.

.
Showing posts with label singapore. Show all posts
Showing posts with label singapore. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

. bucketlist : Universal Studios Singapore Part 2 .



Hari ni just nak belanja gambar time jimba jimba kat USS cuti sekolah lepas. Heee. Details aku dah taip panjang panjang kat sini Tips Perjalanan ke USS dan sinii Trip ke USS

peringatan untuk kesekian kali nya ya.
1. kat imigresen singapore, tak boleh bawa chewing gum 
2. surau terletak di antara the mummy and batlestar galactica
3. food court halal ada. dont worry
4. nak masuk roller coaster the mummy tak boleh bawa barang
5. alert dengan show setiap tempat
6. sebelum masuk uss jangan lupa amek jadual show. kang terlepas ruiii!



Unplanned trip as well. haha. main redah je. lepas booking tiket flight baru aku sebok cari jalan macam mana nak ke USS. hahahahahhaa. so cool! backpackers to be sangat kan!



we make it real! thanks kawan kawan. jangan serik nak travel dengan aku lagi ye. konpem jadik kalau korang serius. so, next trip???? hehe.


Abang sado. kau buat aku terkedu dan terkelu saat pertama kali mata kita bertentangan. cewahhh. gitewwww! hahaha. serius aku speechless tengok dia. time nak bergambar tu, dia panggil ' come, take a picture with me. its ur turn,'

wowowowow. kau rase? sengeh macam kerang busuk haku tahuuu. hahha. kalau dapat laki macam ni. mamposss aku di khoje kan oleh beliau. sebelah tangan je beliau angkat aku nih! hahahahhahahahaha. pelissssss lah sitii. verangan memang bagi kat kau lah kan!


Semua tempat is wajibbbb korang pegi kalau masuk USS ni tauuu. dont miss!! Ralat la tak dapat bergambar dengan Alex. wuwuwuwuwuuwuuuu




back to school. ingat tak korang kartun ni? bebudak lahir tahun 90 an  je kenal ni kan. wahaha. dejavu gitewwww. kecik kecik dulu melopong depan tv ngan apiss, nak nengok cite nih. syok bebenor kalau time cuti sekolah. sebab kartun ni waktu pagi kot.



saya dah sampai hollywood. kamu bagaimana? hahaha.



happiness only real when shared

Saturday, September 27, 2014

. bucketlist : Trip ke Universal Studios Singapore .

Fuhh. Long time no see. Hari ni aku nak kongsi sikit pasal USS. Pengalaman aku. Ke'excited'an kami dalam sana sampai rasa nak pegi sekali lagi! Hehe. Stay tuned!

Orait. Perjalanan aku bermula di airport Kota Kinabalu. Take off pukul 9.15 and touch down kat airport Senai pukul 11.15. Kami bergelandangan dulu sambil tunggu kawan aku pick up. Dia dari Danga Bay. Kami sewa Tune Hotel. Haaa. Macam mana nak booking semua?  Baca sini


Di sebabkan kami berlima, aku amek Quad Room. Bilik dua, tapi ada pintu kat tengah. Kau boleh la berlari dari bilik sebelah ke bilik kawww. Hehe. Esoknya, pagi pagi lagi aku turun ke lobby, Encik Ismail tunggu untuk beri tiket masuk ke USS dan white card.

Kami bertolak around 8.00 am. Then lepas imigresen JB dan Singapura. Aku terus lena. Tengok-tengok dah sampai USS, lebih kurang pukul 10.30++. Kami diberi taklimat then teruss berrrrrrrrrlariiiiiiiii masuk USS. Muahahaha, Nampak tak excited? Tapiii, sebelum masuk, wajib la bergambar kat globe USS tu dulu. WAJIB ok!
Ok. Keriangan dan keterujaan bermulaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1. HOLLYWOOD

Kat sini just street atau jalan. Hollywood street la lebih kurang. Ada jual cenderahati gitewwww.

















 2. MADAGASCAR

Korang mesti pernah kan tengok filem ni. Haaa. Kat sini, kita menyusuri sungai buatan dalam 'gua' la kot. Then dalam tu ada watak watak dalam filem Madagascar dengan sound effectnya sekali. Macam kau tengok filem tu live la.

Kalau kau ikut schedule betul betul. Kau akan boleh jumpa watak2 ni yang real. Dorang akan buat show. 


 3. FAR FAR AWAY

Macam penah dengar kan? Haaa. Mesti laaaa. Shrek kot! Korang mesti masuk dalam istana tu. Dalam sana korang akan tengok Shrek 4D yang super real la. Aku pernah masuk yang 6D motion kat Temerloh. Shrek ni pon sama je la. kau akan rasa setiap gegaran dan percikan airrr liurrr si keldai tuh!1 Hehe

  Donkey Show ada kat luar istana ni. Tapi aku tak sempat tengok sebab sebokkk  nak bergambar kat semua sudut kann. Hehe. So, kalau korang datang sini, please alert dengan masa show ni. Jangan risau, kat entrance tu nanti kau akan dapat jadual setiap show.

4. THE LOST WORLD

Dalam ni ada banyak la tempat kau boleh explore. Jurassic Park. Amber Rock Climb. Water World. Dino Soarin. Canopy Flyer
Aku sempat tengok show kat water world ni. Real macam dalam filem kot. Salute la kat pelakon pelakon tuh.Jangan lupa ride and main semua permainan tauuu. kau dah banyak 200hengget kan, gunakan sebaik mungkin!


 5. ANCIENT EGYPT

Kat sini feeling dia macam kat tanah arab or kat Egypt la. Ala ala zaman purba pon hade. Dia punya roller coaster korang mesti cuba! Wajib! Excitingg gilaaa. Siap ada mumia lagi. RC ni tertutup tawww. Memang kalau dapat naik banyak kali, aku sanggup! Tapi, kau tak boleh bawak apaapa masuk dalam. Beg semua tak boleh.

area egypt ni jugak ada abangg sadoo yang very hensem dan sadooo lah! haha. aku macam terujaaa, waaaaah, wujud sungguh ler orang besauuu macam gini. asal tengok dalam movie tak hade la besauuu sangat ek. bila aku berdiri sebelah abang sadoo tu, kerdil sungguh ku rasa! haha. dan lagi, ada la awek seksi ala ala arab dan abang ketak ketak yang akan buat kau terkejut. hehe. nak tau? mesti pergi uss ok!


6. SCIENCE FICTION CITY. 

Kat sini ada pameran transformer. Hehh. Aku ni tak minat benda alah macam tu, so, aku just tengok suam suam kuku gitewww. Kat sini jugak la ada roller coaster atau accelerator, ada Red and Blue kat Batlestar Galactica. Aku memang aim nak try yang ni kot. Panjang gilaaa. Kalau tak silap aku terpanjang di Asia or Asia Tenggara? Heeee, kalau salah please drop ur komen tauuu. Tapi malangnyaaaa, tutup. Under maintanance. Arghhh. 


Kau paham tak macam mana perasaan frust aku? Serius nak pegi lagi!!! Nak jugak naik accelerator ni!

7.  NEW YORK


Ni diaaa feeling kat New York. Ada show hip hop, Sesame Street bagai. Serius teringat zaman kecik kecik. Budak sekarang tak kenal dah sesame street, kartun jagung tu semua kann?
 


Serius macam dejavuuuu. Masa kecik kecik dulu kaklong korang ni asyik tengok sesame street, big birddd ngan kartun jagung ni je okkk. Mana ada dora the explorer, hagemaru, atashinci semua tuu. hehe. very 90's one!

satu lagi tenpat menarik kat New York ni, LIGHT, CAMERA, ACTION!. kat sini dia tunjuk macam mana filem hollywood semua tu buat. alaaa, yang macam korang tengok kat pawagam tu, macam macam cerita kan. depa just buat kat studio yang superb gila. sound effect, lighting semua 100 markah aku kasi. serius kaub akan rasa kagummm. mesti masuk ok!

USS pon ade benda alah ni okayyy. hehe.

Dah penat berjalan, lapar kan? jangan risauu. banyak je food court yang halal. hari tu aku makan kat Oasis Cafe, area The Mummy kat Egypt tu. Harga? Biasalah, kalau kau convert duit mesia, memang terbeliak lah mata kau!

Mutton Masala SGD 12.00

Chicken Butter SGD 12.00 

Bagi yang Muslim. Janga risauu, surau ada disediakan. Betul betul tepi The Mummy. Between The Mummy and Battlestar Galactica. 'besarrrr' sangat. dan telekung solat tak disediakan ok. sejadah sahaja yang ada.

Tandas kat sini banyakk. Tapi air yang tak hade. paham paham sajalah yeee. Aku jumpa satu je tandas cangkung yang ada paip. Depan istana far far away. ;')


Last sekali kami round lagi sekali start form Hollywood-Madagascar-Far Far Away-The Lost World-Ancient Egypt-Sci Fi City- New York

Tepat pukul 6.45 kami keluar dari USS. Baiiiii, till we meet again. soon. heeee.



Wednesday, September 17, 2014

. Trip ke USS : Tips Perjalanan ke USS .


Bismillah.

Rasa rajin. Hmm. Rasa macam nak coret perjalanan aku ke USS. Kot kot la boleh jadi panduan untuk you all semua. Kot jugak aku nak pegi lain kali. Tak payah dah gigih gugel blog orang lain kann? :P

Plan ni lamaaa gila kot. After konvo bulan 6 hari tu lagi. Lepas turuun flight from KL to KK. Terus beli tiket KK-JHB untuk bulan 9. Tamak haloba uols. Time tu tiket raya pun tak beli lagi. Bab jalan ni haruslahhh exicted cepat dan tangkas gitewww. hehe

Plan asalnya aku dan Yu mintak si X ni bawakan kami ke USS. Maklumlah, dia orang JB. Suka travel, jadi saje je ajak die. Die on, kami pin apa lagiii, beli terus tiket. Then, after rayaaa, dia cakap dia ada campinggg pulak, sama hari dengan tarikh kami ke USS. Aku kena pegi sendiri. So? Apa nak kata.

Dengan gigihnya aku gugel sana gugel sini. Buka blog sana, buka blog sini. Search punya search. Aku jumpa satu pakej ke USS. Include tiket masuk USS, tiket bas dan white card. Pakej bermula di Tune Hotel Danga Bay. Apa lagiii, terus mesej orang yang urus tu, kebetulan kawan aku Yana pon bagi contact yang sama. Rupanya kawan dia kot yang buat pakej ke USS. Legaaaa. Bukan apa, aku takut gak jadi apa apa kan. Nak ke USS ni banyak cara. First, yang aku amek ni, memang include semua dah. Satu lagi cara, kau check in Tune Hotel dan amek pakej sekali tiket bas Odyssey ke USS. Repeattttt, hanya tiket bas ke USS. Tiket nak masuk USS kau kena beli online atau au berani mati je pegi beli kat USS tuu. Tapii kena beratur panjang la.

Cara lain, kalau tak nak stay kat Tune Hotel, kau just walk in kat syarikat Odyssey ni dan beli tiket. Ofis dia dekattt je dengan lobi hotel tuu. Tapiiii, in case kalau trip paaling awal sold out, melopong lah kau kena tunggu trip seterusnya. Kau boleh jugak call je terus ke syarikat tu.

Contact no. Shuttle Bus Odyssey
En. Sufian 07-2323092

Tapii aku ni jenis nak mudah. Memandangkan aku dari Senai terus check in kat Tune Hotel, so aku decide ambik pakej terus dari hotel je. Senangg. Agen dia pon setuju nak bagi tiket tu pagi sebelum bertolak. bas pon pick up dekat hotel tu. So, tak payah la aku susah susah nak jalan or ambik teksi ke tempat bas kan.

Ni dia pakej yang aku ambik.
Pakej ini meliputi:

1) Tiket bas pergi dan balik (Tune Hotel-USS-Tune Hotel)
2) Tiket USS
3) White Card (Immigration Form).

HARGA:
>> KANAK-KANAK ( 4 - 12 TAHUN ) = RM160
>> DEWASA ( 13 - 59 TAHUN ) = RM200
>> SENIOR ( 59 TAHUN KE ATAS ) = RM135

Masa bas (Tune Hotel -> USS -> Tune Hotel):
>> Pergi [7:30 a.m], Balik [7:30 p.m]

Bawah ni link ke laman web pakej tu.





Bab tiket selesai. Masuk bab booking hotel. Tune hotel ni bagi aku selesa la untuk kau tidooo sajoo. Bukan nak buat aktiviti ape pon dalam tu kan. Haaaa. Selesa sangat. Booking online ni hanyaaaa boleh guna kad kredit sajooo ye. Masalahhh sungguh. Terpaksa la aku mintak kad kredit ayah. Nasib lah ayah aku sportingg. Masa mula mula aku posting dulu pon ayah pinjamkan kad kredit dia tanpa bayaran. HAHA. Tapiii, ada masalah time nak booking. Jadi, aku  mintak tolong kawan aku book. Selamat lah ayah aku dari di pawwww.

After balik dari USS, Sabtu malam. Aku ke rumah makcik aku kat Larkin. Plan asal nak naik train je balik Kelantan. Ambik tempat tidoo, jimat pon jimatt. Aku prefer train instead of bussss! Seram maknyahhhh nak naik bas. Alone. Call KTMB KL Sentral nak booking. U know whattt. Tiket habissss. Cuti Hari Malaysia kann. Omaigaddddd. Gigih la pulak aku search flight yang paaaaaaaaling murah. Last, jumpa jugak. Nasib la makcik aku sanggup hantar ke Senai. Tq cik! Heee.



Flight direct ke Kota Bharu memang nan hadoo. Nak tak nak, terpaksa la transit KLIA2 or KLIA or SUBANG. Dah taknak naik bas kan.. HAHA. Search punya search, jumpa yang paling murah. Tapi aku kena bermalam dekat Subang sebab flight ke Kota Bharu keesokan hari. No hal, apa guna ada membe kan.




Alhamdulillah. Ada promo, sebab tu dapat murah laaa sikitttt. Nyaris nyaris dah nak beli Air Asia. HAHA. AA cecah 200 kot. Oiii. Kopak poket gua derrrr!

From Kota Kinabalu to JHB, Air Asia, MYR201.50, 12 September malam
From JHB to Subang, aku naik Firefly, MYR81 , 14 September malam.
Subang to Kota Bharu, terbang dengan Malindo, MYR59, 15 September pagii.
 Kota Bharu - Machang, ayah amek (FOC). haha. yang ni je free. :P:P

Haa. Nampak? Tiket sajoooo dah overshadow kos percutiannn. HAHA. Tapi kalau dah nakk, memang ejasss kasi jadi. Betul tak? Semua aircraft aku nak try. Bulan 11 ni naik MAS pulak kayyy sitiiiii. Oh, lupa nak cakap. Tenkiuu ayah sponsor tiket. :PP






Aku nak share. Ni first time aku naik Firefly dengan Malindo. Biasa naik AA je. Serius nak booking tiket FF senanggg gila. Tak serumit AA. Dah la boleh auto check in. Kalau AA kan 2 weeks before baru kau gigih bukak web check in. Kalau FF ni, terus check in and send boarding pass thru emel. Delicious uolsss. Malindo pulak? Hmm. No komen. Banyak kali bukak web check in takdapat. Curiousss gilaaa. Malindo ada online check in ke takkk ehhh?  Asal aku gagallll mengonline check in kan diriii???  --'


TOTAL KOS tak termasuk belanja.

Flight :

Kota Kinabalu to JHB, Air Asia                   = MYR 201.50
JHB to Subang, aku naik Firefly                    = MYR 81
Kota Bharu, terbang dengan Malindo           = MYR 59

Tiket USS                                                        = MYR 200
Tune Hotel, Danga Bay, JB                       = MYR 68 (bundar terus kauuu)

TOTAL =  MYR 609.50

Belanja dekat USS dan JB tu not included la yee. Sebab masing masing punya nafsu makan dan membeliiii nye punn. HEHE.

Ok. Dah panjang dah akau taip. macam bagusss pulak hari ni. HAHA. Till we meet again darllling. Have a nice day ahead and wonderful trip!


happiness only real when shared ;')