.

.
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, September 4, 2016

. FamilyTrip : Langkawi 3H2M Total Bajet .





Akak tengah teroponggg banyak mana duit habis. HAHAHA.

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak up total bajet sepanjang percutian.


Tiket Underwater World   : 203 MYR
Tiket Sky Cab                  : 399 MYR
Petrol                              : 30 MYR
Sewa Kereta                   : 500 MYR
Homestay                       : 600 MYR
Tix flight ( & )                  : 700 MYR
Makan etc                       : 440 MYR
Shoping ( Cenang )         : 150 MYR
Shoping                          : 663.7 MYR ( ayah sapot rm300, apis sapot rm200 )                                          > 163.7 MYR


total bajet : 3185.70 Malaysia Ringgitttttttttttttt.

Saturday, September 3, 2016

. FamilyTrip : Langkawi Last Day .


Hari ketiga. Last day. Masing-masing dah penat semalam. So, hari ni lewat sikitlah bangunnye. HAHA. Jam 8 lebih macam tu kami keluar breakfast dekat depan homestay. Haaa. kan untung sewa homestay dekat dengan tempat makannnn. Kau cuma perlu menapak je. 


Selesai makan apa semua. Kami jalan-jalan kat tepi Pantai Cenang. Last day baru ada masa nak turun pantai. Leburrr semua plan nak mandi pantai. HAHA.



Dah. Sekeping je cukup la ye. ;p

Pukul 11 pagi, kami balik homestay dan bersiap-siap nak ke airport. Pasalnya flight kami pukul 1. So, lagi baik sampai awal. Kot ramai orang. Maunye kelam kabut. Even aku dah biasa check in lambat, tapiiiiiii kami ramai. Biasa aku sorang, senang je aku nak lari sana sini. Hehe.


Sempat lagi singgah Pantai Hujung Airport nak bergambar.



Selfie jelahh.




Maap lahhh. Dah habis skala dah aku cerahkan gambar ni. HAHA.



Sampai je akt airport, owner kereta datang untuk ambik kereta tu. Siap cek keliling kereta. Memang kena berhati-hati lah bawak kereta sewa tu. Kot-kot ada calar ke ape, kita lah kene bayar.


Sesi check in lugage. Kami sekali kan je semua.


52.8 kilo je uols. Tak berat puns. Hee


Jom balik Kelate! Kejap je wei 3 hariii.



Yana si budak troli. HAHA. Sekali sekala buli dia. hahahahha. Sambil-sambil tunggu driver datang. Kami lepak kat airprt KB sambil scroll gambar. Semua gambar dalam phone aku. Jadi gigih la dorang ambik turn nak bluetooth. 


So, end of our holiday. Family Trip. Till next time ok guys. Next entry aku akan up berapa total bajet hangus. HAHA. --'



happiness only real when shared ;)

Friday, September 2, 2016

. FamilyTrip : Langkawi Day 2 Part Two .



Hari kedua. Lepas kaki semua kremmmm round Muzium 3D, aku ingat nak ajak dorang pegi Makan Mahsuri. Tapi aku tengok semua kepenatan. So, aku suruh adik aku terus shoot ke kedai makan dekat airport. Berdekatan round about, tempat hari pertama kami makan tu. Ayah aku banyak kali sebut sedap. Hehe. So kene pegi la nokks. 

Lepas tu kami ke Pekan Kuah, nenek aku nak memborong kain batik lagi. Petang dalam pukul 4 kot macaam tu, kami sampai homestay. Apa lagiiiiiiiiiiiiiii, mentidoooo. HAHAH. Tapi adik aku Hakimi memang kental, boleh dia pi round Cenang. Huh!



Petang tu kami pegi makan Laksa Ikan Sekoq + air nyor + rojak kat Pantai Hujung Airport. Ni kira tempat wajib singgah la. Hehe. Lepas makan boleh tengok sunset kat pantai. 


Sixgen Kelate Crewwwww sangat. Dah la tshirt aku lambat sampaii. Spoil. 


Kasi can kakok la pulak nak bergambarr. Asyik korangggg je.





Lepas tu, kami terus ke Pantai Cenang. Malam ni nak round puas-puas. Kedai mana yang belum masuk, kami serbuuuuu. Shoping puas-puas. Esoknya dah nak balik. Time ni lah kalut dok kira nak beli sourvenir banyak manaaaaa, nak beri kat sapeee, nak beli apa. Huh.


Brader ni hebat gila melukis. Setakat doodle tu, pejam mate je oii. Adik-adik aku sampai beli dua tiga ketul sorang. Huh. Aku je tak beli. HAHA. 


Pukul 11 malam, geng veteran balik homestay. Kami empat beradik je round sampai lebam. Lenguh gila jalan. HAHA. Tak sedar jauh gila berjalan. Nak patah balik tu ya ampunnnnnnn. Sampai berhenti beli burger segala. Hehe. Jam 1 pagi kami balik. Ma aku awal-awal dah warning, balik awal sebab nak packing barang siap-siap. Esok confirm bangun lambat punyee. Baik packing awal, esoknye senang.

Kami bawa 2 bagasi je. Yang sederhana besar. Lepas tu masing-masing bawak beg galas. Erm. Time nak datang sin hari tu, aku nak bawak satu bagasi kosong. Tapi ada suara-suara yang cakap, tak payahhhhhhhh. Bukan banyak pun barang nak belii. Sekaliiiiiiiiiiiii tak muat daaaa. Terpaksa beli satu beg plastik. HAHHA.


Setel hari kedua. Esok last day! ;(


happiness only real when shared ;)


Tuesday, August 30, 2016

. FamilyTrip : Langkawi Day 2 .


Hari kedua. Pukul 7 pagi kami keluar cari sarapan. Dekat je, kedai depan Restoran Haji Ramli. Makan memanggg sedap. Tak salah aku nama kedai tu Delima Cafe kot? Hee. Lupa noksss, Berapa bulan sudah cerita ni. Hihi.  Kami keluar awal sebab nanti taknak beratur panjang time beli tiket tuuu. Hee. Cuti sekolah kan. Takut juge mereput beratur. --'



Makan banyak-banyak. kejap lagi nak jalan sampai pengsan. HAHA.

 Sudah makan, kami terus pecut ke  Langkawi Cable Car. Tempat wajibb sampai hokeyy. Rugilah kalau datang Langkawi nak naik kereta kabel kan. Aku ambik pakej combo, jimat. Last time aku datang pun aku ambik pakej tu jugak cuma this time ada tambah satu je lagi, masuk ke DinosourWorld. So, harga up sikit lah dari sebelum ni. RM 57 = Sky Dome + Cable Car + Dinasour Park + Muium 3D


Ni selepas masuk Sky Dome. Beratur tunggu kereta kabel. Nasib kami sampai tadi, takkk ramai pun orang beratur beli tiket dan beratur nak naik kereta kabel. Alhamdulillah. Sebab awal pagi kot? Jam 8 lebih time tu.



Ready nak naik kereta kabel. Semua steady tanpa gayat. Hee.



Aku dah mention kat entry yang lepas, memang trip kali ni aku jadi photoG je. ;p kalau ada pun, terselit dua tiga keping je haaa.

 
Empat ketul budak gemok. Hahaha. 


#pakmentuamakmentuaaok ;p


Nenek dan Ma aku. Heee. Steady je nenek aku naik kereta kabel, berjalan jauh-jauh. Mengoh? Takkk langsung ok. Hehe.


Kene wefie baru nampak muka kakok die ni. Tu pun nampak dahi jendul tu je haaa. --'


Huh. Aku tak ready lagi depa dah snap.




My brother. Ramai yang cakap aku adik, dia abang. Kehkeh. Muda remaja lagi akak ko ni. Awek mude gitewww.


Next station, Muizum 3D. Before masuk, kami topap tenaga dulu haaa. Nampak semua dah penat. Makan-makan dulu, lepas tu moh kiteeee.


Ayoh aku sporting sikit bab-bab bergambor ni. Macam anok die hok sulung ni la. Hehe.





Apa kau buat tu Hakimi? HAHAH




Steady je nenek aku. Apih la suruh nenek aku buat macam-macam gaya. Die layankan je Apih tu. Hehe.


Budak dua ketul ni, ada masa dorang ngam. Boleh duduk gelak-gelak. Ada masa gaduh macam perang dunia.


Satu-satunya gambar bertujuh. Fuh, jenuh nak mintak orang tolong ambikkan gambor. Walopon aku terlebih sengih, tapi takpe lah. Upload juge. :p

End of day two part 1. 


happiness only  real when shared ;)

 

Saturday, August 27, 2016

. FamilyTrip : Langkawi Day 1 .


Fuh. Semangat update entry datang kembali. Kemain lame amik masa nak update percutian. Berbulan-bulan. HAHA. Mood kemana pegi entah. Haiyaaa. 

Cuti sekolah bulan Mei hari tu, aku bawak family + nenek aku ke Langkawi. Kira macam short trip lah before puasa. 30 Mei - 2 Jun. Heee. First time bawa family pegi vacay aku yang payung. Fuh! *kembang kempis hidong*. Before ni ayah ngan adik aku yang keluar duit. Hee. Tercapai gak hajat nak bawak family jalan-jalan guna gaji sendri. Even dah dua tahun lebih keje. --'

Tiket flight aku dah beli awal bulan Oktober 2015. Awallll gila. Time tu Firefly baru bukak route ke Langkawi dari Kota Bharu. So, ada promo, dapat RM100 return flight untuk seorang. So, cepat-cepat aku booking untuk 7 orang. Heee. Lepas tu baru aku bagi tau family. Pepandai la dorang ejas cuti. Alahhh, keje sendiri, bilabila pun boleh cuti. Kihkih. 




While waiting for our flight. --'   Pukul 11 pagi. Kami dah mereput dari jam 9 kot. Boring dah memasing.


Oleh sebab kapal kecik, kami terpaksa jalan jauh sikit. Hee. Eksesais la ye aokmerrr


Selepas sejam setengah. Yeayyy sampai! Langkawi with family uols. ^^

Sampai je kat airport, aku terus call owner kereta. FYI, aku sewa Toyota Innova untuk 48 jam. Harga : RM 500. Serius selesa. Dapat kereta baru weii. Baru 2 bulan beli. Air cond memang tip top. Siap ada GPS bagai. HAHA. Tapi tak payah la GPS, sebab jalan langkawi tu aku khatam dah. ;p

Ni contact owner keret, btw, kakak ni pun ada sediakan pakej jugak. Tapi aku just sewa kereta. Pakej tak amik. Heee.

No Tel : 017 5354286


Then, lepas dapat kereta, kami terus pegi cari tempat makan. Lapar nokkks. Kami ke kedai masakan panas, lupa dah apa nama kedai tuu, dekat kawasan airport, betul-betul tepi roundbout dekat airport. Harga sangaaaaaaaaat berpatutan dan sedap yang penting!

Semua dah kenyang. So, kami terus ke homestay untuk check in. Hee. Aku sewa homestay di Pantai Cenang. Singgahsana Bulan Centa. Betul-betul belakang restoran Haji Ramli. Parking pun luas. Selesa sangat. Aku booking untuk 3 hari 2 malam, RM 600. Standard la harga time cuti sekolah. Lagipun kat Cenang kot. Nanti aku up entry khas untuk review homestay ni. So, if korang nak stay sana, boleh rujuk bawah ni :

No. Tel : 019 2821227 ( Sis Dila )

Kalau tengok facebook homestay ni, memang tak banyak update. Mula-mula aku curiga ler jugak. Tapi bila wasep, fast reply uols. Hehe.



Kami rest kejap je kat homestay. Sebab nak pegi Underwater World pulak. Pukul 3.30 petang dah time tu. Memang tak sempat dah nak kejor feeding time --'. Nasiblah. Lama sangat meronggeng. Huu. Tapi ok la. have fun je adik adik aku haaa.


Trip kali ni aku jadi photoG je. Sebab tempat ni aku baruuuuuu je pegi dengan kawankawan. Kalau takkkkkkkk, memang tak la aku nak jadi photoG korang. HAHAHA. So, memang non hadoo sangat gambar aku. Serius weiii. T_T


Aku dan nenek. Steady je nenek aku berjalan jauh-jauh. Haha. 


Teman bergaduh. Bongsu. Satu. Tiga. Dua.


Sejam lebih jugak la kami kat sini. Lepas tu kami terus pecut ke Dataran Lang. Sebab dah petang kan. Heee. Tapiiiiiiiiiiii, betapa kecewanya aku, sampai je kat dataran, rupa rupanyaaaaaaaaaa sedang renovate. T_________T  Serius aku frusttt,. Tak dapat nak bergambar depan burung tu dengan family. Patutlah ramai orang duduk duduk belakang burung je. Erkkkk. Adoiii. Wrong timing eh.




Ni je yang mampu. Takpelah, asal dah sampai. --'


Kan dah cakap. Aku tukang amik gambor je.


Candid konon. Semuaaa pandang kanannnnnnnn. Hehe


Kami gigih laaa dok pusing pusing kamera bagai sebab nak shoot gambar helang. Rupanyaaaaaaaaaa adik aku senyap-senyap selfie. HAHA. Punyalah kami dok gigih cari angle. Dia senyappppp je. Huh. Berlambok pulak gamba selfie die dalam gallery aku. --'

Lepas maghrib, kami terus ke kedai Haji Ismail Group, HIG, cari kain batik, cari coklat oiiiiiiiiiiiii. Hehe. 3 jam lebih jugak la menyopingg. Puas hati nenek dengan mak aku memborong. Adik-adik laki dengan ayah aku macam biasa la, menunggu depan kedai. HAHA. Aku bawak dorang pegi HIG yang kedai je. Takmo lah ke kompleks HIG tu. Kang makin lama nenek aku belek barang. ;p





Penampakan Kaklong kawasan berbaju kuning kat belakang. Sebok cari coklat letewwww. Kihkih.


Sebahagiannn daripada hasil pancingan. Haaa. Tu tak termasuk lagi yang dah selamat masuk ke dalam perut. Tak termasuk kain-kain batik yang dorang borong. Siap kena beli beg baru khas untuk kain dorang. Hmmm. Menyesal tak bawak lugage lebih. HAHA. Total semua ni berapa? Haaa. nanti last entry aku tulis details. ;p

Selesai membeli, pukul 10 malam. Kami decide makan kat restoran Hj. Ramli je. Senang, boleh jalan kaki balik homestay. Then, habis makan semua, geng veteren balik rehat. Kami berempat amik peluang jalan-jalan kat kedai. Malam masih muda kot. Jam 11.30 malam kot. Malam masih muda. Area Pantai Cenang tu meriah lagii. Heee. Dekat pukul  pagi jugak la kami sampai homestay. Rabakkk mata rabak poket. T_T


Done day 1. Nanti sambung lagi...


happiness only real when shared ;)