.

.

Thursday, January 6, 2011

:: seketika di lipis ::


alooo... ape nak post hari ney? haih. banyak benda nak cerita. =)

1st. tengok gamba ney..

sori. ye. aku sangat selekeh. baju tido jep tu! lenguh dah badan aku 2 3 hari ney. mane taknye..pindah blok! dari anggerik yg kat atas bukit turun ke blok seroja yg paling jauh di bawah bukit. cewahh.. tapi tak pe la. berbaloi. sini selalu ade air. so tayah la nak pusing blok orang carik air sebaldi nak buat berak..! haha.

pixca neyh si SNAP semasa mengangkut barang di malam hari! penat seyh! gune troli baju lah nampaknye. tak gile aku nak angkat satu-satu. huisshhh! banyak kot barang! mule2 dapat seroja aras 5. lenguh kaki den. keesokan harinya, pindah ke aras 1. yeay! sebelah je ngn bilik cieda montello...;p penat. penat. dan penat ngangkut barang turun naik. boleh kurus aku! ;p


next! perubahan di kampus. haa... dah ade jalan berturap..err,,bersimen dan bermozek di tepi blok anggerik. so kalau hujan..tak la kasut kami dipenuhi lumpur! sebab ni jalan short cut! tapi...tak bijak jugak lah kontraktor ney. kenape lah tak buat bumbung sekali? kalau hujan still tak leh lalu! huhu...




next...teh panas pertama aku minum di kampus. hape dah sengkek ke kafe? bagi aku sudu plastik je? ish3....




give away! ops. bukan. bukan. aku bukan nak buat give away ye. ni cenderahati dari my rumet dari Melaka. 5! 5! untuk kami BERLIMA. tak mungkin EMPAT mungkin TUJUH. ape? ape? ape yang aku merapu kerepek ney? haha. hanya aku yang paham..!




dan. story last. parents rumet aku pi Mekah n dye belikan aku sarung kaki untuk tido. memang selesa lah pakai. so, aku selalu pakai. cute je kasut tuh. hehe. then aku pon MMS lah my MR.E.



beeep..beepp...(bunyi mesej)
uik? bunyi mesej macam 2 ke? alah. pakai hp murah jer..;p


aku hantar pic neyh..
.
.
.
.

then aku cakap,

' cute je kan saya pakai kasut ney? '


dye reply....

' urgh. ta habis-habis perasan. cute apekebende..besar gedabak je kaki tuh..haha'
*da boleh bayang dye gelak cane...! hampagas nye MR.E! grr~


then aku reply balik..

' ouh! jujur sgt tu. ok then. bye! tunggu smack down dr saya! urghhh!'

langsung ta romantik kan?kan? haha.

tunggu la. esok saya balik umah. saya nak smack down dye habis-habis! *dendam


Saturday, January 1, 2011

:: copy paste dari BH ::



Populariti bintang bola sepak melonjak
Oleh Mohd Zaky Zainuddin
zaky@bharian.com.my
2011/01/01

pix_gal0

Akaun Facebook pemain tarik ramai peminat

KUALA LUMPUR: Aksi mantap dalam Piala Suzuki AFF menyaksikan beberapa bintang bola sepak negara termasuk Khairul Fahmi Che Mat, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha menarik peminat ke akaun laman sosial Facebook mereka.

Sehingga lewat petang semalam, akaun Facebook milik penjaga gol nombor satu negara itu mencatatkan hit 188,811 peminat, manakala penyerang, Safee (30,000) dan Norshahrul (27,973).

Melihat perkembangan itu, Presiden Kelab Penyokong Sukan Malaysia, Lee Hui Seng berkata, sokongan peminat akan berkekalan sekiranya pemain kebangsaan itu mengekalkan momentum dalam permainan selain mesra peminat.

“Sekiranya dua pemain ini mengekalkan prestasi, saya percaya sokongan peminat terus meningkat, apatah lagi perkembangan itu dapat kita ketahui menerusi Facebook dan rangkaian sosial Twitter.

“Sekarang mereka menjadi contoh terbaik kepada belia, namun tidak mustahil sekiranya mereka menonjolkan tingkah laku dan moral yang tidak baik ia akan menjejaskan sokongan peminat. Semua itu menjadi penyumbang kepada tahap sokongan peminat,” katanya, semalam.

BERNAMA semalam melaporkan Khairul Fahmi berada pada kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini Twitter menumpaskan ‘Support Timnas’, yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia. Sementara itu, pakar psikologi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad pula berkata, kehadiran pemain berbakat besar dalam skuad negara mencetus fenomena alaf baru kepada negara sekali gus menarik minat peminat bola sepak negara.

“Selama ini bola sepak negara lesu, namun kehadiran barisan pemain muda berbakat dalam pasukan negara termasuk kelibat Khairul Fahmi, Safee dan Norshahrul menyaksikan semula kegemilangan bola sepak.

“Bagaimanapun, populariti dua penyerang dan penjaga gol kebangsaan itu akan pudar sekiranya mereka tidak berpijak di bumi nyata dan mula besar kepala dengan apa yang dinikmati hari ini. Ia menyebabkan sokongan tidak akan kekal lama, ” katanya.

Sementara itu, Khairul Fahmi ketika dihubungi berkata, sokongan peminat yang melonjak selepas membantu negara membawa pulang Piala Suzuki AFF adalah penghargaan kepadanya namun situasi berkenaan tidak akan membuatnya lupa diri.

“Apabila sokongan peminat tinggi, ia bermakna komitmen saya juga semakin tinggi. Saya akan berusaha mengekalkannya demi karier saya dan paling penting dapat memantapkan mutu sukan bola sepak negara.

“Saya akan meraikan kejayaan ini bersama keluarga dengan mengadakan kenduri doa selamat di rumah saya di Kampung Cherang, Kota Bharu dalam masa terdekat,” katanya.

Bagi Norshahrul pula, kemasyhuran dan populariti yang dinikmati hari ini tidak akan berkekalan sekiranya pemain gagal mengekalkan disiplin di dalam dan luar padang.

“Soal masyhur bukan perkara pokok tetapi kemampuan diri untuk mengekalkan prestasi adalah lebih penting. Disiplin juga mempengaruhi sokongan peminat,” katanya.


:: pelakon FAIZAL YUSOF-bekas suami Siti Nordiana meningal dunia ::


nak share neyh.


KUALA LUMPUR — Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.
Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama


Al-Fatihah.