.

.
Showing posts with label cerita cikgu. Show all posts
Showing posts with label cerita cikgu. Show all posts

Monday, November 13, 2017

Hiking Trip : Bukit Perahu, Tamparuli Sabah .


Nextt. First trip 2017, 14 April 2017. Hiking Bukit Perahu, Tamparuli. Kami pegi waktu cuti Good Friday. Kumpul kat Tuaran. Dari Tuaran ke Tamparuli dalam 10 minit je.Kalau dari Kota Kinabalu, jauh sikit la dalam 40-50 minit gitu. Kami nak hike awal pagi, tu stay dekat area situ. Kami stay kat Tang Dynasty Lodge. Nanti aku buat entry khas untuk review hotel tu.


Aku tak tahu nak kabor macam mana direction ke sini. Korang waze jelah, tak pun google maps. Zaman siber guyssss. HAHA.


Korang nampak signboard ni, maka korang menuju jalan yang betul. Oramg-orang kat sini mostly penganut agama Kristian,   panggil bukit ni Bukit St. Veronica. Sepanjang trek nak sampai ke puncak, korang akan jumpa 14 salib. Kira macam checkpoint la macam tu.  Bukit ni tak tinggi sangat, lebih kurang 272m dari aras laut, 800 meter. Kitaorang amik masa 50 minit untuk sampai ke puncak. Maklumlah, sibuk snap gambo kekdahnya. Padahal 35 minit macam tu dah boleh sampai.


Salib yang pertama.


Meh aku belanja gambar checkpoint. Tapi tak semua la aku snap. Sebok sembang. Ada yang terlepas pandang. HAHA. 



Sebenarnya aku tak suka la kalau hiking ada tangga gini. Sebab fobia. HAHAHAHA. Teringat - ingat lagi tangga-tangga kat Gunung Kinabalu dulu. 2 minggu jalan senget baq hang. ;p




Haaa, kalau korang jumpa salib paling besar ni, maknanya korang dah nak sampai puncak. Kena mendaki sikit je lagi. 



Yeayyy dah sampai puncak! Ni la view kat atas tu. Memang ada orang jual makanan. Tapi pamdai-pandai la pilih yer bagi hikers yang beragama Islam tu. Serius ohsem gila atas ni. Nyaman gila, sejuk weiii. Lama jugak kami lepak atas ni. Kami terpaksa turun sebab petang tu cadang nak ke pantai pulak. 


Serius nak repeat!


Dari puncak ni, korang boleh nampak Pekan Tamparuli dan Pekan Tuaran.


Kami. Geng PISMP BM di Borneo. ;)


Classmate. Jiran sebelah bilik. Now dah jadi housemate. hehehe.


Rindu muka i masa ni. HAHAHA.


Waktu kami turun, kebetulan bertembung dengan penganut agama Kristian, dorang akan berhenti kat setiap salib dan baca doa, nyanyi ( maybe kalau dalam Islam tu zikir la kot ), aku pun tak pasti. So, kami pun terpaksa turun pelan-pelan. 



Posing wajib bila ada trip.


Dannnn, yang ni palinggg aku titik beratkan. Jaga kebersihan. Sepanjang aku hike kat sini, memang bersih. Kipidap hikers sekalian. 


 The best view comes after the hardest climb ;)


happiness only real when shared ;)





#happybirthdaysayang13november

Friday, September 9, 2016

. Xplore Borneo : Crystall Hill, Kundasang Part 1 .


Trip 2-4 Ogos 2016. Hiking Trip : Crystal Hill, Kundasang. Kemain lama delay nak update kat blog. HAHA. Bizi je memanjang. Budak-budak nak exam kan. Cikgu yang sibuk. Sibuk pikir dorang boleh jawab ke tak. HAHA. 

Back to the main story. Haaa. Kami bertolak dari Lawas pukul 2.30 petang. Slow and steady je aku bawak. Tak rushing kan. Sebab nak hiking pagi esok, so rilek-rilek je la. Maka mereput lah Kak Sara kat airport tunggu kami. HAHA. Kak Sara join trip kami, dia dari Sandakan. Naik flight ke KK. Soryyy kak. Sengaja tu nak suruh akak tunggu lama-lama. HAHA.



Petronas Bongawan. 


Kami sampai airport KK dalam jam 5 petang ++. So, kami terus gerak ke Kundasang. Sepatutnya sejam setengah je dah boleh sampai. Tapiiiiiiiiiiiiiiii, kami tersekat dalam jem. Jalan memang jem gilaaaaaaaaaaa kot. Orang baru balik kerja daa. Stress la jugak. Sebab aku ni orang kampung, mana biasa hadap jem 2 3 jam. HAHA. Dari bandar KK hingga ke Tuaran memang jem teruk. Takyah tekan pedal minyak punnns --'

Sampai Tamparuli, jalan tak jem dah. Yela, siapa je nak naik Kundasang malam-malam kannn. HAHA. Kami sampai Pekan Kundasang pukul 10 lebih kalau tak silap. Then kami bersilat dulu cari makan. KFC je bukak. Maklumlah dah malam. Stail kat sini, kedai tutup awal hokeyyy sebab pekan ni kecik je. Koboi style uols. Haaa. So, lepas tapau KFC, kami terus ke homestay bajet. Dekat je dengan pekan tu, berdekatan Klinik Kesihatan.


Kundasang Rosewood Homecottage.

Macam biasa, aku akan up entry khas untuk review homecottage ni. Kami sewa bilik untuk 4 orang, private bathroom. RM 100 untuk satu malam. Berbaloi dan selesa. Sesuai untuk percutian bajet macam kami. Kami ni memang sentiasa nak cut bajet. HAHAHA. So, time to sleep. Sejuk yang amat uols. Nyenyak kami tido. Esoknya kami nak hiking ( hiking la sangat ), so kena rehat. Lepas subuh esok nak gerak.

Esoknya, jam 6.15 kami gerak ke Crystal Hill. Tempat ni landmark die Crystal Hill Resort. On the way nak ke resort tu lah ada bukit ni. Kat mana pulak resort tu? Haaa.. senang je, dari round about Kundasang tu, korang amik jalan ke Masjid Kundasang dan terusss je. Simpang masuk ke resort tu sebelah kiri. Tak jauh dari simpang masjid. Ada sign board, dekat simpang tu. So, pepandai la korang slow down, jangan laju je macam nak kejor perompak. Heee.


 View from Crsytal Hill Resort.

Take note ye kawan-kawan. CH tu before sampai ke resort. Sebelah kiri, korang kena alert ada sign board kecil tertulis ' Tree of Hope'. Haaa, ada kaki lima kecik cinonet je untuk park kereta. So, park kat situ dan jalan ke signboard tadi. Kalau nak park kat resort pun boleh. Tapi jauh sikit la kena menapak. Dah la berbukit segala kan. 


Snap dulu la sekeping dua. Akak yang baju merah tu feeling sorang-sorang pulaks. HAHA


Biasa kalau sebut 'hiking' ke 'panjat bukit' ke.. haruslah kita panjat..eh, macam keling pulak ayat. Takkkkkkkkk, maksud aku, mendaki 'ke atas' kan. Dah namanya pun daki bukit. Tapi, Crystal Hill ni takkkkk hokey. Ko kena turun ke bawah. HAHA. Serius lah, aku pun terkezutttttttttttt. Maybe sebab otw nak ke resort ni memang berbukit.


Apa yang cantik saaaaaaaangatnye kat sini? Haaa. Nampak view belakang aku tu? Gunung Kinabalu guys. Hee. Dan dari sini korang akan nampak pekan Kundasang. Angin memang sejuk yang amat. Serius refresh gile!





Fyi, korang takkan rasa pun penat. Sikit je jalannya. Tak sempat berpeluh pun. Sejuk adalah! Angin kemain kuat. So, sila pakai tudung yang melekat. Toksah la pakai bawal, kelepet nanti nak amik gambo. HAHA Lama jugak la kami lepak kat sini. Kalau ikutkan trek ni, jauh lagi ke bawah. Tapiiiiiii bila tengok hosmet dah mengah, so kami berhenti je kat kawasan lapang sikit. Lepak sambil menyembang.


Tinggi-tinggi gunung kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu ;p




 Ni haa view trek tu. Kan dah kate tak berpeluh pun. Tapi ada jugak la bukit curam. 

Matahari dah tinggi, perut pun dah lapar oii. Breakfast la pulak. Kami terus gerak ke kedai makan kat pekan. Kene isi perut oiit. Kang nak sambung berjalan. Hehe. 


Nah! View dari kedai makan.


Tak sangka. Dulu tengok dalam drama je view-view dari sini. Now aku sendiri dapat datang sini. Even ni dah kali keempat datang. Tapi tak pernah puas! See? Hikmah dapat keje kat sini. Boleh kenal tempat orang. Kalau nak tunggu datang melancong? Entah bila. So, bersyukur ya sitiiiiiiiii.


Perut dah kenyang. Penat. Mata mengantuk. So, kami balik ke cottage. Mentidoooooo la apa lagi.  Heaven sangat uols, bangun-bangun nampak view gunung dari tingkap. Fuhh, kalau hari-hari macam ni syok ni. --' 

Planning nak gerak ke Dairy Farm jam 11.30 pagi. Tapi terrrrrrrrrlajak. Pukul 12.30++ baru gerak. Hahahaa. Syok sangat tido. Alang-alang lepas ohor ajelah.


Kawan seiring sejalan. ;p



 The best view comes after the hardest climb ;)
 

happiness only real when shared ;)

Thursday, February 25, 2016

. bucketlist : Bajet ke Langkawi 4H3M .


Fuhh, akhirnya tiba jugak di entry yang terakhir. Makan masa 3 bulan wooo nak habiskan entry ke Langkawi ni. maklumlah, cikgu is sibuk kalah PM. ;p

Tamatlah percutian 4 hari 3 malam di Langkawi. Next time datang lagi, nak bawak satu family pulak. InsyaAllah. Semoga Allah berikan kesempatan pada kami. Ameeeeen.

Lepas siap semua kemas barang, mandi dan bersiap. Kami pun ready untuk ke airport. kami balik tak sama flight sebab masing-masing beli sendiri tiket. First, Syud dulu gerak, flight aku pukul 7 malam, Cah and Sa pukul 9 malam. 


 Hasil tuaian di Langkawi. Sebelum dan selepas. Aku pegi satu beg, balik pun satu beg. Tapiii, time pegi tu beg kempis, bila balik, beg dah kembung. Beg Nike hitam tu je aku punya k. HAHA. Dorang semua banyak beli coklat, baju dan barang2 lain. Aku ni memang betul ikut bajet. Coklat pun tak beli banyak. Cukup untuk adik adik kat rumah je.


Sempat lagi suruh abang kat situ tolong amikkan gambar. HEHE



Till we meet again Langkawi. Aku pasti datang lagi. ;p


" seyek poket "



TOTAL BAJET

Tiket Flight 
KL - LGK ( Air Asia )     : RM 36.50
LGK-KL-KBR(MAS)       : RM 146.80
Day 1 ( + PAKEJ)        : RM 266
Day 2                          : RM 15
Day 3                          : RM 84
Day 4                          : RM 175.05

TOTAL : RM 723.35 

Aku bajet RM 700 je. Tapi terOVER BAJET RM 23.35. HAHA. Tak pe, dalam kawalan lagi kan. So, next trip, ke mana kita?
 


happiness is real when shared


LINK :

Tempat Menarik di Langkawi
Tempat Makan Best di Langkawi
Langkawi Day 1
Langkawi Day 2 - Island Hopping 
Langkawi Day 2 - Part 2
Langkawi Day 3 - Sky Bridge
Langkawi Day 3 - 3D Art Museum
Langkawi Day 3 - Laman Padi
Langkawi Day 4 - Dataran Lang, Shopping, Underwaterworld


Sunday, February 21, 2016

. bucketlist : Langkawi Day 4 - Dataran Lang, Shopping & Underwaterworld .


hari ke-4. Last day. HUHU. Masing masing muka monyok je. HAHA. Maklumlah, percutian dah sampai ke hujung. Dorang semua keje dah keesokan harinya. ( Rabu ). Saerah cuti sampai hari Khamis. Aku? Oiii heaven. Cuti sebulan ! HAHA. Cikgu kate ko.. ;p

Plan asal hari ke-4 ni nak masuk Underwaterworld dulu then baru pegi shoping+dataran lang. Tapii, bila kami pegi ushar kat UWW, time feeding die petang. pagi macam tak best, so kami terus pecut ke Dataran Lang. Pagi dah tak pagi sangat lah. Matahari atas kepala dah oii. Panas! HAHA.

Gambar yang menipu. Macam mana boleh nampak keding ek kaki ku itu? ;p


Rombongan kaklong ke Langkawi. HAHA

Kat sini kami just amik amik gambar, rest kejap pastu makan ais krim. HAHA. panas yang amat. Then kami terus ke HIG, shoping time! Time ni memang dorang shoping coklat sungguh sungguh. HAHA.


Lama jugak kami kat sini. Dorang semua banyak kemain beli coklat. Aku tak menyopim banyak sangat sebab housemate aku kan budak Langkawi, jadi setiap kali cuti, aku akan kirim. Tu yang tak excited sangat sebab setiap kali cuti aku kirim. muahahahahaha. kekdahnyeee! gila coklat kannn.

 
Pepero, Kinder Bueno dan 2 paket Whitttakers  missing in action! ( gambar ambik kat rumah )

habis shoping, kami ke hotel baru, check in just untuk letak barang dan mandi sementara tunggu flight malam nanti. before ni kan kami stay kat Sandy Beach. Check out pukul 11 pagi, tapi flight kami ke KL malam. So, kami decide nak sewa chalet murah untuk sehari. tak muat bonet oo nak sumbat semua barang. so before ke dataran lang, kami check out siap siap and tumpang barang kat lobi. after shoping, kami ke chalet tu, memang murah. tapiiiiiiiiiiii pakcik yang jaga kaunter tu kerek nak mampos. huhh. so aku tak nak mention kat sini. cakap lebih lebih kan kena kecam. T____________T

Siap solat semua, kami ke Under Water World. Pukul 2.30 petang. cun cun beb. Feeding time start 2.45. HAHA.


bagi sesiapa yang kerja kerajaan, korang just tunjuk je kad kerja korang. dapat diskaun. harga asal RM 33. government servant dapat RM 26. Selain pekerja gomen, warga emas pun dapat RM 26.

 Feeding Time

Floor Plan. Jangan risau, confirm tak sesat. T.T


slot yang pertama, aku macam errr.... kagum kot. HAHA.


first time la ni tengok peguin! hahaha

dalam ni ada signboard, korang just ikut je


next section is tunnel tank 



dapat la tengok macam-macam jenis ikan. shark pun ada. tapiiiiiiiiiiiiii aquaria macam lagi best je?


terpegun tengok brader ni bagi makan ikan.

shark


last, kami ke pameran hidupan laut. perghh. serius cantik. kat sini aku lepak paling lama. kagum tengok!






otw nak keluar, ada kolam ikan koi. 


dan berakhirnya lawatan sambil belajar cikgu siti ke underwater world. :p


keluar je dari UWW tu memasing perut berkeriukk. nasib baik depan UWW ni ada kedai makan. so kami terus masuk kedai tu. lupa pulak nama apa. tapi aku ada share dalam entry aku sebelum ni. :p



to be continue....


bajet day 4 :

Coklat ( HIG)    : RM 134.05
Tiket UWW       : RM 26
Makan               : RM 6
Chalet ( mandi ) : RM 9

TOTAL : RM 175.05 


happiness is real when shared