.

.
Showing posts with label kotakinabalu. Show all posts
Showing posts with label kotakinabalu. Show all posts

Wednesday, October 2, 2019

. Xplore Borneo : Aristo Hotel, Putatan, Sabah .


Next hotel aku nak share dengan korang. Aristo Hotel, Putatan.

Actually lokasi hotel ni bukanlah betul-betul di bandar KK pun. Lokasinya di Putatan, sebelum masuk bandar KK. Janga risau, parking kat sini banyak. Bersebelahan Shell. Tempat makan? Ada kedai  mamak, Burger King dan Secret Recipe. 


Reception. 




Room Rate
 
Harga memang murah weyy, Sesuai la kalau korang nak transit sambil tunggu flight. Sebab sangat dekat dengan airport. Lima minit je. Grab pun ada. RM5 sahaja. Aku stay sini semalam, sebab flight aku ke Kelantan awal pagi. So, eloklah stay hotel daripada mereput kat McD.



Dua katil single.


Kata bilik bajet kan, memang ngam la dengan harganya. RM55.



Berminat?

Aristo Hotel
Lot 15, 1st Floor, 
Putatan Central Plaza,
Mile 6, Jalan Putatan,
Penampang, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
088 773838



Wednesday, July 3, 2019

.Xplore Borneo : Hotel Asiana, Kota Kinabalu .


Next hotelllll.

Hotel Asiana, Kota Kinabalu. Lokasi hotel ni di Grace Square, Sembulan. Kiranya belum masuk bandar KK la. Aku dah dua kali stay sini. Sebab senang dapat parking, tak sibuk, tak jem dan dekat dengan kedai makan ore Klate! Nama kedai makan tu, D'Lengkuas Cafe. Kalau korang datang KK, nak makan makanan pantai timur, datang la kedai ni.


Reception

Ni tangga nak naik ke tingkat satu. Tangga lawa wey. Tapi segan nak posing kat sini. Kalau korang malas nak menapak, lif pun ada. Jangan risau.



Kali ni aku booking family room. Bilik ni untuk tiga orang. Satu katil queen dan satu katil single. Sesuai la untuk aku yang selalu travel tiga orang.


 Ni katil single. Kat tepi dinding. Memang selesa sangat. Highly recommended la.





Tandas pun selesa, bersih. 

Photo of this room 

Ni lah gambar full bilik ni. Gambar ni je aku copy dari booking.com.

Maklumat tentang bilik ni ( copy from booking.com)
Private bathroom 
 
Room size
21 m²
This family room has a electric kettle, tea/coffee maker and seating area.
In your bathroom:
  • • Shower
  • • Hairdryer
  • • Free toiletries
  • • Private bathroom
  • • Slippers
  • • Bidet
  • • Towels
Room facilities:
  • • Tea/Coffee Maker
  • • Safety Deposit Box
  • • Telephone
  • • Air conditioning
  • • Seating Area
  • • Satellite Channels
  • • Flat-screen TV
  • • Wake-up service
  • • Electric kettle
  • • Wardrobe or closet
  • • Linen
Free WiFi!

Harga : RM 151
For those yang nak stay sini. Nah alamat :

Lot 01, Grace Square Shophouse, 
Lrg Grace Square, 
Jln Pantai Sembulan, Sembulan, 
88100 Kota Kinabalu, Malaysia

Friday, June 28, 2019

. Xplore Borneo : Kinabalu Daya Hotel .


Hello gais. Lama rasaya aku tak share pasal hotel kan? Berfolder-folder dah gambar hotel ni. Hari ni kita share lah satu. Kebanyakannya aku share hotel area Kota Kinabalu. Maklumlah aku kan kerja kat sini. 

Macam biasa, kalau aku ada trip di Sabah. Tak kira lah Kudat ke, Kundasang ke, Tamparuli ke. Memang pit stop nya kat KK.


Kota Kinabalu Daya Hotel. Hotel ni kat tengha-tengah bandar KK. Aku ni memang sejenis suka cuba macam-macam hotel. Nanti kalau orang tanya, kat KK mana hotel yang best, barulah aku boleh explain satu-satu kan? Hehe.


Ni Reception. Besar jugak hotel ni.  Boleh tahan. Harga berpatutan. Aku stay sini bulan April 2017. Masa tu aku ada trip rafting di Tamparuli. Then trip hiking kat situ jugak. 


Kebetulan member aku dapat diskaun. Kami pun on jelah. Walaupun parking memang susahhhhhhhhh benauuu nak cari. Sejam weyy berpusing cari parking.  

Kami ambil bilik family. 1 katil queen. 2 katil single. Tapi kat tengah-tengah ada pintu. Pintu masuk satu je. Harga sebenar aku dah lupa. Lebih kurang RM200++. Harga promosi. Sebab kawan aku yang bayar. Biasanya aku yang setel urusan hotel ni. Kali ni dia yang tolong booking.


Satu bilik. Tapi ada dua ruang tidur, satu bilik air. Dua almari. dua cermin. Dua tv. Ni ruang pertama, katil queen.  


Tepi katil ruang 1, ada pintu ke ruang tidur kedua. Macam dalam gambar.


Ruang tidur kedua. Dua katil single.


Cermin besar uols. Jangan risau berebut cermin. Hehe


Tv di ruang tidur kedua. Kecik la sikit.


Ni pulak cermin dan tv di ruang tidur utama. Lebih besar.


Tandas memang tip top. Ada pengering rambut juga. Aku kalau masuk hotel, memang aku jenguk tandas dulu. Aku memang penggeli sikit bab-bab tandas ni. Ok gais. Sekian saja perkongsian aku kali ni. 

Untuk info lanjut. Boleh la layari n agoda, booking.com, traveloka atau trivago eh.

Alamat :

Lot 3 & 4 Block 9, Jalan Pantai
88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Telephone: (6) 088 240 000
Facsimile: (6) 088 263 909
Email: info@kinabaludayahotel.com / reservation@kinabaludayahotel.com


Saturday, November 18, 2017

. Xplore Borneo : Kiulu White Water Rafting .


15 April 2017
Rafting. Kitaorang plan lama dah. Lepas hiking kat Bukit Perahu ( refer previous entry ), esoknya kami ke Kiulu. Serius aku lupa berapa kami bayar untuk rafting ni. Maklumlah dah lama sangat dah. Korang boleh search kat google ye. Tempat ni dekat je dengan kawasan aku hiking tu. So, alang-alang dah ke sini. Rafting terus la, tannedkan sikit kulit. Ahahahahaha.



Nampak pelik gila aku pakai topi tu. HAHAHA






Thanks Fiza snapkan gambar kami!


The Jejaka(s)


Awal-awal semua muka excited semacam.


 Asyik dok gelak ja.



Sampai separuh jalan. Geng perempuan curi tulang. HAHA. Sakit lengan baq hanggg


Menuju jalan kebenaran.


Sampai separuh jalan, kami dibenarkan turun untuk mandi. So, apalagi, kami nampak jambatan gantung! Terus menggelupur lari pegi dekat jambatan tu. HAHA. Sejenis jakun ( jarang jumpa jambatan gantung )




Jom mandi!


Muka dah putih flawlesss sangat masa ni, so aku sesaje berjemur dalam air macam gini. HAHA


Then kami boleh jalan kalau nak. Tapi ada jarak dia sebab ada tempat yang dalam. Tengok tu gigih aku berlari. HAHA. Penat la berlari dalam air.


Hari dah panas. Masing-masing dah penat, so semua serius. kah3!!


Sempat lagi main kejar-kejar dengan tourist. Siap main simbah-simbah air lagi. Hehe


Dah sampaiiiii. Yang sadisnya kami lupa nak deal dengan brader yang kami daftar nama tu untuk ambil kami dekat finishing. Merata cari orang nak hantar kami balik kat tempat starting tadi. HAHA. Nasib baik ada geng2 yang bawak balik barang.Brader tu tumpangkan kami. So korang nanti, kena deal siap2 cakap takde transport untuk balik ke starting point k.


Satu lagi aku nak bagitau, sini rafting level adik-adik sangat. Aku expect macam extreme gitewwww. Tapi hampa. Ada yang siap bawak baby lagi. Psttt! Semua mencarut je hari tu. Kah3. So rafting kali ni saja-saja hilangkan bosan dan untuk hitamkan muka k guys. HAHAH.



happiness only real when shared ;)

Saturday, December 17, 2016

. Xplore Borneo : 7Seven Boutique Hotel, Kota Kinabalu .


Tiga minggu lepas, aku dan housemate ke Kota Kinabalu, hantar sorang lagi housemate. Ada kecemasan, dia nak balik semenanjung. So, kami gerak dari Lawas pukul 6 petang. Sampai KK dah malam. Alang-alang dah lewat, tidur sini jelah. Kami pun survey lah hotel. Banyak pulak yang fully booked. Kami nak stay area Putatan, malas nak masuk bandar sebab jammed --'


Jadi pilihan kami, 7 Seven Boutique Hotel, Putatan. Dekat dengan tempat makan, pasaraya Suvey. Boleh jalan kaki je. 



Lobi Hotel


Harga Bilik 
Kami sewa Family Room : RM 158


Kami request bilik untuk tiga orang. Call je kalau malas nak booking online.


Bilik ni ada satu katil single dan satu katil double.


Meja dan almari kecil untuk sangkut baju. Cermin ada dua, satu kat almari ni, satu lagi tepi pintu. Heee. Dalam tandas pun ada satuu. ;p 


Tu haaa satu lagi cermin. Dannnn, pintu bilik air hotel ni kaca tau. Tapi idok lerrr transparent. Pintu memang tak ada kunci.  Err, nak memerut pun serba salah. Tapi aku peduli apa. Hahaha.





Bilik air memang sangatttttttt selesa. Aku bagi 4 bintang. 


Selfie dulu depan lif. ;p

So, kalau korang datang KK, rasa nak stay kat hotel yang selesa, sila-silalah ke hotel ni. Highly recommended!

Alamat : Lot 8 Unit 4, Grand Plaza Putatan, Jalan Putatan, Bandar Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
No. telefon : +60 88-734 737