.

.
Showing posts with label kundasang. Show all posts
Showing posts with label kundasang. Show all posts

Wednesday, October 2, 2019

. Xplore Borneo : Aristo Hotel, Putatan, Sabah .


Next hotel aku nak share dengan korang. Aristo Hotel, Putatan.

Actually lokasi hotel ni bukanlah betul-betul di bandar KK pun. Lokasinya di Putatan, sebelum masuk bandar KK. Janga risau, parking kat sini banyak. Bersebelahan Shell. Tempat makan? Ada kedai  mamak, Burger King dan Secret Recipe. 


Reception. 




Room Rate
 
Harga memang murah weyy, Sesuai la kalau korang nak transit sambil tunggu flight. Sebab sangat dekat dengan airport. Lima minit je. Grab pun ada. RM5 sahaja. Aku stay sini semalam, sebab flight aku ke Kelantan awal pagi. So, eloklah stay hotel daripada mereput kat McD.



Dua katil single.


Kata bilik bajet kan, memang ngam la dengan harganya. RM55.



Berminat?

Aristo Hotel
Lot 15, 1st Floor, 
Putatan Central Plaza,
Mile 6, Jalan Putatan,
Penampang, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
088 773838



Saturday, October 8, 2016

. Xplore Borneo : Kundasang Rosewood Homecottage .


Fuh. Long time no see right? Hee. Almaklumlah... cuti + kerja bertimbun. ;p So hari ni baru mood datang nak update pasal homecottage yang aku stay kat Kundasang dua bulan lepas --' 

Kundasang Rosewood Homecottage. Kami sewa bilik untuk 4 orang even kami berlima. Pandai-pandai la nak jimat, ye dak? HAHA. Bilik ni selesa la untuk tidur. Sebab datang sini memang nak berjalan kan, bukan nak terperap dalam bilik. Lainlah kalau datang nak honeymoon lepastu mereput dalam bilik. Haaa, tu korang kena cari chalet yang best-bestlah. HAHA. ;p Harga? RM 100 semalam.



Tudia dah ada nombor telefon. Kalau rasa nak cuba stay sini, call je ye. 


Inilah rupanya cottage kami tu haaa. 


Satu katil double-decker

satu katil queen size


Ada kipas, plug untuk caj henfon. Tu yang penting. HAHA  Tapi kitaorang tak pasang pun kipas okayyy. Sejuk kot. Mau beku kalau pasang kipas jugak. HAHA.


Pemanas air pun ada. Sejadah. 


Tandasnye betul-betul tepi katil queen tadi. Memang dengar lah kau buat apa dalam toilet tu. Kentut pun boleh dengar ni. HAHA. Aku sanggup lunaskan hajat kat masjid weiii, memang tak selera lah nak 'membuang' kat toilet ni. HAHA.


Yang bestnya, bukak je tingkap, kau akan nampak Gunung Kinabalu. Oh Tuhan. Beautiful scenery ever!


Ni lah jalan nak masuk ke homecottage ni. Memang simpangnye kecik je. Korang ambik roundabout ke Desa Dairy Farm tu. Alert dengan signboard Klinik Kesihatan Kundasang. Simpang yang sama. Tempat ni tepi KK tu je haaa. Kalau tak jumpa, sila waze Klinik Kesihatan Kundasang. Dah, setel. 


 

Untuk rujukan korang lah ni. Kalau nak tengok gambar bilik ke apa. Direct ke website ni Kundasang Rosewood Homecottage.


Serius nyaman bah kat sini. Kalau mintak pindah mengajar kat sini ok tak? Hehe.


Oklah, nantikan update aku pasal Weston pulak ye? Dah lama simpan ni. Heee. Have a nice day ahead guys!


happiness only real when shared ;)


Monday, September 19, 2016

. Xplore Borneo : Memorial War Kundasang .


Next station. Memorial War Kundasang. Ni pun satu lagi tempat yang aku tak pernah jejak bila sampai Kundasang. Hosmet beria nak pegi sini. So, layankan saje lah. Memorial War ni betul-betul kat Pekan Kundasang. Selepas round about. Memang akan nampak sebab tepi jalan je.


Pekan Kundasang. Ada orang busking lagi. Cuaca panas tapi suhu dingin uols. Hee


Pintu masuk.


Berbayar ye. Tengok tuu harga ada kat situ. Aku malas nak taip! Haha.


Memorial War ni di bina untuk mengingati askar British dan Australia  yang terkorban dalam peristiwa Sandakan - Ranau Death Marches 1945. Macam tula sejarahnya. Nak tahu lebih lanjut? Sila search sendiri. Hehe.



Sekitar tugu




 Kalau kat Kundasang, view dari mana pun akan nampak gunung. Hehe. Bila nampak gunung, apa yang kita perlu buat? Bergambor la weiii. Haha. Biar penuh memori haaa. 


Siti di alam fantasi sangat.


Pekan Kundasang

Lepas puas pusing-pusing kat sini. Kami terus ke Kota Kinabalu. Maghrib kami sampai di Tanjung Aru. Aku booking hotel kat situ. Borneo Beachouse Backpackers. Bilik yang aku amik sama macam last time aku datang sini. Rujuk sini. Kami rehat kejap then keluar lepak kat Imago. Tempat wajib kunjung kalau ke KK. Haha. Tak de dah One Borneo, Suria Sabah. Sekarang Imago aje. ;p  Puas hati dapat makan kat Seoul Garden. Lama dah mengidam. Hehe.

Penat round satu mall, kami balik. Masing-masing dah low batt. HAHAHA. Esoknya kami plan nak jalan kaki ke Pantai Tanjung Aru, tengok sunrise. Tapiiiiii, apa jadi? HAHA. Alkisah kami semua "cuti" so semua terlajakkk. Tengok sunrise atas katil! HAHA. Memasing saling membahan. HAHHA. Konon tengok sunrise!

Kami bersiap, check out dan terus pegi brunch kat D'Lengkuas. Tempat makan paling best kat KK sebab owner die orang Kelantan. Masakan pun haruslah Kelate mariiiiiiiii. Hihi. Ni pun antara tempat makan wajib singgah la kalau turun KK.


Sementara tunggu nak hantar Kak Sara kat airport. Lepak Imago sekali lagi. Errr. kan dah kate. Imago sajeee. So, total bajet untuk short trip kali ni berapa eh?  Jom tengok.


total bajet :

Homecottage Kundasang              : RM 100 ( RM 20 per person )
Borneo Beachouse Backpackers.  : RM 168 ( RM 33.60 per person )
Memorial War                               : RM 2
Minyak Kereta                              : RM 19 ( per person )
Makan-makan                               : RM 70 +-
 
total  : RM 144.60

Sebenarnya kat Borneo Beachouse tu, kami sewa satu bilik, untuk 6 orang. Jadi kami kena bayar untuk 6 orang. Sebab kami amik dorm kan. Kalau taknak share dengan orang lain, terpaksa la ambik satu dorm. HAHA. Tapi macam rugi la pulak sebab macam kamiiiiiiiiii je duduk situ. --'

Then, lepas drop Kak Sara kat airport, kami terus shoot ke Lawas. Tapi sempat lagi singgah kat Giant Papar. Beli stok makanan laaa ape lagii. Setel je semua kami gerak balik. Aku bawa slow and steady je. Sebab masih awal. Pukul 1.30 gerak dari KK. Sampai Lawas pukul 4.45 petang. Fuh. Setel satu wishlist. Ok next trip??????????



happiness only real when shared ;)


Friday, September 16, 2016

. Xplore Borneo : Kiram's Village, Mesilau Kundasang .


Next station. Turun je dari Desa Cattle Dairy Farm, kami belok ke kiri. Sesaje nak jalan-jalan kat Kiram's Village. Sebab dalam facebook nampak view lawa gila kot. Dah alang-alang kat sini kan. Dah tiga kali datang sini, tak pernah sampai. So, ini kalilah!




Lupa aku nak snap gambar receptionist nye. Kecit cinonet je. HAHA. Tapiii, kecik-kecik cili padi tuu. Harga boleh tahan ni. Tapi view kat sini memang lawaaa. Berlatarbelakangkan gunung gituu. Kalau nak hoenymoon feeling feeling romantisss boleh la datang. #takenotebakalsuamiye



Fyi, kat sini banyak pilihan chalet yang korang boleh pilih. Semua cantik-cantik. Cuma korang kena pilih ikut kesesuaian lah. Kalau berdua, pilih yang kecik. Gitu kekdahnye haaa. Kalau nak tahu jenis-jenis chalet tu, refer link kat bawah ni ye. Direct link ke website KV ;)

Direct link to Kiram's Village's Website :


Haruslah bergambar sakan. HAHA





Cafe.


Sekitar chalet. Biar la tak nampak chalet pun. HAHA.


Kasi edit sikiittt. Memang superb view die! Hihi



Siap ada signboard lagi. Tak sesat punye. ;p


Satuu lagi tempat wajib selfie kat sini ialah kat bawah pokok yang dorang gantung kasut! haha. apa relevannye? Entoh le. Hihi.


Untuk maklumat lanjut tentang harga or apa-apa jela. Rujuk kat website Kiram's Village.  

 Website : Kiram's Village


happiness only real when shared ;)


Tuesday, September 13, 2016

. Xplore Borneo : Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang Part 2 .


Ok. Part two. Lepas balik dari Crystal Hill ( link ), kami rehat dan bersiap-siap ke Desa Cattle Dairy Farm. Tempat wajib la kalau datang Kundasang kan. Kalau nak view ala-alan New Zealand giteww. HAHA. View serius lawaaa sangat. Latar belakang Gunung Kinabalu.


Dah berkali-kali datang sini pun masih excited nak bergambar. Acane tu? Hehe


Apa yang best kat sini? Haruslah susu lembu! Haha. Lemak berkrim kot. Tapi aku boleh minum seteguk jela. Aku ni bukan jenis suka susu. Kalau aku beli pun, yang perisa coklat. Kali ni ada perisa baru. Kopi!


Lepak sambil makan waffer, aiskrim dan susu segar! Kat sini korang boleh tengok proses perah susu lembu. Tapi ada waktu dia lah. Yang aku tahu pukul 2.30 petang. Tapiii kali ni aku tak tengok pun. Sebab dah tengok kan. Tak teruja macam first time datang  ;p


Aina.


Jalan-jalan tengok kandang lembu.


Terover edit. Haha! Kalau korang nak try bagi susu kat lembu & kambing, kat sini boleh cuba. Tapi berbayarlah ya.


Gigih pusing kamera ke kiri kanan atas bawah semata-mata nak cari view yang superb. Hihi.


Gambar syok sendiri mesti ada. ;p




One day, nak datang sini dengan suami. ;p Bakal suami, take note ok. Honeymoon sini. Hehe.


happiness only real when shared ;)