.

.

Wednesday, March 19, 2014

. perkongsian .



Aduh. Mood perkongsian je sekarang ya. hii. Ini sekadar perkongsian daripada sahabat aku. :')


Untuk yang belum berkahwin, percayalah jodoh kita dah tertulis sekian lama. Tapi hanya Dia yang tahu. InsyaAllah nanti pada waktu yang tepat dan keadaan yang tepat, pasti dia akan muncul.


" Agaknya apa jodoh kita tengah buat sekarang ya? " Hehe. Aku selalu senyum sorang sorang bila fikir tentang siapa dan apa yang dia buat.


Apa yang kita perlu buat sekarang ni, jom kita ubah diri ita menjadi lebih baik. Sebab Allah cakap lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mari kita semua berdoa semoga dipertemukan dengan orang yang menyayangi kita dan keluarga kita.


Kepada yang baru putus cinta kan. think positive kawan kawan. Mungkin Allah turunkan dugaan ni sebab kita belum layak untuk mendapat cinta manusia. Sebab apa? Sebab kita sibuk mengejar cinta manusia sehingga alpa meraih cinta Dia. Kita lalai. Cari diri sendiri dahulu.


Bila sedih, its ok untuk korang menangis dan bersedih. Pujuk lah hati dengan ayat ayatNya. Percayalah setiap duaan atau musibah yang Allah beri pada kita mesti ada hikmah yang Allah nak berikan pada kita di hari medatang. Cuma dalam bentuk apa, bila, bagaimana kita tak tahu. 


Bersangka baik dengan Allah. Dia tahu siapa dan apa yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik sebab Dia lah sebaik baik perancang. Allah tak bagi jodoh kepada kita lagi sebab bukan waktunya lagi.


Allah uji kita dengan kehilangan hamba Dia. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan kita, cuba bayangkan kalau Allah biarkan kita larut dan hanyut?? Nauzubillah.


Jadi, always be positive, tapi jangan terlalu postif, simpan sikit yang negatif tu supaya kita tidak terlalu kecewa dan terluka.


Allah love us!



Tuesday, March 18, 2014

. pakar cinto lah sangat! .



Ah, hampa ingat aku ni pakar cinto ke hape. Never mind la. Memandangkan aku ni kononnya banyak sangat pengalaman kan. Meh la aku share sikit, macam mana ya nak move on?


Sumpah memang payah nak lupakan kekasih setelah bertahun tahun korang berchiennnto kan? Bukan sahaja kekasih, even crush pon memang susah nak lupa. Ye idok? Alaa, mengaku je dik non. Aku mampu cakap je, tapi nak praktik tu susah. Aku dulu ambik masa lama gilaaaa  T___T

1. Close story. Ehhh. Giteww. Udah udah la asyik 24 jam pikir pasal ex korang tu. Lagi fikir, lagi la teringat. Lepas tu soksek soksek dalam bilik. Hehe. Pahammmm sangat dah! Tutup buku la my dear, jangan pretend 'dia masih milik aku' ' dia akan kembali pada aku'. Jangan menaruh harapan ya!


2. Buang segala tentang dia. Ok, Yang ni penting ya. Segala hadiah, gambar, surat cinta, kad ke ape. Buang. kalau rasa sayangg, bagi orang lain. Tapi janganla pulak kau bagi surat cinta dia tu pada orang lainn. Naya dik oii. Haha. Kalau rasa kejam, pulanggggkan pada dia. Setel. Baru la kau tak hidup dalam kenangan dia. ;')


3. Dont stalk him/her! Ini penting, alahhhh aku paham sangat la kalau baru baru break, tambah tambah kita belum ada pengganti, confirm hari hari stalk. Macam CSI pon ade kan? HAHA. Aku pon pernah buat kayyy. Formula dia senang je, taknak sakit hati, jangan stalk. Kalau korang rasa tekad, block je semua acc sosial yang dia ada.


4. Jangan call/message/wassap/wechat/line/kakaotalk dia!.  Haa. Pahammm? Jangan weh. Bila kau selalu rasa nak mesej dia tu, please jangan! Tu menunjukkan kau masih caring or nak tahu pasal dia dan juga korang masihhhhhhhhhhh sayang dia. Memang la, mana boleh mudah mudah nak buang sayang. Tapi point nya di sini, makin kau ambil tahu pasal dia, makin bertambah la rasa sayang tu. Tak pon, buat sakit hati sebab dia tak layan kau.


5. Jangan dengar lagu lagu cinta. Haaa. Yang ni penting ya anak anak. Lagu lagu cinta, biasalah, banyak yang berunsur kecewa dari bahagia. HAHHA. Time break off ni la rasa macam semua lagu cinta yang sedih sedih tu tuju kat kita. Eh, macam kena dengan kisah aku la. Aik, lagu ni macam perli aku gila laaa. Kan? Sebab, kadang kadang, di sebalik lagu tu ada ceritanya. Kan? Kan orang kata, lagu tu kekadang meluahkan apa yang ada dalam hati kita.


6. Jauhi kawan kawan dia. Ok, yang ni perlu sebab, melalui kawan kawan dia kita akan tahu perkembangan dia kan. Kot dia ada pengganti kau ke, patahhh hati mak enon! Haa. tapi kalau kawan dia tu kawan kau jugak, contohnya, korang satu kelas masa kat universiti, so, tak pe lah. Jangan block pulak. Haha. Kawan kawan aku mesti paham dan tak cerita banyak pasal diaaa.


7. Sibukkan diri. Ok. Memang cliche lah kan, HAHA. tapi betul weyyy. Aku praktik dah!

8. Bersenam. yang ni aku sangattt setuju sebab aku selalu buat. Tak kira lah masa frust bercinta ke, frust result exam down ke. Memang aku suka bersenam. Kalau ada banyakkk sangat masalah, aku akan bersenam, tak kira apa jenis senaman pon, asal kau ke luar peluh. Serius, kau boleh lepaskan stress tu bila bersenam.

9. Berhenti berharap.  Jangan sesekali menaruh harapan yang tinggi dia akan kembali. Sebab kann, nanti kau kecewa. kau tak tahu dia akan kembali atau tidakkk. Aku dulu selalu macam tu, berharap dia akan kembali. Walau dia memang kembali pada aku, tapiii sekali lagi dia lukakan aku. ya, setiap orang deserve peluang kedua. Tapi ingat, sekali dia boleh kecewa kan kita, tak mustahildia akan buat lagi. Its like reading the same book over and over when you know how the story end. Ok, senang cakap, aku dah tiga kali buat benda ni. Lastly, dia tinggal aku macam kali pertama dan kedua dia buat. Aihh, let chillin!


10. Yang ni should be the first one. Kembali pada Dia. Think positive sudahlah. Walau ayat cliche, aku nak taip la jugak. Just ingat, Allah hantar orang salah sebelum kita jumpa orang yang betul supaya kita merasai bagai mana rasanya sakit tu. Sebab Allah sayang kita dan Allah bagi peringatan kepada kita supaya kita sedarr, betapa lagha nya kita mengejar cinta manusia instead of cinta Dia. ;')



Monday, March 17, 2014

. surah penerang hati .



Alhamdulillah. Allah sayang lagi pada aku, di saat aku hiba, Dia selalu ada. InsyaAllah kawan kawan, amalkan surah surah penerang hati ni. Tak pon, banyakkan baca 'ayat Dia'. Nescaya hati tenang with no worries. ;')


10 surah mujarab sebagai penerang hati dari Nabi Muhammad S.A.W. yang disuruh kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.
Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua.


1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
 
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :

“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL-KAUSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.


6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.


7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.


8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”

Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”


9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.


Sumber: mirlme.com