.

.

Monday, April 3, 2017

. ResepiMek : Kuih Ketayap & Badak Berendam


Semenjak dua menjak ni. Rajin pulak buat kuih. Masak-masak. Haha. Mungkin fasa berkeluarga dah nak bermula? KAH2! Gelak besar ok!

Ni aku nak share resipi simple kuih badak berendam. First time buat sendiri. Biasa tengok-tengok je haa.

Bahan-bahan untuk kuah :
3 cawan santan (ori punyaaa aku guna, santan kotak tak sedapppp)
3/4 sudu tepung beras ( ikut kesesuaian)
gula perang dan garam
2 helai daun pandan

Cara-cara :
1. Masukkan santan dalam kuali/periuk.
2. Masukkan tepung beras, garam dan gula secukup rasa.
3. Kacau hingga sebati. Aku bukak api kecil je.
4. Masukkan daun pandan.
5. Kacau hingga pekat. Lepas tu rasa la sendiri masak ke tak. Hehe




Bahan-bahan inti :
1.Kelapa parut
2. Gula apong ( boleh guna gula melaka )
3. 2 helai daun pandan

Cara-cara :
1. Didihkan air bersama gula apong. Aku guna gula apong sebab ada lebih buat keria hari tu. heee
2. Masukkan daun pandan dan kacau hingga gula apong tu cair sepenuhnya.
3. Masukkan kelapa parut.
4. Kacau hingga kering.


 Aku guna inti ni untuk buat kuih ketayap jugak. Hee. 

Bahan-bahan doh :
1. 5 cawan tepung pulut.
2. Garam secukup rasa
3. Air daripada daun pandan yang dikisar.

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan.
2. Gaul hingga rata.
3. Uli hingga doh tak melekat di tangan dan dapat dibentuk.
4. Buat bentuk leper dan letak inti kelapa. Kelim.
5. Masukkan doh yang telah dibentuk ke dalam air yang mendidih.
6. Angkat kuih bila timbul dipermukaan periuk.
7. Gaulkan dengan kuah tadi.


Resepi simple kuih ketayap.

Bahan-bahan kulit kuih :
1. 2 sudu minyak masak
2. 3 cawan tepung gandum
3. 2 biji telur
4. Air kisaran daun pandan
5. Pewarna ( kalau nakkk)
6. Garam



Cara-cara :
1. Gaul telur dengan tepung.
2. Masukkan air kisaran daun pandan, minyak masak dan garam.
3. Kacau hingga sebati.
4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
5. Masukkan adunan ke dalam kuali dan layangkan kuali.
6. Angkat. ( jangan bagi garing sangat, tak sedapp )
7. Masukkan inti.
8. Gulung dan siap! hehe


Tak bulat pun lantak lah. Masuk perut juga kan? HAHA


Kuih ketayap tu aku buat dua warna. Yang dusty pink tu, aku letak sirap. HAHAHA. Ok siap sudah minum petang! Selamat mencuba. Aku pun nubis juga buat-buat kuih ni haaa. Maklumlah praktis nak masak untuk mentua nanti kannnn. Kah4!


Saturday, April 1, 2017

. Mek : Aneh atau Pelik?


Peliknya cinta.
atau
Anehnya manusia?

Pernah tak satu hari, satu ketika.
Kau terfikir, cinta atau manusia yang aneh?
Orang kata, cinta itu buta.
Tapi aku kata, kita yang buta kerana cinta.

Aku bukan tunding pada kau.
Nahhh, aku tunding pada diri aku.
Akulah manusia aneh itu.
Aneh dek kerana cinta.
Cinta kau yang aku sendiri tak pasti.
Ikhlas atau sengaja nak mencuba?

Namun aku padam segala sangsi.
Aku usir semua saksi yang ku anggap dengki.
Pada cinta kita yang kononnya suci.
Ahhh. Sungguhku buta hati.

https://scontent.fkul8-1.fna.fbcdn.net/v/t31.0-8/s720x720/337205_275068429174646_7635288_o.jpg?oh=a74d061fab9c1bc7ba324f43fce672a6&oe=595EB789

Tapi, hati tetap sangsi.
Sampai kini.
Adakah kau betul simpan aku dalam hati?
Kau kata itu kau kata ini.
Tabur seribu janji.
Yang engkau sendiri tak pernah tepati.
Aku datang ni bukan nak menuntut janji.
Cuma aku mahu kita cuba lagi.
Nahhhh, betapa butanya aku ini.
Ya aku sedar.
Ya aku tahu.
Tapi hati kata, cuba la lagi.


Ah. Keliru. Kenapa dalam setiap doa, aku masih titipkan namamu?
Sedangkan realitinya kita sudah tidak bersama lagi?
Mungkinkah sebab jauh di sudut hati...
Kau kucintai lagi?



Thursday, March 30, 2017

. Mek : Bunga itu kan dah mati? .


Dear awak,

Tolong berhenti, siram bunga yang dah mati.
Kelopak yang gugur, tak mungkin bercantum kembali.

Nahh, ambillah benih ni.
Pergi tanam lagi.

Bila ia tumbuh nanti.
Pagarlah ia dengan duri.

Kan yang patah tu akan tumbuh?
Yang hilang akan berganti?




- Bukit Pokok Sebatang, Jerantut Pahang. Tempat awak kan sayang? ;'( -