.

.

Wednesday, April 12, 2017

. Vietnam Trip : Day 2 .


Sambung lagi perjalanan hari kedua kami. Dah je kat hotel, aku dan Wahidah sambung jalan-jalan tengok ape benda la boleh kami beli. HAHA. Sorang lagi geng kami terus naik bilik.


Sesi membeli keychain dan beg vietnam. 


Sempat bergambar dengan Pha Ri Thah. Adik ni lawa kot. Baru 17 umur dia. Kami borong shawl Naelofar dan Tshirt kat sini. Aku ada jugak add facebook dia. Nak berkenalan, sila PM aku ye. HAHA


Sebelum naik ke bilik, beli kopi Vietnam duluuuuu. 

Dah siap bersihkan diri dan rehat kejap. Kami terus bersiap. Malam terakhir kot, haruslah round lagi sekali. Ada pasar malam lagi. Jalan biar puas hati. Sebelum tu kami cari kedai makan dulu. Pilih yang mana belum kami cuba. Tiba-tiba aku teringat membe aku cakap, mesti try roti Vietnam. So, kami pun beli la dua. Share je. Nanti tak habis.


Ni la rupa dia. Sedap!  Harga : VD 20k ( +- RM 3.90 satu )


Muka happy la dapat makanan. HAHA


Sedang syok kami membeli roti, tiba-tiba keadaan jadi riuh. Peniaga-peniaga kopi bermotor tu bertempiaran lari. Yang menjaja tepi kaki lima tu pun cepat-cepat lari. Rupanya penguatkuasa buat rondaan. Fuhh. Tapi nampaknya dorang memang dah ready. Semalam tak ada sebab hari minggu. Hari ni Isnin, dorang keje. Tu yang kena serbu. Tapi peniaga kat sini dah biasa. Penguatkuasa tu pun buat keje dorang, ye dakk? Dorang just round dan bunyikan wisel. Dua tiga kali jugak lah. Lepas tu tak de dah.

Siap beli roti, kami ke Restoran Halal Amin.


Menu :
Sup Ayam Vietnam
Nasi Putih
Nasi Ayam
Air kelapa (3) 
Harga : VD 170k ( +- RM 33.30 / RM 11.10 per person )


Penat tapi teruskan bershoping. HAHA. Sumpah malam last ni, kami bertiga membeli sepuas hati. Esok dah nak balik oiiii.


Dah setel beli barang, round pasar malam. Kami beli kopi dulu before naik ke bilik. Buat peneman packing barang. Hehe.Kami try kopi brader ni pulak. Sedap. Sebab kurang manis.


Hasil tangkapan aku.


Dah, jom kira bajet day 2.

bajet day 2 :

pakej                 : RM 100
Serbuk kopi        : VD 150k ( +- RM 30 )
Buah Koko         : VD 50k ( +- RM 10 )
Topi                  : RM 5
Kopi Vietnam     : RM 6 ( dua gelas )
Beg Deuter        : VD 147k ( +- RM 28.78 )
Kain  /baju        : RM 95
Shawl Naelofar   : RM 60
Fridge  Magnet   : RM 10
Roti Vietnam      : VD 40k ( +- RM 7.83 / RM 2.61 per person )
Dinner               : VD 147k ( +- RM 33.30 / RM 11.10 per person )

total bajet day 2 :   RM 358.49


link :
Vietnam Trip : Tips ke Ho Chi Minh, Vietnam 


0 comments: