.

.

Saturday, June 8, 2013

. memorable trip .


Veryy da veryy memorable trip!

The best jamuan kelas ever!

Dah jadi trend kelas aku, hujung sem je mesti buat jamuan. BBQ dah pernah buat, main air terjun sambil berBBQ dah, prom nite dah, masak masak dah.. So, kali ni, buat kelainan sikit, BBQ (again) sambil beraktiviti lasak masakkk! Hiii. Kami buat masa study week. Sempoiiiiiiiiiii!

Here we go! LATA LEMBIK, RAUB.



Semua pergi kecuali Rossa dan Atie. Ada hal katanya. 

Kali ni, semua kerja budak lelaki buat, dari perap ayam, bawa barang, bakar ayam, hinggalah kemas-kemas, semua dorang buat. Wahh. Ohsem! Sekali sekala kannn. Sayang uolss!

Sementara menunggu ayam masak, kami the girls, poie main flying fox dulu. Tinggi baq hang. 30 kaki merentas jeram. Kena panjat bukit yang maha tinggi dulu before berflying foxxxx. Letih yang teramatttt. Haila, macam mana cikgu PJ semputttt ni! :P



Snap sekeping dua! Hee.






View dari bawah. Yihaaaaa!!..

Sumpah best weh. Masa gerak tu, aku tengok bawah. Perghhh. Cun weh! Rasa nak repeat je. 

Syok main benda ni, aku ni bukan jenis gayat kan. So, its ok la. Sebab dah biasa main flying fox kot. 1st masa kat BTN. 2nd, PLKN. 3rd, time kat matrik. Yang ni dah kali keempat. Hiii.



Aku sampaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!


Haaaa. Korang jangan tak tahu, flying fox ni, start dari atas bukit, lepas tu landing kat atas pokok yangg tinggiiii. Lepas tu korang kena turun guna talii.

Jangan risau, korang just pegang je tali tuh, ada orang akan turunkan korang dari bawah sana haaa. :)

Syok gila weh! Arghhh... Mau repeat!


Buat muka comel semua!!!




Lepas penat jerit jerit main FF. Kita makan then, main airrr! Plan asal nak main water raftingg. Tapi budak laki nak sewa BA or life jacket ni je. Lepas tu 'serah diri' kat arus sungai. Heee. Wahhh.. best!

Kami semua sewa BA then naik kat jeram atas sana, lepas tu, ikut je arus sungai. Tonggang terbalik tahuu! Gedebak gedebuk langgar batu. Arus deras kot. Tiga kali jugak la aku tenggelam. Nasib tak lemasss. Ganas sungguh permainan! Habis lebam lebam kaki aku. Sumpah aku tak sangka aku terjebak dengan permainan ni!

Tapi siyes best! Ikut je arus tu. Haha. Kenangan! Tapi tak semua main sebab tak berani kan. Budak laki + aku, Quya, Yu, Dila, Ada, Zura dengan Farah je gila dok layan budak laki. Tapi, ohsem! Puas hati walau lebam lebam. Heee.


See? Lepas tu bunyi.. Awww. Arghhh! Warghhh!

Sakit weh!!




Lepas gedebak gedebuk main air. Kami berkemas untuk pulang. Seperti biasa, sesi fotografi lah! Ops, lupa nak cakap, masa datang ke sini, kami semua pakai baju hitam! :)

Ops. Lupa pulak, kat Lata Lembik ni tak hadeee line fon okayy. Dulu masa kursus persediaan, kami pernah datang camping Pendidikan Luar kat sini under Jabatan Pendidikan Jasmani. Dan, kami dah pernahhh main ikut ikut arus sungaii niii. Hee.



PISMP Bahasa Melayu./ Pendidikan Jasmani

Ambilan 2010


Looking at a photo and wishing we could re-live that moment over and over again.



Thursday, June 6, 2013

. kaklong nok nikoh doh ko? .



First time aku letak tajuk entry dalam loghat Kelate. Phewww. Asal cuti sekolah je, kalendar penuh dengan jemputan kawen. Cuti kali ni, 9 jemputan ke majlis kawan kawan sekolah. Tak termasuk kawan kat IPG. Kawan-kawan IPG, mahap la, Kak Et tak dapat nak pegi, jauhh. Kawan sekolah, dapat la jugak pegi, sebab dekat je, setakat Jerteh, Pasir Mas, Tanah Merah, KB. Tu pun aku pegi 6 majlis je. Lagi 3, tak dapat pegi sebab berada di luar kawasan. -.- Congrats kawan kawan. Semoga kalian bahagia hingga hujung nyawa.

Berbalik kepada topik kawen, haiii. Setiap kali cuti, dan dan je aku jadi obses pasal kawen ni. Mula lah aku berangan nak pelamin macam mana, baju macam mana... Fuhh. Fuhhh. Berangan memanjangggggg. Lepas tu, mula la syok sendiri dok godeh pelamin bagai. Setiap kali belek pelamin, mesti tuka tema. Eh? Over pulak kau  Siti!

Sampai adik aku tanya, Kaklong tengok baju nikah, nak kawen dah ke?

Aku : errr. tengok saje la!

Jom la usha pelamin nokkksss.. 


Sesuai untuk bertunang. Kann? Match pulak dengan baju kaler dusty pink. Phewww. Cun!

sumber : google

Baju tunang, simple macam ni lagi cun!



Sumber : D'Ratu Bridal

Angan angan nak bersanding pakai baju kaler tukois + purple. Ala-ala Apek dan Leuniey gitewww. 
Pelamin ni awesome okayy! Arghh. Meltinggg!

Cepat cepat kumpul duit wahai bakal suami! Ops! Aku pun kena kumpul jugakkkkss. :D


sumber : Salina Bridal

This one pon cun. Simple tapi cun! Kann? Resepsi belah lelaki pulak. Bakal suami kena alert kayy. HAHA.

Meroyan kau jahhh. Konpem meroyann. gatal sangat nak kawen ni. :P

Aku sangat adore dengan baju sanding Scha dan Awal. Yang kaler hijau. Fuhh. Mahu puluh riban bajet kawen ni jahhhh.





Akad nikah, memang cun kalau pakai warna putih. Kebiasaannya warna putih. Tapi, aku berkenan sangat warna ala-ala gold tapi tak gold. Macam Apek dan Leuniey (lagi).



sumber : google

Tingginya angan angan kau Siti. Jadi, start lah menabung. Jangan asyik menyoping je mak jemah oiii!


p/s : annoying gila. berangan setakat nak!


Sunday, June 2, 2013

. Piya The Captain. HB! .



2 Jun 1982. Lahirnya seorang wira bola sepak yang bernama Mohd Badhri Radzi a.k.a Piya a.k.a Kapten Marvel.

Happy born day to our Captain Piya! Have a blast Kapten! Semoga Kapten cepat-cepat kawen and sukses sokmo. One day saya pegi cuci kereta kat kedai Kapten eh! Hihi.

Semoga Kapten boleh sumbat gol terus from corner kick lagiii. Hii. Adore you Kapten!



Happy Birthday to Piya The Captain - 16. We you!