.

.

Wednesday, September 7, 2016

. FamilyTrip : Singgahsana Bulan Centa Homestay .


Seperti biasa, hotel @ homestay review. 

Rate untuk sewa homestay ni RM 300 ( school holiday @ public holiday ). 

Lokasi : Belakang Restoran Haji Ramli, Pantai Cenang. Boleh jalan kaki je ke pantai. Kedai makan pun banyak area homestay. Nak shoping cuci cuci mata pun senang. Parking memang disediakan. Luas. Highly recommended!



Ruang tamu.



Ada tv, cerek elektrik, iron, peti ais kecik, gelas, pinggan, sudu. Cuma tak boleh memasak jela. Dapur tak disediakan. Yelahh, datang sinu tak sempat nak memasak bagai. Hehe.


Cermin ni yang penting. HAHA.


Ada dua bilik. Katil queen.


Setiap bilik ada dua katil queen. Pakej dengan aircond setiap bilik. Towel disediakan.


Dapur.



Toilet luas dan sangat bersih. Selesa. Sebab aku ni cerewet sikit bab-bab toilet. Benda first aku jenguk bila sampai hotel or homestay ialah toilet! Kalau agak-agak tak selesa, aku rela pegi cari masjid ke pam minyak ke. HAHA

Sekian sahaja review aku untuk penginapan kali ni. Review ni free je, bukan berbayar pun. Ni sebab aku nak share la kat korang, tempat yang sesuai nak stay if datang sini dengan family kan. Untuk pertanyaan lanjut... contact ada kat bawah ni haaa. Happy holiday guys!


No. Tel : 019 2821227 ( Sis Dila )




Sunday, September 4, 2016

. FamilyTrip : Langkawi 3H2M Total Bajet .





Akak tengah teroponggg banyak mana duit habis. HAHAHA.

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak up total bajet sepanjang percutian.


Tiket Underwater World   : 203 MYR
Tiket Sky Cab                  : 399 MYR
Petrol                              : 30 MYR
Sewa Kereta                   : 500 MYR
Homestay                       : 600 MYR
Tix flight ( & )                  : 700 MYR
Makan etc                       : 440 MYR
Shoping ( Cenang )         : 150 MYR
Shoping                          : 663.7 MYR ( ayah sapot rm300, apis sapot rm200 )                                          > 163.7 MYR


total bajet : 3185.70 Malaysia Ringgitttttttttttttt.

Saturday, September 3, 2016

. FamilyTrip : Langkawi Last Day .


Hari ketiga. Last day. Masing-masing dah penat semalam. So, hari ni lewat sikitlah bangunnye. HAHA. Jam 8 lebih macam tu kami keluar breakfast dekat depan homestay. Haaa. kan untung sewa homestay dekat dengan tempat makannnn. Kau cuma perlu menapak je. 


Selesai makan apa semua. Kami jalan-jalan kat tepi Pantai Cenang. Last day baru ada masa nak turun pantai. Leburrr semua plan nak mandi pantai. HAHA.



Dah. Sekeping je cukup la ye. ;p

Pukul 11 pagi, kami balik homestay dan bersiap-siap nak ke airport. Pasalnya flight kami pukul 1. So, lagi baik sampai awal. Kot ramai orang. Maunye kelam kabut. Even aku dah biasa check in lambat, tapiiiiiii kami ramai. Biasa aku sorang, senang je aku nak lari sana sini. Hehe.


Sempat lagi singgah Pantai Hujung Airport nak bergambar.



Selfie jelahh.




Maap lahhh. Dah habis skala dah aku cerahkan gambar ni. HAHA.



Sampai je akt airport, owner kereta datang untuk ambik kereta tu. Siap cek keliling kereta. Memang kena berhati-hati lah bawak kereta sewa tu. Kot-kot ada calar ke ape, kita lah kene bayar.


Sesi check in lugage. Kami sekali kan je semua.


52.8 kilo je uols. Tak berat puns. Hee


Jom balik Kelate! Kejap je wei 3 hariii.



Yana si budak troli. HAHA. Sekali sekala buli dia. hahahahha. Sambil-sambil tunggu driver datang. Kami lepak kat airprt KB sambil scroll gambar. Semua gambar dalam phone aku. Jadi gigih la dorang ambik turn nak bluetooth. 


So, end of our holiday. Family Trip. Till next time ok guys. Next entry aku akan up berapa total bajet hangus. HAHA. --'



happiness only real when shared ;)