.

.

Wednesday, October 16, 2019

. hotelreview : Hotel Bestari Prima, Kuala Lipis .


Nextttt hotel review. Hotel Bestari Prima, Bandar Baru Kuala Lipis. Hotel ni aku walk in je. Aku ada reunion kat Jerantut. Then hantar kawan aku naik bas kat Kuala Lipis. Memandangkan dah petang, jadi aku bermalam di Lipis dulu. Esoknya aku bertolak balik ke Kelantan. 



So, aku pusing-pusing bandar Lipis mencari hotel. Banyak je hotel. Cuma aku nak cari hotel paling baru. Aku dah biasa dengan bandar ni, maklumlah, lapan tahun belajar kat sini. So, tak ada masalah setakat nak round pekan ni. HAHA. Tak besar sangat pun. Dari zaman Mrsm hingga ke IPG.

Hotel Bestari ni ada dua, yang ini paling baru. Sebelah hotel ni ada kedai makan. Seberang jalan ada Shell, Car Wash, Kedai Serbaneka. Parking pun senang.


Reception


Lif untuk ke bilik.


Pantri untuk tetamu. Kalau rasa lapar, boleh masak mee segera kat sini.


Seterika disediakan. Tapi diluar bilik.




Yang paling aku suka, cermin besar ni. HAHAHA. Fitrah seorang perempuan. Memang suka sangat tilik diri sendiri.



Tandas sangat bersih. Hotel baru kan.




Ni rate harga bilik kat sini. Bagi aku, berbaloi.



Hotel Bestari Prima
28, Lorong BBKL 2/3/2. Bandar Baru Kuala Lipis
27200 Kuala Lipis, Pahang



0 comments: