Masih hari kedua. Selepas ke Sungai Mekong, kami request nak ke Saigon Central Post Office. Tempat wajib datang.
Bangunan ni dibina sekitar tahun 1886 - 1891. Kat bawah, of kos la pejabat pos. Tingkat atas pulak ada jual cenderahati.
Reka bentuk bangunan serius lawa. Klasik sangat. Yela, orang Perancis yang bina bengunan ni. Style pun Franceeeeee gitewww. Kaunter untuk pos surat ada banyak gila. Tak payah korang nak ambik nombor. Terus ke kaunter je. Ada meja, kerusi dan pen untuk korang menulis.
Tak ada bayaran kalau pelancong nak masuk. Free je. Waktu operasi pukul 8.00 pagi - 5.30 petang.
Cenderahati
Mesin ATM
Tempat korang nak isi borang or tulis apa-apa before pos surat.
Depan Saigon Central Post Office. Nampak macam kat Perancis tak? Hehe
Haa. Selfie satu kali dengan tourist guide kami, Saleh. Muda remaja plus hensem bebenor. HAHA
Kami singgah Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City. Hajat nak beli baju, tapi cash tak cukup. Nak pakai kad kredit, tak aktifkan pulak untuk kegunaan luar negara. Nyesal tak sudah. Plan nak beli baju tshirt untuk Firdaus. T_____________T
Kami request lagi ( banyak songeh betul aihhh ), nak tengok masjid kat bandar Saigon ni. Ni lah dia Masjid Musulman ( Saigon Central Mosque ). Tak kesampaian nak solat kat sini. Tak pe lah, dapat tengok pun jadi lahhhh.
Gambar paling awesome.
Pose wajib ni kalau pergi mana-mana.
Ok, selesai separuh hari. Stay tuned. Hari kedua belum habis guys. Heee.
happiness only real when shared ;')
link :
Vietnam Trip : Tips ke Ho Chi Minh, Vietnam
0 comments:
Post a Comment