Hari kedua. Kami booking pakej ke Sungai Mekong. Aku deal dengan Saleh ni awal lagi. Saleh ni kawan kepada kawan aku, Mamat. 4 tahun dah berkawan katanya. Mamat ni selalu ulang-alik ke Vietnam sebab dia buat bisnes. Heee. So, senang la. Sebab kenal kan. Saleh ni beragama Islam, fasih berbahasa melayu. Serius aku lupa berapa RM dah pakej ni. Lupaaaa nak catat. Tapi berbaloi sebab kami bertiga je dalam kereta tu, sorang pemandu dan Saleh.
Pukul 9 pagi kami gerak ke Sungai Mekong. Lebih kurang sejam setengah. Gambar kat atas ni, tol. Kau ingat Vietnam tak ada tol ke sampai excited snap gambar. HAHA. Before naik bot, kami beli topi duluu. RM5. Panas oiii kena sorok muka. HAHAHAHA
Sampai je, Saleh uruskan hal tiket dan bot. Sebelum tu, bergambar dulu sekeping dua. Hehe.
Ni bot yang kami naik. Special sungguh, kami bertiga je pelancong yang naik bot ni. Best weh, privacy sangatt. Then, ada seorang tourist guide. Si Saleh tu pun ikut jugak.
Our tourist guide. Awet muda weh. Umur dah 40an.
Sungai Mekong! Tak sangka akan sampai ke sini. Teringat dulu belajar Geografi. Femes la nama Sungai Mekong ni.
Haaa, kat belakang tu la Saleh. Muda remaja lagi.
Tempat pertama, kami dibawa ke satu restoran. Dorang beri kami makan halia, madu dan ape benda entah satu lagi lupa. Lepas tu kami jalan lagi dan singgah kat tempat dorang panggil 'Coconut Island'. Memang produk semua berasaskan kelapa. Kami sempat beli sepaket gula-gula kelapa. Sedap yang amattt.
Sambil jalan-jalan, boleh la tengok kraftangan yang dijual sepanjang jalan. Aku beli beg je, nak beri kat family.
Gambar 'koya' sekali sekala apa salahnya kan. Hehe
Sebelum kami naik sampan. Kami singgah untuk makan buah-buahan dulu. Sambil tu ada orang hiburkan kita. Selama ni tengok dalam tv, dalam blog orang je. Kali ni pergi sendiri.
Muka penat dah sorang- sorang.
Ok, last kami naik sampan. Lawa tempat dia. Memang sesak dengan sampan sungai ni.
Muka excited.
We are here!
Kamera tak lepas dok snap gambar. Sebab tak ada lain kali dah datang sini. Heee. Si Firdaus reject idea nak honeymoon sini. HAHAHAHA
Dah habis pusing-pusing naik sampan. Kami jalan ke jeti. Nak balik dah. Sebelum sempat lagi beli buah koko lepas tu makan fresh gitu. Sedap gila!
Kami naik bot ke jeti tadi dan terus ke kedai makan. Makan tengah hari disediakan. Restoran tu halal. Jangan risau.Owner restoran tu fasih berbahasa melayu. Siap dok cerita pengalaman dia tinggal kat Terengganu. Kami beli serbuk kopi Vietnam pakej sekali dengan penapis. VD150 000. +- RM 30
Makan tengah hari. Sedap! Lepas makan dan solat, kami gerak balik. Jangan risau, kat sini memang ada surau kecik untuk pelanggan. Sebab susah nak cari masjid. Terbaik lah owner restoran ni. Otw balik ke HCM, masing-masing layan mimpi. HAHA
Selesai setakat tengah hari. Stay tuned. Hari kedua belum habis! Heee.
happiness only real when shared ;')
link :
Vietnam Trip : Tips ke Ho Chi Minh, Vietnam
0 comments:
Post a Comment