.

.

Wednesday, January 13, 2016

. Xplore Borneo : Borneo Beachouse Backpackers at Tanjung Aru, KK .


Makin malas uo entry sejak sejak laptop lejen aku nih asyik berkelip kelip mintak skrin baru! HAHA
 Actually hari ni semangat pulak nak up entry pasal satu hotel untuk backpackers area Kota Kinabalu. Actually dah lame ni, bulan November 2015 T____T

As usual, cikgu cekgi mula bercuti pada 21 November dan kebanyakan kami akan terus zappppppppppp pulang ke semenanjung pada hari Jumaat tuh. Tapi aku takkk. Sabtu baru amik flight. Sebab apa? Sebab aku nak gi Langkawi dulu and tiket murah pada Sabtu pagi ke KL dan ke Langkawi.

BKI - KUL    RM 146.50
KUL - LGK   RM 36.50

ehem ehem. paling murah dalam sejarah ooo naik Air Asia dapat kurang dari 150 tuh beb. So, lepas sekolah hari Jumaat aku dah gerak dari Lawas. Petang aku dah sampai KK. So, daripada aku mereput kat airport KKIA2 tuh ( time tu penerbangan AA masih beroperasi di KKIA2 sebelum dipindahkan ke KKIA pada Disember 2015) lebih baik la aku check in mana mana hotel murah yang dekat dengan airport. Banyak jugak la baca review kan. Paaaaaling dekat adalah hotel sekitar Tanjung Aru, kau boleh jalan kaki je ke airport KKIA2. Ada dua pilihan, Cassuarina Hotel dan Borneo Beachouse Backpackers. Tapii ofkos la yang paling murah aku pilih kan. Heee~

 Receptionist


Hotel ni dekat je dengan Pantai Tanjung Aru dan food court. Boleh jalan kaki santai santai. Lepas kenyang melantak, Kak Amal ( kami tumpang dia dari Lawas) hantar kami ke hotel. Pekerja dia baik, boleh bergurau senda gitewwww.


Banyak pilihan bilik kat sini. Nak duduk kat dorm pun boleh dan laaaagiiiiiiiiiii murah. Bukan ramai satu dorm, 4 orang jerrrr. HAHA. Aku decide pilih blik untuk dua orang ( beraircond ) dan share bathroom. Bukan demand k, sebab nakkan keselesaan sikit.

Sampai je, kami diberi bilik kat belakang. Fuhh. Macam seram jugak. Sebab kami dua je kat bangunan belakang tuh. Receptionist kat depan. Time kami jalan ke bilik, tiba tiba kakak tu panggil. Tukar bilik katanya. Mungkin dia nampak muka kami berdua cuaknesss. HAHA


Diberinya kami dorm untuk 4 orang, ada air cond dan privacy bathroom. Fuhh. Lumayannnn.


Hausmate aku excited dapat bilik besar. HAHA. Kita nak tido je kat sini. Jap lagi nak kelaur merayap kat KK. Si Jaha ngan Ustaz Asyraf on the way datang tuh. HAHA. Tetiba Jaha ngan Ustaz pun terrrrjoin tido kat sini. Dorang pun flight esok jugak :P


Hotel ni konsep dia macam rumah untuk semuaaaaaa gitu. Sewa bilik, share bilik air, dapur dan ruang tamu gituuu. 


  Dapur.
 Beranda rumah.


Ruang Tamu 


Highly recomended la untuk sesiapa yang datang KK dengan percutian bajet. Selesa kat sini. Bilik air bersih, bilik bersih. laundry pun ada. Kemudahan pengankutan pun ada. Dekat dengan pantai...foodcourt. Harga? Veryyyyyyyyyy afordable. 

Selepas mandi bersiap semua. Aku, wahid, jaha dan ustaz keluar merayap kat KK. Pagi baru balik. Omaigadddd, mati la nakkkkkk kalau bapak aku tahu. T__________T


Keesokan paginya, awal awal bersiap dan Jaha hantar kami ke KKIA2. Plan asal nak jalan kaki je. Tapi Jaha dengan gentlemannya hantar kami. HAHA. Tq Jaha!

Untuk harga dan pilihan bilik, boleh search kat Agoda or Booking.com. Aku pun booking guna Agoda.

Info : Sekarang ni semua penerbangan AA, Malindo dan MAS kat KKIA. KKIA2 dah tutup. So, tak relevan lagi kalau menginap kat hotel ni then nak jalan kaki ke airport KKIA2. Semua kat KKIA. Jauh kot kalau nak jalan kaki. kalau naik teksi boleh laa. Tapi mahal. btw, kakak receptionist tu ada bagitahu, ada perkhidmatan van, tapi pada hari kami stay situ, driver cuti... T____________T


0 comments: