.

.
Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Wednesday, September 7, 2016

. FamilyTrip : Singgahsana Bulan Centa Homestay .


Seperti biasa, hotel @ homestay review. 

Rate untuk sewa homestay ni RM 300 ( school holiday @ public holiday ). 

Lokasi : Belakang Restoran Haji Ramli, Pantai Cenang. Boleh jalan kaki je ke pantai. Kedai makan pun banyak area homestay. Nak shoping cuci cuci mata pun senang. Parking memang disediakan. Luas. Highly recommended!



Ruang tamu.



Ada tv, cerek elektrik, iron, peti ais kecik, gelas, pinggan, sudu. Cuma tak boleh memasak jela. Dapur tak disediakan. Yelahh, datang sinu tak sempat nak memasak bagai. Hehe.


Cermin ni yang penting. HAHA.


Ada dua bilik. Katil queen.


Setiap bilik ada dua katil queen. Pakej dengan aircond setiap bilik. Towel disediakan.


Dapur.



Toilet luas dan sangat bersih. Selesa. Sebab aku ni cerewet sikit bab-bab toilet. Benda first aku jenguk bila sampai hotel or homestay ialah toilet! Kalau agak-agak tak selesa, aku rela pegi cari masjid ke pam minyak ke. HAHA

Sekian sahaja review aku untuk penginapan kali ni. Review ni free je, bukan berbayar pun. Ni sebab aku nak share la kat korang, tempat yang sesuai nak stay if datang sini dengan family kan. Untuk pertanyaan lanjut... contact ada kat bawah ni haaa. Happy holiday guys!


No. Tel : 019 2821227 ( Sis Dila )




Sunday, September 4, 2016

. FamilyTrip : Langkawi 3H2M Total Bajet .





Akak tengah teroponggg banyak mana duit habis. HAHAHA.

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak up total bajet sepanjang percutian.


Tiket Underwater World   : 203 MYR
Tiket Sky Cab                  : 399 MYR
Petrol                              : 30 MYR
Sewa Kereta                   : 500 MYR
Homestay                       : 600 MYR
Tix flight ( & )                  : 700 MYR
Makan etc                       : 440 MYR
Shoping ( Cenang )         : 150 MYR
Shoping                          : 663.7 MYR ( ayah sapot rm300, apis sapot rm200 )                                          > 163.7 MYR


total bajet : 3185.70 Malaysia Ringgitttttttttttttt.

Saturday, September 3, 2016

. FamilyTrip : Langkawi Last Day .


Hari ketiga. Last day. Masing-masing dah penat semalam. So, hari ni lewat sikitlah bangunnye. HAHA. Jam 8 lebih macam tu kami keluar breakfast dekat depan homestay. Haaa. kan untung sewa homestay dekat dengan tempat makannnn. Kau cuma perlu menapak je. 


Selesai makan apa semua. Kami jalan-jalan kat tepi Pantai Cenang. Last day baru ada masa nak turun pantai. Leburrr semua plan nak mandi pantai. HAHA.



Dah. Sekeping je cukup la ye. ;p

Pukul 11 pagi, kami balik homestay dan bersiap-siap nak ke airport. Pasalnya flight kami pukul 1. So, lagi baik sampai awal. Kot ramai orang. Maunye kelam kabut. Even aku dah biasa check in lambat, tapiiiiiii kami ramai. Biasa aku sorang, senang je aku nak lari sana sini. Hehe.


Sempat lagi singgah Pantai Hujung Airport nak bergambar.



Selfie jelahh.




Maap lahhh. Dah habis skala dah aku cerahkan gambar ni. HAHA.



Sampai je akt airport, owner kereta datang untuk ambik kereta tu. Siap cek keliling kereta. Memang kena berhati-hati lah bawak kereta sewa tu. Kot-kot ada calar ke ape, kita lah kene bayar.


Sesi check in lugage. Kami sekali kan je semua.


52.8 kilo je uols. Tak berat puns. Hee


Jom balik Kelate! Kejap je wei 3 hariii.



Yana si budak troli. HAHA. Sekali sekala buli dia. hahahahha. Sambil-sambil tunggu driver datang. Kami lepak kat airprt KB sambil scroll gambar. Semua gambar dalam phone aku. Jadi gigih la dorang ambik turn nak bluetooth. 


So, end of our holiday. Family Trip. Till next time ok guys. Next entry aku akan up berapa total bajet hangus. HAHA. --'



happiness only real when shared ;)

Friday, September 2, 2016

. FamilyTrip : Langkawi Day 2 Part Two .



Hari kedua. Lepas kaki semua kremmmm round Muzium 3D, aku ingat nak ajak dorang pegi Makan Mahsuri. Tapi aku tengok semua kepenatan. So, aku suruh adik aku terus shoot ke kedai makan dekat airport. Berdekatan round about, tempat hari pertama kami makan tu. Ayah aku banyak kali sebut sedap. Hehe. So kene pegi la nokks. 

Lepas tu kami ke Pekan Kuah, nenek aku nak memborong kain batik lagi. Petang dalam pukul 4 kot macaam tu, kami sampai homestay. Apa lagiiiiiiiiiiiiiii, mentidoooo. HAHAH. Tapi adik aku Hakimi memang kental, boleh dia pi round Cenang. Huh!



Petang tu kami pegi makan Laksa Ikan Sekoq + air nyor + rojak kat Pantai Hujung Airport. Ni kira tempat wajib singgah la. Hehe. Lepas makan boleh tengok sunset kat pantai. 


Sixgen Kelate Crewwwww sangat. Dah la tshirt aku lambat sampaii. Spoil. 


Kasi can kakok la pulak nak bergambarr. Asyik korangggg je.





Lepas tu, kami terus ke Pantai Cenang. Malam ni nak round puas-puas. Kedai mana yang belum masuk, kami serbuuuuu. Shoping puas-puas. Esoknya dah nak balik. Time ni lah kalut dok kira nak beli sourvenir banyak manaaaaa, nak beri kat sapeee, nak beli apa. Huh.


Brader ni hebat gila melukis. Setakat doodle tu, pejam mate je oii. Adik-adik aku sampai beli dua tiga ketul sorang. Huh. Aku je tak beli. HAHA. 


Pukul 11 malam, geng veteran balik homestay. Kami empat beradik je round sampai lebam. Lenguh gila jalan. HAHA. Tak sedar jauh gila berjalan. Nak patah balik tu ya ampunnnnnnn. Sampai berhenti beli burger segala. Hehe. Jam 1 pagi kami balik. Ma aku awal-awal dah warning, balik awal sebab nak packing barang siap-siap. Esok confirm bangun lambat punyee. Baik packing awal, esoknye senang.

Kami bawa 2 bagasi je. Yang sederhana besar. Lepas tu masing-masing bawak beg galas. Erm. Time nak datang sin hari tu, aku nak bawak satu bagasi kosong. Tapi ada suara-suara yang cakap, tak payahhhhhhhh. Bukan banyak pun barang nak belii. Sekaliiiiiiiiiiiii tak muat daaaa. Terpaksa beli satu beg plastik. HAHHA.


Setel hari kedua. Esok last day! ;(


happiness only real when shared ;)


Tuesday, August 30, 2016

. FamilyTrip : Langkawi Day 2 .


Hari kedua. Pukul 7 pagi kami keluar cari sarapan. Dekat je, kedai depan Restoran Haji Ramli. Makan memanggg sedap. Tak salah aku nama kedai tu Delima Cafe kot? Hee. Lupa noksss, Berapa bulan sudah cerita ni. Hihi.  Kami keluar awal sebab nanti taknak beratur panjang time beli tiket tuuu. Hee. Cuti sekolah kan. Takut juge mereput beratur. --'



Makan banyak-banyak. kejap lagi nak jalan sampai pengsan. HAHA.

 Sudah makan, kami terus pecut ke  Langkawi Cable Car. Tempat wajibb sampai hokeyy. Rugilah kalau datang Langkawi nak naik kereta kabel kan. Aku ambik pakej combo, jimat. Last time aku datang pun aku ambik pakej tu jugak cuma this time ada tambah satu je lagi, masuk ke DinosourWorld. So, harga up sikit lah dari sebelum ni. RM 57 = Sky Dome + Cable Car + Dinasour Park + Muium 3D


Ni selepas masuk Sky Dome. Beratur tunggu kereta kabel. Nasib kami sampai tadi, takkk ramai pun orang beratur beli tiket dan beratur nak naik kereta kabel. Alhamdulillah. Sebab awal pagi kot? Jam 8 lebih time tu.



Ready nak naik kereta kabel. Semua steady tanpa gayat. Hee.



Aku dah mention kat entry yang lepas, memang trip kali ni aku jadi photoG je. ;p kalau ada pun, terselit dua tiga keping je haaa.

 
Empat ketul budak gemok. Hahaha. 


#pakmentuamakmentuaaok ;p


Nenek dan Ma aku. Heee. Steady je nenek aku naik kereta kabel, berjalan jauh-jauh. Mengoh? Takkk langsung ok. Hehe.


Kene wefie baru nampak muka kakok die ni. Tu pun nampak dahi jendul tu je haaa. --'


Huh. Aku tak ready lagi depa dah snap.




My brother. Ramai yang cakap aku adik, dia abang. Kehkeh. Muda remaja lagi akak ko ni. Awek mude gitewww.


Next station, Muizum 3D. Before masuk, kami topap tenaga dulu haaa. Nampak semua dah penat. Makan-makan dulu, lepas tu moh kiteeee.


Ayoh aku sporting sikit bab-bab bergambor ni. Macam anok die hok sulung ni la. Hehe.





Apa kau buat tu Hakimi? HAHAH




Steady je nenek aku. Apih la suruh nenek aku buat macam-macam gaya. Die layankan je Apih tu. Hehe.


Budak dua ketul ni, ada masa dorang ngam. Boleh duduk gelak-gelak. Ada masa gaduh macam perang dunia.


Satu-satunya gambar bertujuh. Fuh, jenuh nak mintak orang tolong ambikkan gambor. Walopon aku terlebih sengih, tapi takpe lah. Upload juge. :p

End of day two part 1. 


happiness only  real when shared ;)