.

.

Monday, March 24, 2014

. doa Nabi Yunus .



Alhamdulillah, sedikit perkongsian.

Jom kita sama sama amalkan doa nabi Yunus. Semua tahu kan kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan? Saat itu, nabi Yunus amalkan doa ini.


Sedikit perkongsian kisah Nabi Yunus,

Dalam pelayaran kapal dilanda ombak besar dan mereka memutuskan untuk membuat undian bagi mengurangkan beban kapal. Setelah undian dibuat sebanyak tiga kali Nabi Yunus a.s. termasuk penumpang kapal yang akan dicampakkan ke laut disebabkan untuk mengurangkan beban kapal ketika laut bergelora untuk mengelakkan kapal karam.

Nabi Yunus a.s. sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam.
Tiga kegelapan yang di alami oleh Nabi Yunus a.s. iaitu:
1. kegelapan di dalam perut ikan, 

2. kegelapan di dasar lautan, dan 3. kegelapan malam.
Nabi Yunus a.s. merasakan bahawa dirinya telah mati. Baginda mencuba menggerakkan panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, baginda masih hidup. Baginda terpenjara dalam tiga kegelapan.
Nabi Yunus a.s. mulai menangis dan bertasbih kepada Allah SWT. Baginda mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat baginda terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Baginda mengatakan:
"Laailahaila anta subhanaka inni kuntu minazzalimin"
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)



Sama sama kita berubah untuk kebaikan. Alhamdulillah.


Saturday, March 22, 2014

. amalan dipermudahkan jodoh .





Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…


1.  Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)
Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini: 

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”


2.  Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”

Ertinya:
“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”


3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.

“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”

Ertinya:
Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.


4. Doa bagi mendapat bakal isteri yang baik – amalkan membaca surah al-Furqan, ayat 74

Yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami, anugerahlah kami, isteri kami dan keturunan kami, sebagai penyayang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa (Muttaqin)”


5. Baca Surah Yusuf, ayat 4 pada semangkuk atau segelas air, kemudian sapu air itu pada muka. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.


6. Cubalah membaca Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Gunakan air itu untuk mandi pada tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. InsyaAllah doa akan dimakbulkan.


7. Amalkan membaca surah Yassin pada setiap malam. Sebelum membaca, niatkan di dalam hati supaya Allah SWT menyegerakan jodoh, memberikan jodoh yang terbaik dan beriman untuk anda.


8. Surah al-Fatihah juga mengandungi banyak faedah dan keberkatan jika sentiasa diamalkan. Salah satu kebaikan yang datang daripadanya ialah dikurniakan jodoh. Amalkan membaca surah ini sebanyak yang mungkin sambil berniat diberikan jodoh yang baik dan beriman kepada Allah SWT.

Surah al-fatihah



sumber : http://setelkahwin.com


Thursday, March 20, 2014

. doa bertemu jodoh .



Hari ni off topik merapu ya. Ini serius. Khas untuk kawan kawan yang belum bertemu jodoh termasuk aku. Walau ada kekasih, tak semestinya dia jodoh kita kan?


Aku pon dah serik kena jawab soalan ' bila nak kawen?'  ' bila nak bertunang?'

huu. Ya, aku umur 25, tapi nak buat macam mana, jodoh semua sudah di tentukan. Trend kawen muda sekarang, tapi dah jodoh aku bukan awal macam orangg lain. Apa nak dikata? Kan? So, kepada kawan kawan, jom kita terus berdoa dan berdoa agar ditemukan jodoh. Doa itu senjata orang mukmin. ;') doa juga senjata paling berharga yang kita ada. InsyaAllah, Allah dengar setiap doa hambaNya. The power of doa. Percayalah. 



doa-bertemu-jodoh-untuk-wanita

Doa Bertemu Jodoh ini dipetik dari laman web, Darussyifa’.





Gantikan sebutan yang bertanda bulat (dia) kepada sebutan pada jodoh korang.

  • Contoh pertama - jika yang berdoa itu perempuan untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA kepada HU (dia lelaki dan sebutkan terus nama lelaki yg ingin korang di jodohan)
  • Contoh kedua - jika yang berdoa itu lelaki untuk jodohnya : ALLAHUMMAJ ALHA (dia perempuan dan sebutkan nama perempuan yang ingin korang jodohkan)
  • Contoh ketiga - Jika ingin doakan untuk diri sendiri atau mereka atau kami, tukarkan kepada sebutan HA mengikut sebutan2 yang telah di berikan.
NA - kami, HUM - mereka, NI - saya  HU - dia (lelaki), HA - dia (perempuan)
 
 
"allahummaj'alha" jadi "allahummaj'alhu".."wabasshirha" jadi "wabasshirhu" dan "waballigha" jadi "waballighu"..


Jangan lupa mulai doa dengan baca surah Al Fatihah.

InsyaAllah, jangan pernah berhenti berdoa. Jangan pernah penat berdoa dan redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. :')



sumber : http://kongsibersamanora.blogspot.com