Hola guys! Lama dah tak update blog pasal travel kannn. Haha. Banyak je sebenarnya trip yang belommmmmmmmmmmmmm aku update wei. Mula dengan trip ke Vietnam, Melaka, hiking kat Jerantut. Semua hujung tahun 2016 tuuu.
Lets start with this ! Fuh mood dah datang!
First tips? confirm lah kena beli flight tix dulu kan. HAHA. Pandai-pandai la korang survey tiket murah. Aku hari tu maheiii. Sebab musim cuti sekolah. Aku dari Sabah terus ke KL dan Saigon. Malas nak balik rumah dulu. Banyak cekadak pulak nanti. Kos pun bertambah. So, flight aku dah RM300++. Tapi tak kisah sebab aku dah beli awal tahun. Heee. Trip hujung bulan 11.
Ni imigresen Vietnam. Memang ramaiiiiiiiiiiiiiiii gila orang wei. Sumpah cakap. Lenguh kaki berdiri. Even kau turun dari flight tu cepat-cepat pun. Tetappppp kena beratur panjang. Dan, satu lagi. Pegawai imigresen sini muka kerek derrr. Tak senyum langsung. Aku cakap terima kasih pun dia hangguk je. Mungkin stail dorang macam ni kot. Never mind. Hee
Perkara pertama yang korang mesti buat, beli simkad Vietnam! Wajib la sebab nak akses internet kan. Takkan nak harap wifi hotel je, ye dak? Aku kemain tak menyabor, terus beli kat airport. Bila pegi District 1, rupanya lagi murah T_______________T. Harga simkad aku beli tu VD 80 000
Banyak pilihan simkad dia. Pandai-pandai la korang pilih. Aku pilih yang unlimited internet.
Kedua, pengangkutan ke hotel. Korang boleh pilih, nak bas atau teksi. Kalau nak mencabar, naik la bas. Jimat pun jimat. VD 10 000 je. Lebih kurang RM 1.50 kot. Keluar je dari airport, belok kanan, lepas cari bas nombor 152. Bagi tahu je korang nak turun kat Ben Thanh Market. Sebab kebiasaannya pelancong dari Malaysia akan stay kat District 1, area Ben Thanh. Tapi, pastikan korang sediaakan duit kecik ok sebab dorang tak suka bagi baki. Rugi nanti.
Tapi dan kawan-kawan naik teksi je sebab malas nak berebut naik bas dan kami nak cepat ke hotel. Nak bersihkan diri. Malam sebelum tu kami tido kat KLIA2 T_T.
Peringatan, korang hanya naik teksi bermeter ok. Sebab dah banyak sangat kes penipuan. Aku sarankan korang naik teksi Vinasun. Ingatttt VINASUN sahaja. Jangan pergi kat kaunter teksi dalam airport tau. Korangkelaur terus dari airport, belok kiri, jalan sampai hujung. Kat sana port teksi Vinasun.
Ni haaa abang-abang teksi Vinasun. Baju emerald, tie maroon.
Ingat nombor pada teksi tu. Kalau apa-apa terjadi, senang. Kalau korang stay kat District 1, jangan risau, teksi-teksi ni ada je parking kat depan hotel. Biasanya dorang parking kat depan Saigon Pink Hotel. So, takyah dah risau pasal teksi nak ke airport nanti. Tambang teksi lebih kurang VD 151 000. Duit sini main ribu ribu tauu. :p
Tudia resit teksi.
Hotel.
Kebanyakan pelancong Malaysia, datang Ho Chi Minh nak shoping. So, highly recommended korang stay kat District 1. Lorong ni memang familiar dengan orang Malaysia. Dah rasa macam kat negara sendiri je haaa. Hotel kena booking awal. Takut fully booked. Korang search je kat booking.com atau agoda. Banyak je pilihan hotel. Antaranya, Saigon Pink, Thanh Thu Hotel dan banyak lah lagi.
Makan? Jangan risau, Kat District 1 tu bersepah kedai makanan halal. Orang Malaysia pun ada bukak restoran kat situ. Cuma mahal sikit la makanan kat sini. Antara kedai makan yang sempat aku cub, Restoran Halal Amin, Restoran Halal Osman, Restoran Hjh, Basiroh..banyak lagi oiit. Nanti aku up entry pasal restoran kat sana ok? ;)
Shoping pulak, aku cadangkan kalau korang nak beli kain cotton. Beli area hotel or District 1 je. Kat Ben Thanh tu bagi aku maheiiiii wei. Beza 2, 3 ringgit jugaklah. Kalau nak pergi Ben Thant tu pergi je. Jalan kaki je dah sampai. Cuci-cuci mata. Tapi ingat! Jangan cuba tawar menawar. Tak pasal-pasal korang kena paksa beli nanti. Tak pun kena maki. HAHA. Hati-hati ye. Kalau nak beli baju tshirt, tunggu malam. Akan ada pasar malam kat District 1 tu. Baju kat situ ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnn! Murah sangat!
Haaa. Bab duit pulak. Jangan risau, korang tukar sikit je untuk bayar teksi dan beli simkad. Kalau nak shoping or makan. Dorang terima Ringgit Malaysia. Tukar dalam 300k VD dah ok kot. Kalau korang nak jugak tukar, haaaa tak pe. Kat District 1 ada "dua pengurup wang". Hehe
Ni la rupa District 1 yang aku cerita dari tadi. Kat belakang aku tu Ben Thanh Market. Kena lintas jalan yang amat sibuk. Haaa, kat hujung jalan tu la ada dua tempat nak tukar duit. Kiri dan kanan jalan.
Boleh pilih nak tukar kat mana.
Selain shoping, kat Vietnam banyak lagi tempat boleh explore. Trip ke Sungai Mekong or ke Cu Chi Tunnel. Kalau korang nak contact number tourist guide yang bawa aku ke Sungai Mekong. Please PM me ok? Nama dia Saleh. Kawan kepada kawan aku. Islam dan fasih berbahasa Melayu. Korang jangan risau lah. Peniaga kat sini boleh cakap melayu. So, tak susah la nak memborongg. ;)
Kat sini banyak je pakej yang ditawarkan. Cuma korang pandai-pandai lah cari. Aku booked Saleh ni sebab nak privacy je. So, satu kereta tu kami bertiga je. Kalau ikut pakej, malas nak tunggu orang lain. Haha. Over tak? Eh lantak la. Duit aku kan. Heee.
Last! Korang patut cuba kopi vietnam. Mesti! Heee. Aku hari-hari beli kopi tu. Siap beli serbuk tu bawak balik Kelantan kot uolssss. ;p
Ok. Aku rasa tu je kot. Korang boleh ushar blog-blog lain. Mungkin ada yang aku terlepas pandang. So, see you on next entry okay? Have a nice day ahead korang!
happiness only real when shared ;)
link :
0 comments:
Post a Comment