.

.

Tuesday, September 13, 2016

. Xplore Borneo : Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang Part 2 .


Ok. Part two. Lepas balik dari Crystal Hill ( link ), kami rehat dan bersiap-siap ke Desa Cattle Dairy Farm. Tempat wajib la kalau datang Kundasang kan. Kalau nak view ala-alan New Zealand giteww. HAHA. View serius lawaaa sangat. Latar belakang Gunung Kinabalu.


Dah berkali-kali datang sini pun masih excited nak bergambar. Acane tu? Hehe


Apa yang best kat sini? Haruslah susu lembu! Haha. Lemak berkrim kot. Tapi aku boleh minum seteguk jela. Aku ni bukan jenis suka susu. Kalau aku beli pun, yang perisa coklat. Kali ni ada perisa baru. Kopi!


Lepak sambil makan waffer, aiskrim dan susu segar! Kat sini korang boleh tengok proses perah susu lembu. Tapi ada waktu dia lah. Yang aku tahu pukul 2.30 petang. Tapiii kali ni aku tak tengok pun. Sebab dah tengok kan. Tak teruja macam first time datang  ;p


Aina.


Jalan-jalan tengok kandang lembu.


Terover edit. Haha! Kalau korang nak try bagi susu kat lembu & kambing, kat sini boleh cuba. Tapi berbayarlah ya.


Gigih pusing kamera ke kiri kanan atas bawah semata-mata nak cari view yang superb. Hihi.


Gambar syok sendiri mesti ada. ;p




One day, nak datang sini dengan suami. ;p Bakal suami, take note ok. Honeymoon sini. Hehe.


happiness only real when shared ;)

Friday, September 9, 2016

. Xplore Borneo : Crystall Hill, Kundasang Part 1 .


Trip 2-4 Ogos 2016. Hiking Trip : Crystal Hill, Kundasang. Kemain lama delay nak update kat blog. HAHA. Bizi je memanjang. Budak-budak nak exam kan. Cikgu yang sibuk. Sibuk pikir dorang boleh jawab ke tak. HAHA. 

Back to the main story. Haaa. Kami bertolak dari Lawas pukul 2.30 petang. Slow and steady je aku bawak. Tak rushing kan. Sebab nak hiking pagi esok, so rilek-rilek je la. Maka mereput lah Kak Sara kat airport tunggu kami. HAHA. Kak Sara join trip kami, dia dari Sandakan. Naik flight ke KK. Soryyy kak. Sengaja tu nak suruh akak tunggu lama-lama. HAHA.



Petronas Bongawan. 


Kami sampai airport KK dalam jam 5 petang ++. So, kami terus gerak ke Kundasang. Sepatutnya sejam setengah je dah boleh sampai. Tapiiiiiiiiiiiiiiii, kami tersekat dalam jem. Jalan memang jem gilaaaaaaaaaaa kot. Orang baru balik kerja daa. Stress la jugak. Sebab aku ni orang kampung, mana biasa hadap jem 2 3 jam. HAHA. Dari bandar KK hingga ke Tuaran memang jem teruk. Takyah tekan pedal minyak punnns --'

Sampai Tamparuli, jalan tak jem dah. Yela, siapa je nak naik Kundasang malam-malam kannn. HAHA. Kami sampai Pekan Kundasang pukul 10 lebih kalau tak silap. Then kami bersilat dulu cari makan. KFC je bukak. Maklumlah dah malam. Stail kat sini, kedai tutup awal hokeyyy sebab pekan ni kecik je. Koboi style uols. Haaa. So, lepas tapau KFC, kami terus ke homestay bajet. Dekat je dengan pekan tu, berdekatan Klinik Kesihatan.


Kundasang Rosewood Homecottage.

Macam biasa, aku akan up entry khas untuk review homecottage ni. Kami sewa bilik untuk 4 orang, private bathroom. RM 100 untuk satu malam. Berbaloi dan selesa. Sesuai untuk percutian bajet macam kami. Kami ni memang sentiasa nak cut bajet. HAHAHA. So, time to sleep. Sejuk yang amat uols. Nyenyak kami tido. Esoknya kami nak hiking ( hiking la sangat ), so kena rehat. Lepas subuh esok nak gerak.

Esoknya, jam 6.15 kami gerak ke Crystal Hill. Tempat ni landmark die Crystal Hill Resort. On the way nak ke resort tu lah ada bukit ni. Kat mana pulak resort tu? Haaa.. senang je, dari round about Kundasang tu, korang amik jalan ke Masjid Kundasang dan terusss je. Simpang masuk ke resort tu sebelah kiri. Tak jauh dari simpang masjid. Ada sign board, dekat simpang tu. So, pepandai la korang slow down, jangan laju je macam nak kejor perompak. Heee.


 View from Crsytal Hill Resort.

Take note ye kawan-kawan. CH tu before sampai ke resort. Sebelah kiri, korang kena alert ada sign board kecil tertulis ' Tree of Hope'. Haaa, ada kaki lima kecik cinonet je untuk park kereta. So, park kat situ dan jalan ke signboard tadi. Kalau nak park kat resort pun boleh. Tapi jauh sikit la kena menapak. Dah la berbukit segala kan. 


Snap dulu la sekeping dua. Akak yang baju merah tu feeling sorang-sorang pulaks. HAHA


Biasa kalau sebut 'hiking' ke 'panjat bukit' ke.. haruslah kita panjat..eh, macam keling pulak ayat. Takkkkkkkkk, maksud aku, mendaki 'ke atas' kan. Dah namanya pun daki bukit. Tapi, Crystal Hill ni takkkkk hokey. Ko kena turun ke bawah. HAHA. Serius lah, aku pun terkezutttttttttttt. Maybe sebab otw nak ke resort ni memang berbukit.


Apa yang cantik saaaaaaaangatnye kat sini? Haaa. Nampak view belakang aku tu? Gunung Kinabalu guys. Hee. Dan dari sini korang akan nampak pekan Kundasang. Angin memang sejuk yang amat. Serius refresh gile!





Fyi, korang takkan rasa pun penat. Sikit je jalannya. Tak sempat berpeluh pun. Sejuk adalah! Angin kemain kuat. So, sila pakai tudung yang melekat. Toksah la pakai bawal, kelepet nanti nak amik gambo. HAHA Lama jugak la kami lepak kat sini. Kalau ikutkan trek ni, jauh lagi ke bawah. Tapiiiiiii bila tengok hosmet dah mengah, so kami berhenti je kat kawasan lapang sikit. Lepak sambil menyembang.


Tinggi-tinggi gunung kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu ;p




 Ni haa view trek tu. Kan dah kate tak berpeluh pun. Tapi ada jugak la bukit curam. 

Matahari dah tinggi, perut pun dah lapar oii. Breakfast la pulak. Kami terus gerak ke kedai makan kat pekan. Kene isi perut oiit. Kang nak sambung berjalan. Hehe. 


Nah! View dari kedai makan.


Tak sangka. Dulu tengok dalam drama je view-view dari sini. Now aku sendiri dapat datang sini. Even ni dah kali keempat datang. Tapi tak pernah puas! See? Hikmah dapat keje kat sini. Boleh kenal tempat orang. Kalau nak tunggu datang melancong? Entah bila. So, bersyukur ya sitiiiiiiiii.


Perut dah kenyang. Penat. Mata mengantuk. So, kami balik ke cottage. Mentidoooooo la apa lagi.  Heaven sangat uols, bangun-bangun nampak view gunung dari tingkap. Fuhh, kalau hari-hari macam ni syok ni. --' 

Planning nak gerak ke Dairy Farm jam 11.30 pagi. Tapi terrrrrrrrrlajak. Pukul 12.30++ baru gerak. Hahahaa. Syok sangat tido. Alang-alang lepas ohor ajelah.


Kawan seiring sejalan. ;p



 The best view comes after the hardest climb ;)
 

happiness only real when shared ;)

Wednesday, September 7, 2016

. FamilyTrip : Singgahsana Bulan Centa Homestay .


Seperti biasa, hotel @ homestay review. 

Rate untuk sewa homestay ni RM 300 ( school holiday @ public holiday ). 

Lokasi : Belakang Restoran Haji Ramli, Pantai Cenang. Boleh jalan kaki je ke pantai. Kedai makan pun banyak area homestay. Nak shoping cuci cuci mata pun senang. Parking memang disediakan. Luas. Highly recommended!



Ruang tamu.



Ada tv, cerek elektrik, iron, peti ais kecik, gelas, pinggan, sudu. Cuma tak boleh memasak jela. Dapur tak disediakan. Yelahh, datang sinu tak sempat nak memasak bagai. Hehe.


Cermin ni yang penting. HAHA.


Ada dua bilik. Katil queen.


Setiap bilik ada dua katil queen. Pakej dengan aircond setiap bilik. Towel disediakan.


Dapur.



Toilet luas dan sangat bersih. Selesa. Sebab aku ni cerewet sikit bab-bab toilet. Benda first aku jenguk bila sampai hotel or homestay ialah toilet! Kalau agak-agak tak selesa, aku rela pegi cari masjid ke pam minyak ke. HAHA

Sekian sahaja review aku untuk penginapan kali ni. Review ni free je, bukan berbayar pun. Ni sebab aku nak share la kat korang, tempat yang sesuai nak stay if datang sini dengan family kan. Untuk pertanyaan lanjut... contact ada kat bawah ni haaa. Happy holiday guys!


No. Tel : 019 2821227 ( Sis Dila )