.

.

Friday, June 26, 2020

. hotelreview : Hotel Firdaus, Jerantut .


Bismillah.

Lama sangat dah rasanya tak update blog. Sejak tukar ke sekolah ulu ni, balik sekolah je mesti penat sebab driving jauh dari sekolah ke rumah. So, memang tak sempat nak jenguk laptop.

Plus, tiga bulan terperangkap di kampung (Alhamdulillah sempat balik ), akibat pandemik Covid19. Sekarang kena kuarantin di Sarawak, mood blogging tiba-tiba datanggg.

Hari ni nak review hotel kat Jerantut. Masa ni aku ada trip 'melawat tempat belajar'. Hehe. Kami bertiga ke Kuala Lipis, food hunting kat sana sambil mengimbau kenangan masa belajar. Sebelum food hunting tu, kami terus ke Jerantut untuk hiking dan ziarah kawan.


So, kami decide untuk menginap kat sini. Hotel bajet tapi selesa.



Reception


Reception hotel ni macam kafe tau. Kami dua tiga kali jenguk, takut silap masuk. Siap ada jual kek weyy. Kalau rasa lapar, boleh order. Hehe



Ada air panas, kalau nak buat megi ke apa.




Aku kalau nak booking hotel, mesti tengok bilik air. Sebab aku ni cerewet sikit bab bilik air ni. Sejenis penggeli yakmat.





Kalau korang nak ke Jerantut, boleh la menginap kat sini. Alamat dengan nombor telefon ada kat bawah ni.


  Hotel Firdaus
No. 2-5, Jalan Kuantan 27000 Jerantut, Pahang 



Wednesday, October 16, 2019

. hotelreview : Hotel Bestari Prima, Kuala Lipis .


Nextttt hotel review. Hotel Bestari Prima, Bandar Baru Kuala Lipis. Hotel ni aku walk in je. Aku ada reunion kat Jerantut. Then hantar kawan aku naik bas kat Kuala Lipis. Memandangkan dah petang, jadi aku bermalam di Lipis dulu. Esoknya aku bertolak balik ke Kelantan. 



So, aku pusing-pusing bandar Lipis mencari hotel. Banyak je hotel. Cuma aku nak cari hotel paling baru. Aku dah biasa dengan bandar ni, maklumlah, lapan tahun belajar kat sini. So, tak ada masalah setakat nak round pekan ni. HAHA. Tak besar sangat pun. Dari zaman Mrsm hingga ke IPG.

Hotel Bestari ni ada dua, yang ini paling baru. Sebelah hotel ni ada kedai makan. Seberang jalan ada Shell, Car Wash, Kedai Serbaneka. Parking pun senang.


Reception


Lif untuk ke bilik.


Pantri untuk tetamu. Kalau rasa lapar, boleh masak mee segera kat sini.


Seterika disediakan. Tapi diluar bilik.




Yang paling aku suka, cermin besar ni. HAHAHA. Fitrah seorang perempuan. Memang suka sangat tilik diri sendiri.



Tandas sangat bersih. Hotel baru kan.




Ni rate harga bilik kat sini. Bagi aku, berbaloi.



Hotel Bestari Prima
28, Lorong BBKL 2/3/2. Bandar Baru Kuala Lipis
27200 Kuala Lipis, Pahang



Wednesday, October 9, 2019

. hotelreview : Crystal City, Kuantan.


Nextttttttttttttt, Crystal City Hotel, Kuantan.


Hotel paling susah nak cari. Pakai alamat dalam booking.com. Tapi driver grab tak jumpa cari. HAHA. Nasib baik hotelnya ok. Selesa dan harga berpatutan.


Reception


Ruang menunggu. Aku stay sini semalam. Ingatkan dekat dengan kolej adik aku, rupanya jauh. Tapi ok la. Sebab grab bersepah kat sini.


Ni aku suka. Cermin besar gila!




Wifi percuma. Tak ada astro


Katil queen tapi muat tiga orang.



Aku kalau stay hotel, tandaslah tempat yag aku jenguk dulu. HAHAH. Kalau booking thru online, memang aku tengok gambar tandas dulu. So, untuk bilik ni,harganya RM 73.14 per night. Aku booking thru booking.com.

For those yang berminat, ni details :

Crystal City
A-231, First Floor, 
Jalan Air Putih,
25300 Kuantan, Pahang
09-5671166