ferry' ke Labuan.   
sumber : link

Jadual SpeedBoat

Labuan to Lawas : 12.30 pm
Lawas to Labuan : 8.00 am
Labuan to Sipitang : 9.00 am & 1.00 pm
Sipitang to Labuan : 9.00 & 10.00 am
Labuan to Limbang : 12.30 & 2.00 pm
Limbang to Labuan : 7.30 & 8.00 am

* if dari Menumbok - Labuan, Labuan - Menumbok selalu ada. 

  terminal feri

So, ada apa kat Labuan? 

Labuan kecik je. So, kalau korang datang sini sehari pon cukup dah kot. Korang boleh sewa basikal or motor untuk round satu Labuan. Tak pun naik bas. Bas kat sini pukul 7 petang dah takde. Tambang pulak start RM1-RM3.
  • Bas warna kuning No.3 - Hospital Labuan, Kompleks Sukan, Sungai Bedaun, Bebuloh, Kiamsam
  • Bas warna merah No 4 - Hosp. Labuan, Pantai Layang Layangan, Peace Park, Surrender Point, Homestay Sungai Labu, Sg. Lada, SM Sains Labuan, UMS
  • Bas warna pink No 5 - Kerupang, Tanjung Aru, Anjung Ketam/Terumbu Warisan ( tempat makan seafood), Homestay Bukit Kuda
  • Bas warna hijau No 6 - Lajau, Matrikulasi Labuan, The Chimney, Taman Burung, Resort Pantai Manikar, Pantai Batu Manikar, Pantai Pancur Hitam
 Teksi pon hadoo. Tapi bermeter ye. So, better naik bas or sewa motor. ;')

Nak lawat apa?

1. The Chimney iaitu menara atau monumen. FOC.


2. Taman Burung.
3. Pantai Layang Layangan, Pantai Batu Manikar, Pantai Pancur Hitam. ( serius cantikk! )
4. Masjid Jamek An Nur
5. Labuan Square
6. Kampung Air
7. War Memorial Park
Kat sini ada memorial or tanda peringatan askar askar yang terkorban ketika perang. 

8. Kompleks Sukan Laut Antarabangsa
9. Anjung Ketam / Terumbu Warisan.

Kedai makan seafood ni banyak. Bukan satu ni je. So, korang pilih la. Better pegi awal sebab takut fullhouse or seafood habis. Kedai ni atas air tauu. Heee. Makan seafood sambil menyedut udara di tepi laut. Pehhh. Nyaman bah!

Lastttt, jangan lupa beli coklat! HAHA. Duty Free ok. Tapi, korang kena suvey suvey la kedai yang paling murah. Aku cadangkan kedai Tai Seng, dan One Stop. ;')

Shoping? Ermmm. Shoping mall dia macammm errrr... tak payah la. beli coklat je okayy? Heee.

Hotel? Jangan risau, hotel banyak. Yang bajet ade. Yang view superbbbb lawa pon hado. Search kat Agoda or Trivago. macam macam pilihan ada.


Ok. till we meet again. Escape Plan to Labuan PART 2!


happiness only real when shared ;')