.

.

Saturday, December 17, 2016

. Xplore Borneo : 7Seven Boutique Hotel, Kota Kinabalu .


Tiga minggu lepas, aku dan housemate ke Kota Kinabalu, hantar sorang lagi housemate. Ada kecemasan, dia nak balik semenanjung. So, kami gerak dari Lawas pukul 6 petang. Sampai KK dah malam. Alang-alang dah lewat, tidur sini jelah. Kami pun survey lah hotel. Banyak pulak yang fully booked. Kami nak stay area Putatan, malas nak masuk bandar sebab jammed --'


Jadi pilihan kami, 7 Seven Boutique Hotel, Putatan. Dekat dengan tempat makan, pasaraya Suvey. Boleh jalan kaki je. 



Lobi Hotel


Harga Bilik 
Kami sewa Family Room : RM 158


Kami request bilik untuk tiga orang. Call je kalau malas nak booking online.


Bilik ni ada satu katil single dan satu katil double.


Meja dan almari kecil untuk sangkut baju. Cermin ada dua, satu kat almari ni, satu lagi tepi pintu. Heee. Dalam tandas pun ada satuu. ;p 


Tu haaa satu lagi cermin. Dannnn, pintu bilik air hotel ni kaca tau. Tapi idok lerrr transparent. Pintu memang tak ada kunci.  Err, nak memerut pun serba salah. Tapi aku peduli apa. Hahaha.





Bilik air memang sangatttttttt selesa. Aku bagi 4 bintang. 


Selfie dulu depan lif. ;p

So, kalau korang datang KK, rasa nak stay kat hotel yang selesa, sila-silalah ke hotel ni. Highly recommended!

Alamat : Lot 8 Unit 4, Grand Plaza Putatan, Jalan Putatan, Bandar Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
No. telefon : +60 88-734 737

Sunday, December 11, 2016

. Kuching Trip : Living House Kuching .


Macam biasa, kalau balik dari trip ke mana-mana, aku akan buat review pasal hotel yang aku stay tu. Trip ke Kuching yang lepas, aku and the geng semua sekali enam orang. So, kami decide nak tinggal satu bilik je. Senang nak bergosip. HAHA. So, aku perlu cari hotel yang sediakan bilik untuk tiga orang memandangkan kami semua tiga lelaki dan tiga perempuan. Macam biasa, bab-bab hotel ni memang kerja aku. 

So, survey punya survey, ada la satu hotel ni yang dekat dengan waterfront dan ada bilik untuk tiga orang. Hotel bajet kekdahnyaaaa... dalam gambar ok. Memang berdebar-debar hakak nak tengok sendiri hotel tu. Hahahahaa.


Bawah hotel ni memang kedai makan cina dan landmark dia Hong Leong Bank. Kawasan orang cina kata abang driver kami. Redha jelah, kami sewa untuk tidur je pun. Hee.


Living House


Reception.


Kalau tak salah aku, hotel ni ada tiga tingkat.



Bilik kami di tingkat dua. Geng lelaki pulak tingkat tiga.


Bilik ni RM 60 satu malam. Satu katil single, satu katil double.



Ada satu almari kecik untuk sangkut baju, cermin besar, plag memang banyak. Siap ada extention lagi kauu. Hahaha. Pemanas air ada. Seterika pun boleh request kat kaunter tu. 24 jam servisnye. So kalau ada apa-apa masalah, no hal lah.

Cumaa.... haaa, biasalah, nama pun hotel bajet kan. So, jangan berangan katil nak gebu gebas la. Biasa-biasa je. Balik pun dah lewat malam. Tido je. Esoknya pagi-pagi dah gerak. So, ok lah bilik macam ni. Lagipun kami sewa untuk tiga malam. Kalau sewa hotel lima bintanggg, kering poket dikkk. HAHA.


So, sesiapa yang berminat nak stay sini. Tu haaa, ada alamat kat bawah. Tak pun cari kat booking.com ;)

Alamat : Lot 223-226, Jalan Ban Hock, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia
No. Telefon : +60 82-250 133


happiness only real when shared ;)

Wednesday, December 7, 2016

. Kuching Trip : Last Day, Bajet ke Kuching 3H2M .


Last day.

Hari ni kami turun lewat dari biasa. Jam 8.30 pagi baru kami gerak pergi breakfast. Kami request nak makan kat Mom's Laksa. Wajib la wei makan kat laksa sarawak kalau datang Kuching.



  Laksa Sarawak = RM 60.90

Lepas tu, kami ke Muzium Negeri Sarawak. Salah satunya, Muzium Etnologi. Dalam ni ada replika rumah etnik di Sarawak, haiwan-haiwan yang di awet dan macam-macam lagi la. 


Muzium Etnologi




The Afzanians. Afzan Comrade





Airport Kuching. Berakhirlah trip kami. Kak Sara ambik flight pukul 3 petang. Kami berlima flight 8 malam. Selepas hantar sara kat airport, kami ke The Spring Mall. Lepak-lepak je sambil makan pizza.

total bajet :

Tix flight ( return )       : RM 154.96
Tabung Travel            : RM 290 ( hotel, van, makan, entrance fee )
Shoping + makan       : RM 100

TOTAL : RM 544.96


happiness only real when shared ;)