.

.

Saturday, November 26, 2016

. Kuching Trip : Topspot Food Court .


Dah penat round Pasar Serikin. Balik mentidooo. bangun-bangun mesti la lapor. Ye dok? Hehe. So, kami mintak Abang Botak bawak kami ke tempat seafood palinggggggggg femes kat Kuching. Memang wajib ah datang sini. Tempat ni strategik betul. Tengah-tengah bandar Kuching, keliling tu memang hotel je, then Topspot Food Court ni sama bangunan dengan UTC. Level paaaling atas, dekat tempat letak kereta. Memang besauuu weh food court ni. Kagum jap.


Bukit Mata Seafood

Sebelum drop kami tu, Abang Botak dah suggest kedai paling murah dan sedap. Sebab kat atas ni banyak bebenor kedai makannya. Kang korang terrrrmakan kat tempat non muslim. Matilanakkkk. HAHAH. Kat kedai ni konpom halal. Sijil halal berderet haaa. Sampai je kat level atas ni, terkejut gila weii. Ramaiiiiiiiiiiii sangat orang. HAHA. Kami kene berdiri kejap, tunggu meja. Ada orang bangun terus duduk.


Konsep kat sini, korang pilih lauk, timbang, lepas tu order nak masak apa. Macam-macam aku dengan Sara pilih. Ikut napppsu lapor kan.Tapi, harga dia murah gila wei. Terkejut kami. Semua pakat dok teka berapa ratus. Heee. 



Aku nak snap pic board belakang lah! Hadoii


Sambil-sambil tunggu makanan. Bergambar itu wajib dah.


Menu kami :
 - ikan kerapu  rasa
- ikan pari bakar
- pucuk paku masak garlic
- tomyam campur
- udang butter
- sotong celup tepung
- umai
- lemon ais


RM 131. Murah hoiiiiii. Haha. Kami teka RM200++ kot.

Dah setel semua, makan kenyang-kenyang, kami gerak. Kat sini tak syok lepak nak sembang. Sebab bising dan kami pun bagi peluang la kat orang lain nak makan pulak. Ye tak? So, kami turun. Lif penuh, jadi terpaksa pakai tangga. Haaa nampak? Ramai tak ramai orang. Nak naik lif pun kene tunggu lama. So, jalan jelah. Biar makanan tadik turun cepat-cepat. Hihi. Kami ke Riverside Hotel, kat situ ada bowling dan wayang. Bowling penuh, so kami tengok wayang je. Cerita Rock Bro.



Selesai hari kedua. Balik, macam biasa, naik uber lah. Malas berjalan. Masing-masing dah penat + mengantuk. Ok. Tunggu sambungan hari ketiga pulak. Zzzzzzzz

Kepada korangggg yang nak tahu lebih detail pasal Topspot ni, sila baca kat blog brader ni. Detail dia bagi hokayyy - azlanrumadi


happiness only real when shared ;)

0 comments: