.

.
Showing posts with label hikingtrip. Show all posts
Showing posts with label hikingtrip. Show all posts

Friday, October 2, 2020

. HikingTrip : Bukit Patoi, Brunei Darussalam .

My Hiking Diaryyy

Adui lama sungguh tak update trip hiking. Padahal aku aktif je hike. Tahun 2018 je aku rest sebab masalah kesihatan. Feb 2018 hingga Feb 2019. Lepas tu baru hike santai-santai. Ikutlah nasihat doktor tu sitii. Kalau tak, cari penyakit lagi la.

Actually, trip ni lama dah, 20 Ogos 2017. Peram lama sangat. Tak pastilah sibuk atau malas nak update. Mood hilang kali ahh. Ok, back to the story. 


kj

 Bukit ni terletak dalam Peradayan Forest Reserve. 2 km trekking dengan ketinggian 310m.

 

Bukit Patoi ni sebenarnya terletak di Temburong, Brunei. Daerah kecil Brunei. Dia macam ni, Lawas (Malaysia) - Temburong ( Brunei) - Limbang (Malaysia)- Brunei - Miri (Malaysia). Nampak?  Untung kan aku, selalu masuk Brunei. Hihi. Aku tak tahu pun tempat ni, aku tengok kawan aku pegi sini. Aku pun risik-risik la. Gamble je datang sini. Tak ada guide, tak ada orang jaga kat entrance. Kawan aku si Amir tu cakap, kena inform guide kot. Erk, kami redah je sebab sunyi yakmatt masa kami datang. 

j

 Amir bergambar dekat batu ni lah. Aku terus PM dia. Terus jatuh cinta kat Amir, ehhh dekat view sini. Hahaha. Tapi, masa kami datang tu, trailnya macam semak. Tak ada orang urus kali. Kami gamble je masuk dalam sana. Dengan tak ada line. Yelahh, masuk negara lain kot.

 
Lupa dah berapa minit kami mendaki. Sebab dah lama. 

 

 Inilah puncaknya. Memang tak gah macam bukit lain, tapi puas. Teroka negara orang. Hahah.



Dari puncak, kami nampak jalan yang kami limpas tadi. Lama juga lepak atas ni. Siap picnic k. Gigih.


So, next? Banyak lagi trip hiking aku. Pelan-pelan aku update okayy. Mostly dekat Sabah. Sebab Lawas, Sarawak ni sempadan Sabah. Setengah jam, dah sampai Sabah. Gituuu. Ok, till we meet again k guys.




Friday, June 28, 2019

. Xplore Borneo : Kinabalu Daya Hotel .


Hello gais. Lama rasaya aku tak share pasal hotel kan? Berfolder-folder dah gambar hotel ni. Hari ni kita share lah satu. Kebanyakannya aku share hotel area Kota Kinabalu. Maklumlah aku kan kerja kat sini. 

Macam biasa, kalau aku ada trip di Sabah. Tak kira lah Kudat ke, Kundasang ke, Tamparuli ke. Memang pit stop nya kat KK.


Kota Kinabalu Daya Hotel. Hotel ni kat tengha-tengah bandar KK. Aku ni memang sejenis suka cuba macam-macam hotel. Nanti kalau orang tanya, kat KK mana hotel yang best, barulah aku boleh explain satu-satu kan? Hehe.


Ni Reception. Besar jugak hotel ni.  Boleh tahan. Harga berpatutan. Aku stay sini bulan April 2017. Masa tu aku ada trip rafting di Tamparuli. Then trip hiking kat situ jugak. 


Kebetulan member aku dapat diskaun. Kami pun on jelah. Walaupun parking memang susahhhhhhhhh benauuu nak cari. Sejam weyy berpusing cari parking.  

Kami ambil bilik family. 1 katil queen. 2 katil single. Tapi kat tengah-tengah ada pintu. Pintu masuk satu je. Harga sebenar aku dah lupa. Lebih kurang RM200++. Harga promosi. Sebab kawan aku yang bayar. Biasanya aku yang setel urusan hotel ni. Kali ni dia yang tolong booking.


Satu bilik. Tapi ada dua ruang tidur, satu bilik air. Dua almari. dua cermin. Dua tv. Ni ruang pertama, katil queen.  


Tepi katil ruang 1, ada pintu ke ruang tidur kedua. Macam dalam gambar.


Ruang tidur kedua. Dua katil single.


Cermin besar uols. Jangan risau berebut cermin. Hehe


Tv di ruang tidur kedua. Kecik la sikit.


Ni pulak cermin dan tv di ruang tidur utama. Lebih besar.


Tandas memang tip top. Ada pengering rambut juga. Aku kalau masuk hotel, memang aku jenguk tandas dulu. Aku memang penggeli sikit bab-bab tandas ni. Ok gais. Sekian saja perkongsian aku kali ni. 

Untuk info lanjut. Boleh la layari n agoda, booking.com, traveloka atau trivago eh.

Alamat :

Lot 3 & 4 Block 9, Jalan Pantai
88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Telephone: (6) 088 240 000
Facsimile: (6) 088 263 909
Email: info@kinabaludayahotel.com / reservation@kinabaludayahotel.com


Saturday, October 20, 2018

. Hiking Trip : Bukit Bongol, Kota Belud, Sabah .


Hampir setahun tak update blog ats kekangan kesihatan. Lama dah tak hike. Buka blog, tengok kat draf ada entry yang belum aku siapkan. Marilah kita sambung mengarang...

April 2017. Bulan paling banyak labur duit.
Hiking kat Bukit Perahu, Tamparuli 14 April,
Rafting kat Kiulu 15 April,
 Explore Gua Niah, Miri 23 April
Bukit Tinjau 29 April

30 April, aku dan kawan-kawan ke Kota Belud. Tujuannya nak attend majlis ex-housmate aku. Dia kawen dengan orang Kota Belud. Alang-alang ke sini, terus cari bukit mana yang boleh didaki. Gitewwww. Gian kekdahnye. HAHA. So, dua bukit kami tapau. Kesian hosmet aku yang lagi dua orang. Kena paksa panjat bukit. Sory guys. Bukan selalu kan korang ikut aku. ;p

So,  pendakian aku kali ni di Bukit Bongol, Kota Belud via Mandap-Dohubang Trail. Btw, banyak trail untuk explore Bukit Bongol ni. Bukit ni ada 10 puncak. Aku sempat tapau 3 puncak je. Sebab aku bawak adik-adik dan hosmet. Kang kalau 10 puncak aku tapau, mau pengsan dorang. So, takpelah. HAHA.



Korang boleh nampak bukit ni kalau dari pekan Kota Belud. Lawaaa. Untuk ke sini, korang waze jela ek. Senang je. Hehe. Ni starting point dia ek.


Sini ada tandas, tempat rehat dan gerai jual makanan segera. Boleh la alas perut dulu lepas turun dari bukit tu. Kat sini pun ada air terjun jugak. Tapi aku tak pegi pun, malas nak jalan dah. Lapo.


D'Lugas Trail

Ini antara trail awal-awal pendakian. Memang lalu kebun orang,bukit yang berliku, licin dan banyak akar. Tapi jangan risau, memang ada tali dan track.


Tahan nafas sebab nak bergambar. Penat. Sumpah.


Poturidong Trail

Lepas melalui  liku-liku hutan tu. Ni trail kedua, bermulalah pendakian dibawah terik matahari. Ni dah nak start mendaki puncak-puncak Bukit Bongol.


Serius cantik.


Sambil tunggu kawan-kawan. Bergambar lah dulu kita.


Kodompulan Trail.

Trail terakhir sebelum menuju puncakkkkk. Hari semakin panas sebenarnya. Tapi aku terus je mendaki.


Puncak yang pertama. Akhirnyaaaaa. Depan aku tu puncak yang kedua. Bergambar dulu sebelum mendaki ke puncak kedua. Dari sini juga nampak Gunung Kinabalu. Tu haaa yang aku tunjuk tu gais.



Here we are! Puncak yang kedua. Ada bendera kat sini.


Dari puncak ketiga ni nampak jelas Gunung Kinabalu kat belakang. Serius rindu nak hike Kinabalu. Pengalaman yang memang tak boleh dibeli weh.






Hosmet yang paling hujung sebelah kiri dan kanan tu redha je aku ajak daki bukit. Dorang cakap lepas ni taknak ikut dah trip aku. HAHA. Tapi awesome kan gais?



Rombongan Cik Kiah ke Bukit Bongol 



Terjumpa geng Sabahan kat puncak.


Gigih tutup muka sebab taknak hitam. Tapi masa nak turun. Aku bukak je tuala tu. Susah nak lari. HAHA. Aku turun dengan berlari sebab taknak sakit lutut macam kat Kinabalu dulu. Kawan-kawan behave ye kat belakang. Aku tak risau sebab dorang ramai-ramai. So aku dan sorang lagi member berlari turun.

Gambar sebelah tu, sedang berfikir macam mana nak memandu pulang ke Kota Kinabalu dan esoknya ke Lawas. Longgaqq lutut baq hang.

Otw turun, kami jumpa satu geng ni. Hiking tak bawa air weh. Kawan aku kesian, so dia bagi air dia yang dah tinggal suku. Adoi. Korang kalau nak hike tu, bawak la air, coklat, roti ke apa. Yang paling penting, AIR. Aku tahu korang first time join hiking, tapi kena la buat research, bukit tu macam mana,  ketinggiannya. Stres I tengok dorang. Muka memasing dah pucat.




Dah penat mendaki. Kami makan duluuuuuuuuuuuuuuu sebelum balik hotel.


Bai Bukit Bongol. Till we meet again. 
Naik 1 jam 30 minit 😥😧
Turun 30 minit sbb byk lari. Haha 😷



The best view comes after the hardest climb.

happiness only real when shared ;)


Tuesday, November 21, 2017

. Hiking Trip : Bukit Tinjau, Kota Belud .


April 2017. Bulan paling banyak labur duit.
Hiking kat Bukit Perahu, Tamparuli 14 April,
Rafting kat Kiulu 15 April,
 Explore Gua Niah, Miri 23 April

 29 April, aku dan hosmet ke Kota Belud. Kenduri kawen ex-hosmet kami. Tengah hari lepas majlis selesai, aku terus bawak dorang ke Bukit Tinjau. Fyi, kat Kota Belud ni banyak bukit yang oleh korang panjat. Kena rajin la google yer. Aku sejenis makhluk yang suka baca blog. Heee. So, aku dah plan, lepas majlis kawen tu, panjat Bukit Tinjau sebab tak tinggi pun. Level adik-adik je. So, tak penat sangat, lepas majlis kawen kan, mesti lemau yakmat dah badan. Sebab tu la aku pilih bukit ni. Budak-budak pun boleh sampai atas weh.



Main entrance

Kenapa dalam banyak-banyak bukit kat sini, aku pilih Bukit Tinjau? Haaa, sebab dari sini nampak laut. Aku nak tengok sunset. Hehe. Aku yang buat iti, aku yang drive, aku yang bawak dorang, so dorang ikut je mana aku pegi ;p HAHA. Dari pekan KB, 10-15 minit je. Tak jauh. Terletak di Kg. Kuala Abai. Lokasi dekat dengan SK Kuala Abai. So, kalau nak pakai waze, senang la.



Sekitar kaki bukit. Bukit ni tak tinggi sangat. 350 meter. Ambil masa 15-20 minit je. Time nak turun tu, 15min je kot.


Lokasi: Masuk ke simpang SK. Kuala Abai, jalan lurus dan belok ke simpang kiri yang akan melalui Mini Market Kuala Abai. Tiada bayaran yang dikenakan. Tempat menarik lain berdekatan dengan bukit ini ialah: Pantai Rang Bulan, Usukan Cove, Jeti Kg. Buah Pandai.


Sory, kena paksa hike. Takpe, bukan selalu kan. Hahahahaahha


Ok dah sampai.


Pemandangan atas Bukit Tinjau


Ramai jugak orang 






Hiking selagi bujang. Hahahaa. Bila lagi nak explore tanah Borneo kan.


 The best view comes after the hardest climb ;)


Sekian untuk hari ni. Esoknya kami panjat Bukit Bongol pulak. Tak jauh jugak dari pekan KB. Jangan lupa baca entry aku yang seterusnya ye. Hehe.


happiness only real when shared ;)