So, here we go!
26 November 2016. Flight dari Kota Kinabalu - KLIA2, jam 8.25 malam. Malam tu kami menginap di rumah kedua aku. Yakni KLIA2. HAHA!! Aku je setia bermalam di Klia2 tu. Setiap kali cuti ada la aku kat mana-mana surau atau kaki lima Klia2 or Klia1. Kalau ternampak aku tu, tegur la wei. Kadang sampai pagi tak tido, lepak depan gate Kah3!!
Esoknya, flight kami ke Ho Chi Minh jam 7.55 pagi waktu Malaysia. Oh ya, waktu kat Vietnam sejam lewat dari Malaysia. Mula-mula tu aku pelik, tengok dalam itinerary flight tu, takkan ke vietnam 55 minit je? Rupanya waktu ketibaan tu pakai waktu Vietnam. Heee. Patut la balik ke KL, jadi 2 jam 55 minit! HAHA. Kami sampai Saigon jam 855 waktu Vietnam, 955 waktu Malaysia.
Kami terus ke tempat teksi. Ingat ye kawan-kawan, naik teksi bermeter sahaja. Kalau boleh, naik teksi Vinasun sahaja.
Keadaan trafik di Saigon (HCM). Memang sesak dengan kenderaan. Kebanyakan penduduk sini pakai motor je. Dah tu main cilok-cilok je. Kagum aku tengok. Serius tak berani bawak kereta atau motor kat sini. Tapi tak boleh lawan kat Bandung laaah T_T
Aku booking Thanh Thu Hotel. 3 hari 2 malam, bilik besar oii. Satu katil queen, satu katil single. Bila 'tong-tong' duit, dapatlah RM 103.31 seorang. Nanti aku up entry pasal hotel ni k. Sepatutnya check in jam 2 petang. Tapi nasib kami baik, bilik tu memng kosong dan dorang bagi je kami check in awal. Fuhh. Mata dah rabak. Semalaman kat Klia2, tidur-tidur ayam je. Lepas nampak katil, terus nyenyak wei. Tidoq lu kejap. Lepas tu baru fikir nak buat apa. Hehe.
Bangun je tido, mandi, terus serbu kedai makan. Memang banyak je kedai makan kat lorong ni. Boleh tahan nak pilih. Aku dah plan, nak cuba semua kedai. So, first, kita try Restoran Musakariem. Restoran 1 Malaysia. Kat depan kedai dia ada lambang 1Malaysia.
Menu :
Nasi Ayam Claypot.
Nasi Paprik.
Nasi Lemak Ayam.
Air Kelapa (2)
Strawberi Smothies
Harga : VD 345 000 ( VD 115k per person/RM 22.50 )
( kami total up semua lepas bahagi tiga. kami ni jenis kutip duit siap-siap untuk bayar makan. heee. )
Dah kenyang, kami ke Ben Thanh Market. Tak jauh, 100 meter je dari hotel kami. Kena lintas jalan. Jalan memang sibuk. Tapi jalan risau, pemandu kat sini memang bagus-bagus. Dorang akan perlahankan kenderaan dan bagi korang lintas.
Keadaan dalam Ben Thanh Market. Besar jugak pasar ni. Kami round separuh je. Penat. Sempat beli beberapa pasang kain cotton. Tapi, aku suggest korang beli je kat District 1. Lagi murah kot.Banyak je kedai kain, shawl dan baju kat sana. Kalau barang yang korang nak tak ada kat sana, haaaa baru datang cari kat sini. Tak ramai peniaga dalam ni yang fasih berbahasa melayu. Kalau kat District 1, memang cakap melayu bhaii.
Ni pulak kedai sebelah hotel kami. Syurga shawl Naelofar wehh. Rambang mata. Kain cotton pun banyak. 2 jam lebih kami kat sini. Gigih tengok satu-satu. Hadoiii. HAHA.
Malamnya pulak, kami round area hotel je. Tak kemana. Sambil tengok-tengok apa lagi yang boleh dibeli. HAHAHA. Sebelum meround tu, kami isi perut dulu kat Restoran Halal Osman.
Meehun Sup Ayam dan Laksa Vietnam. Meehun sup ayam tu kawan aku rekemen suruh makan. Dia tiap kali datang Vietnam, mesti makan kat sini. So, haruslah aku try kan. Memang sedap Mamat weiii! Heee.
Menu :
Meehun Sup Ayam
Kuey Teow Sup Ayam
Laksa Vietnam
Harga : VD 200k ( VD 66.7k per person/ RM 13 )
Sekitar pasar malam area District 1.
Antara hasil tangkapan kami bertiga pada hari pertama. Fuh penatttt.
Sebelum balik ke hotel. Mesti cuba kopi vietnam dulu. Orang cakap mesti cuba kalau datang sini kan. Walaupun aku ni jenis tak boleh tido malam kalau minum kopi. Tapi lantak lah. Aku tetap nak cuba. Lepas tu fikir macam mana nak lelap. Memang sedap lah wei. Yang ajaibnya, balik je hotel. Kemas barang yang kami beli semua. bersihkan diri. Terus lena. HAHA. Mungkin penat sangat dan tak cukup tido ;p Hari pertama, aku dah tibai 2 gelas kopi. Siang satu gelas. Malam satu gelas. Setel. HAHA
bajet day 1 :
Hotel : RM 103.31 ( 3hari 2malam per person )
Simcard : VD 80k ( +- RM 15.70 )
Teksi : VD 51k ( +- RM 10 )
Lunch (Musakariem) : VD 115k ( +- RM 22.50 )
Shoping : RM 329
Air Mineral : VD 16k ( +- RM 3.10 )
Kopi Vietnam : VD 30k ( dua gelas ) ( RM 6 )
Dinner (Halal Osman) : VD 66.7k (+- RM 13 )
total bajet day 1 : RM 502.61
happiness only real when shared ;')
link :
Vietnam Trip : Tips ke Ho Chi Minh, Vietnam
0 comments:
Post a Comment