.

.

Monday, May 4, 2015

. Xplore Borneo : Tips to Labuan PART 1 .


Cuti 4 hari.. Labour day, weekend. Wesak. Apa nak buat? kalau stay Lawas, mereputtt la jawabnya. --'

So lets go to Federal Territory of Labuan!

Sebelum ni asyik nengok dalam peta, dalam tv je kan. Orang dok sebut Labuann Labuann. Agaknya macam mana la Labuan ni? Haa. kalau tak pegi tak tau. So kena pegi la,, alang alang kat Borneo kan. Kawan-kawan semua suggest aku pegi sehari je sebab Labuan sangat sangat lah kecik. Sehari dah habis jalan. So, aku decide pegi Sabtu pagi and Ahad pagi return to Lawas. Jumaat tu melangut dulu kat Lawas. HAHA

Kalau korang dari semenanjung, harusssslah naik flight. Takkan kau nak dayung sampan meredah lautan bergelora tu kan. HAHA. Tapiiiiii, aku kat lawas ni macam macam pilihan transpot nak gi sana. Ehem.

1 - naik flight dari KK ( kota kinabalu ) ke Labuan
2 - naik feri dari Menumbok ( boleh bawak kereta ).
3 -  feri dari KK ke Labuan.
4 - speed boat dari Lawas ke Labuan.
5 - speedboat dari Sipitang ke Labuan
6 -  speedboat dari Limbang ke Labuan
7 -  speedboat dari Menumbok ke Labuan.

so, pilih yang mana berkenan di hati. Gitewwww. Aku naik speedboat dari Menumbok. So, aku drive ke Menumbok dari Lawas. Almost 2 jam lebih jugak la. Then dari Menumbok ke Labuan, 20 minit. Aku parking kereta kat kawasan jeti. Ada yang berbayar dan berbumbung, RM10. Kalau tak de bumbung RM5. Korang kena tanya orang yang jaga parking tu, tempat korang park kereta tu ada pengawal ke tak. Bukan apa, precaution kann. Hee.

Speedboat ke Labuan dari sini selalu ada. tak payah risau. just walk in je masuk terminal feri Menumbok, then beli tiket. If korang nak bawak kereta, kena naik ferii, memang banyak feri ke Labuan, yang aku suvey ada feri Kimanis, Putrajaya dan Warisan Perdana. If nak naik feri, kena pegi awal awal or booking online or call. Takut full kan.

  jadual 'car ferry' ke Labuan.   
sumber : link

Jadual SpeedBoat

Labuan to Lawas : 12.30 pm
Lawas to Labuan : 8.00 am
Labuan to Sipitang : 9.00 am & 1.00 pm
Sipitang to Labuan : 9.00 & 10.00 am
Labuan to Limbang : 12.30 & 2.00 pm
Limbang to Labuan : 7.30 & 8.00 am

* if dari Menumbok - Labuan, Labuan - Menumbok selalu ada. 

  terminal feri

So, ada apa kat Labuan? 

Labuan kecik je. So, kalau korang datang sini sehari pon cukup dah kot. Korang boleh sewa basikal or motor untuk round satu Labuan. Tak pun naik bas. Bas kat sini pukul 7 petang dah takde. Tambang pulak start RM1-RM3.
  • Bas warna kuning No.3 - Hospital Labuan, Kompleks Sukan, Sungai Bedaun, Bebuloh, Kiamsam
  • Bas warna merah No 4 - Hosp. Labuan, Pantai Layang Layangan, Peace Park, Surrender Point, Homestay Sungai Labu, Sg. Lada, SM Sains Labuan, UMS
  • Bas warna pink No 5 - Kerupang, Tanjung Aru, Anjung Ketam/Terumbu Warisan ( tempat makan seafood), Homestay Bukit Kuda
  • Bas warna hijau No 6 - Lajau, Matrikulasi Labuan, The Chimney, Taman Burung, Resort Pantai Manikar, Pantai Batu Manikar, Pantai Pancur Hitam
 Teksi pon hadoo. Tapi bermeter ye. So, better naik bas or sewa motor. ;')

Nak lawat apa?

1. The Chimney iaitu menara atau monumen. FOC.


2. Taman Burung.
3. Pantai Layang Layangan, Pantai Batu Manikar, Pantai Pancur Hitam. ( serius cantikk! )
4. Masjid Jamek An Nur
5. Labuan Square
6. Kampung Air
7. War Memorial Park
Kat sini ada memorial or tanda peringatan askar askar yang terkorban ketika perang. 

8. Kompleks Sukan Laut Antarabangsa
9. Anjung Ketam / Terumbu Warisan.

Kedai makan seafood ni banyak. Bukan satu ni je. So, korang pilih la. Better pegi awal sebab takut fullhouse or seafood habis. Kedai ni atas air tauu. Heee. Makan seafood sambil menyedut udara di tepi laut. Pehhh. Nyaman bah!

Lastttt, jangan lupa beli coklat! HAHA. Duty Free ok. Tapi, korang kena suvey suvey la kedai yang paling murah. Aku cadangkan kedai Tai Seng, dan One Stop. ;')

Shoping? Ermmm. Shoping mall dia macammm errrr... tak payah la. beli coklat je okayy? Heee.

Hotel? Jangan risau, hotel banyak. Yang bajet ade. Yang view superbbbb lawa pon hado. Search kat Agoda or Trivago. macam macam pilihan ada.


Ok. till we meet again. Escape Plan to Labuan PART 2!


happiness only real when shared ;')

0 comments: