.

.

Saturday, November 28, 2015

. Xplore Borneo : KK to Tenom by Train .

Tak habis habis Mektie dan Projek 1 Borneo dia yang entah bila akan complete. Sampai sekarang tak complete pun? HAHA Wat eva. Kemahuan ada, peluang je tak muncul kan? Hihihi

Hari ni aku nak share one of wishlist dalam Projek 1 Borneo aku. ke Tenom by train. Kalau korang nak tahu, train kat Sabah ni rare gila! Aku first time tengok memang aim dah nak cuba. Cuma time tak cun. Lepastu tak de geng oiiii! Sorang sorang macam errr... mengamuk bapak aku nanti.Tren memang untuk orang tempatan, tak de aircond, bersesak sesak. Orang jual makanan. Panas. Tapi ohsem. Pengalaman macam ni mana nak kutip. Tren Lipis ke Jerantut pun tak rare macam kat sini weyy

Kalau dari KK nak ke Tenom, by car bolehh. Tapi tak thrill kot. Haha. Ada dua jalan.
1. Kimanis - Papar dan Tambunan ( 3 jam )
2. Keningau - Sipitang ( 5 jam )

By Bus
Ambik bas di Hentian Bandaran ( KK - Keningau - Tenom )

By train
Bermula di Stesen Tanjung Aru, KK - Papar - Bongawan - Membakut - Beaufort ( 134 km )
Korang boleh pilih mana-mana stesen korang nak naik. Kalau aku, memang pilih Beaufort sebab lagi dekat.

Bawah ni ada jadual tren.


Jadual Perkhidmatan Keretapi Tenom - Tanjung Aru

jadual-keretapi-1

sumber : railway sabah



Harga? Jangan risau, paling mahal pun RM 7.50 dari Tenom - Tg Aru. Sebab first stesen, Tg Aru and stesen lasttt ialah Tenom. So, kalau naik train ke Tenom, RM15 return. Memang murah. Tapi berasap dan berminyak la duduk dalam train tu. Tapiiiiii, pengalaman tu mahal beb. Ada geng backpackers yang pegi Tenom semata-mata nak cuba train ni je. Sabtu pegi, Ahad pagi pagi lagi dah gerak balik.

Nak tahu lebih lanjut tentang harga, klik sini 

If korang naik dari Tanjung Aru, ada satu stesen, korang kena tukar train untuk ke Tenom. Satu gerabak dan perlu bersesak sesak macam kat Indon. Train ke Tenom ni train lama, lantai papan. aircond memang sah sah yilekkk.

Tips :

# Dari Tanjung Aru ke Beaufort, tiket train RM4.50, dua jam perjalanan bertolak jam 7.45 pagi dan hanya satu trip per day;
# Next train ke Tenom jam 1.30 tgh hari, tiket harga RM2.75;

# The next day, kereta api ke Beaufort bertolak sharp jam 7.30 pagi 
# Then keTanjung Aru dari Beaufort pada jam 11 pagi

Hotel murah kat Tenom : Hotel Seri Perdana, RM36 per night.

Tempat menarik? 

1. Sungai Padas - water rafting. patutnya tahun ni aku nak main benda alah ni, tapi geng semua senyap je. T_______T

2. Taman Pertanian Lagud Seberang. Tempat korang boleh hayati keindahan alam gitewwww.
3. Pusat Kebudayaan Murut

4. Kopi Tenom

Haa yang ni memang wajib pegi. Nak borong kopi. Last time aku mintak Ainul beli sebab dia kerja kat Tenom. Next aku nak mintak Abe Din pulak belikan. HAHA. Serius kopi Tenom ni memang sedap. Femes kot. Yang biasa beli brand Yit Foh Tenom Coffee.( klik sini if nak tau pasal kopi ni ) Tamak punya pasal, semua jenis aku beli. Err, kalau jadi trip ke Tenom, mau satu beg penuh kopi! HAHA

so, aku harap dapat la ke Tenom nanti. Konpem dah trip ni extend ke tahun depan, sebab dah cuti sekolah weyy. tak de maknanya nak stay sini. balik kampung dulu. Tahun depan baru plan trip. :P



Projek 1 Borneo Mektie. ( klik link )
Sabah
Kota Kinabalu
Semporna
Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Semporna
Bohey Dulang, Kapalai, Sibuan Semporna
Tawau
Labuan
Gunung Kinabalu
Kundasang
Pulau Manukan & Mamutik
Sipitang
Brunei Darussalam
Sandakan

happiness is real when shared :)

Link :
KK to Tenom by Train
Jadual Kereta Api Sabah
Tenom Trip by Train
Tenom Trip Day 1
Tenom Trip Day 2
Tenom Trip : Total Bajet



Monday, November 23, 2015

. pesanan kepada yang belum berkahwin .


Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

 dila

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari belum cukup untuk mengenali seseorang. Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after. 


Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan amanah dan tanggungjawab yang bakal dipersoalkan.

mijah 

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja tidak cukup untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?

Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi bersabar apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu tetap tersenyum, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?


tiyah

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

 mimi

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.


Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup...."


happiness is real when shared ;)

Saturday, November 21, 2015

. Lirik - She's Crazy But She's Mine by Alex Sparrow .


Currently addicted to this song! Aku sejenis manusia yang bila dah suka satu lagu. Aku ulang sampai muntah. Sampai ingat lirik. HAHA.

She's Crazy But She's Mine by Alex Sparrow

Sha la la la 
Sha la la la 
She's crazy, but she's mine. 
Damn I lose my mind.
She's dancing every night, singing sha-la-la-la-la, 
Crazy, but she's mine. 
Damn I lose my mind 
She's dancing every night, singing sha-la-la-la-la.

The kinda girl who really loves to dance 
She loves to mess around with her friends 
Wanna love her now, wanna love her now 
I wanna make her be my girl 

She likes to give a smile to any stranger 
She loves to get her ass in any danger 
Wanna love her now, wanna love her now 
I wanna make her be my girl

She's crazy, but she's mine. 
Damn I lose my mind.
She's dancing every night, singing sha-la-la-la-la, 
 Crazy, but she's mine. 
Damn I lose my mind 
She's dancing every night, singing sha-la-la-la-la. 
Sha la la la 
Sha la la la 
Crazy, but she's mine. 
Damn I lose my mind 
She's dancing every night, singing sha-la-la-la-la. 

She likes to run from troubles in her high heels 
She loves McDonalds and she hates Beverly Hills 
Wanna love her now, wanna love her now 
I wanna wanna make her make her be my girl 

Her heartless friends are on the floor 
She loves to dance and fall asleep alone 
Wanna love her now, wanna love her now 
I wanna make her be my girl baby 

She's crazy, but she's mine. 
Damn I lose my mind.
She's dancing every night, singing sha-la-la-la-la, 
Crazy, but she's mine. 
 Damn I lose my mind 
She's dancing every night, singing sha-la-la-la-la. 

Sha la la la 
Sha la la la 
Crazy, but she's mine. 
Damn I lose my mind 
She's dancing every night, singing sha-la-la-la-la. 
She's crazy, but she's mine. 
Damn I lose my mind. 
She's dancing every night, singing sha-la-la-la-la, 

She's crazy, but she's mine. 
Damn I lose my mind.
She's dancing every night, singing sha-la-la-la-la. 
Sha la la la 
Sha la la la 
Crazy, but she's mine. 
Damn I lose my mind 
She's dancing every night, singing sha-la-la-la-la.






Tuesday, November 17, 2015

. jenis kawan baik .


kawan baik? malas nak ulas panjang panjang. korang semua tahu kan. hampir semua orang ada sorang atau beberapa orang kawan baik. in fact, aku pun ada. ramai. dan banyak jenis kawan baik. hari ni macam mood nak cerita pasal 'jenis kawan baik'. heh. jenis? are u sure siti? hahahha

satu. seorang kawan baik tempat kau mengadu segala cerita. dialah pendengar setia. dialah pemberi nasihat berguna. dialah juga diari bergerak kau. dan dia juga akan sapot segala apa yang kau buat dan halang kau dari buat benda bodoh. tapi, pada masa yang sama. kau pun jadi pendengar setia dia. pemberi nasihat di kala dia perlukan kau. give and take.  win-win situation

dua. "kawan-kawan baik". atau pun geng. ya. di sekolah dulu mesti korang ada geng korang sendiri kan. geng nakal. geng skema. geng ayuayu. geng ponteng kelas. geng hot. hahaha. kebanyakkan 'geng' macam ni memang konpom lah bestfriend forever. aku pun ada. in fact, kalau ada geng macam ni memang seronok instead of sorang kawan baik kan? korang boleh bergosip sakan. ketawa tak pandang kiri kanan. sebab aku dalam dunia kau bersama geng. tapii, dalam ramai ramai tu mesti ada sorang yang kau kamceng gila. and bukan semua benda kau share ngan geng yang lain. mesti ada sorang tempat kau mengadu masalah. kan??   zaman sekolah menengah aku ada geng. bila masuk matrik, pun ada geng. dannnnnnnn, kat kampung pun aku ada geng. dan geng aku kat kampung tu semua dah kawen. tinggal 2  ketul je lagi masih krik krik membujang termasuk aku. HAHA

tiga. declare as 'bff'. ya,. memang korang berdua kamceng. tapiii, bukan win-win. maksudnya. kauuuuu je yg selalu dengar masalah luahan hati dia. kau jelah jadi pendengar setia. bagi seketul dua ketul nasihat. tapi, bila tiba time kau nak cerita masalah, 2 3 minit je bertahan.. lepas tu dia dok putaqq cerita. " haa. aku dulu... bla bla bla...", atau pun, " same lah macam aku......."

see? macam mana tuh. time dia dok luah, kusyuk kau dengar. siap perah otak bagi nasihat bagai. bila time kau, pendapat langsung tak bernas. pastu dok cerita masalah or pengalaman dia pulak dahhh. macam mana tu? aku penah kena ok. huh. berasap jugak. even dia kawan rapat, tapi panas hati jugak. macam tak ikhlas jek dengar. haha. lepas tu aku tak cerita dah. :P kawan baik yang macam ni, best untuk hang out, gosip. untuk share masalah ko, kirim salammm. sebaliknya kau tempat dia mengadu. memang lah kau dia anggap bff. tapi kau rasa? hahaha. no komen.

empat. " bestfriend for life ". dia bodyguard. dia diari online. dia guru kaunseling. dia cikgu memandu. dia teman shoping. dia driver. dia penasihat terbaik. dia " boyfriend segera" bila kau perlukan boipren. dia peneman kau kemana-mana. dia geng gosip. yang penting, kau berdua tiada rahsia antara satu sama lain. kau memang tak boleh sesekali cuba tipu dia sebab dia dengan sekilas pandang je boleh detect. dari air muka kau pun dia dah tahu apa yang tersirat dalam hati. dia dah boleh baca dari riak wajah or tingkah laku, even dari cara kau bercakap. dia memang best!

sebenarnya aku rindu dia. dia bestfriend for life. tapi, adat la,bila bffl kau tu lelaki. bila dia dah ada seseorang dalam hati. kau dah jadi yang kedua. dan aku pasti awek dia pun taknak dah aku berkepit dengan boipren dia.awek dia pun agaknya dah naik menyampah dengan aku. kan? hahahha. nevermind.

semua jenis kawan baik kat atas aku ada. korang?


InsyaAllah bestfriend yang terbaik dan yang tidak akan menghampakan aku ialah suami aku nanti. amiiin.


Sunday, November 15, 2015

. Tips : Tempat Makan Best di Langkawi .


Memandangkan aku akan ke Langkawi pada cuti sekolah akan datang. So, gigih la aku search tempat makan best or wajib pergi kat Langkawi. Aku ada jugak tanya hausmate aku, dia orang Langkawi. :D

 Pantai Cenang

1. Restoran Haji Ramli

sumber : google
2.  Burger yang dijual guna lori

3. Restoran Haji Jelani

 

4. Harum Aroma Cafe

5. Restoran Mangga 2 


Kuah

1. Restoran Wan Thai
 

2. EE Burger

3. Jai Seafood & Western

 

4. Kedai Makan Nelayan

5. Restoran Bamboo

 

6. Fish Farm Restaurant

sumber : link

7. Restoran Pak Haji Ya Nasi Ayam

sumber : link
 Lain-lain

1. Hafiz Rojak

tempat makan best di langkawi murah sumber : link

Dia guna van je. Tapi rojak dia femes meletop letop. Siap masuk JJCM lagi. Wajib try. Noted! Lokasi Van ni Pantai Kok atau Kuah. Pepandai la cari ye.  

2. Restoran Seashell

restoran di langkawi yang sedap sumber : link


Makan di sawah padi. View memang superb. Marked! Lunch or dinner is available. Jangan risau sebab ada pelantar kayu. Pondok pun ada kipas. If tak nak makan kat pondok, boleh makan dalam kedai.  Lokasi di Laman Padi, Cenang. 

3. Kak Yan Nasi Campur

 Boleh try kerabu bronok dan aneka lauk. Ni kalau aku datang dengan family, memang wajib bawak datang sini. Lauk-pauk, ulam-ulaman, kerabu.. semua ada. meriah lah baq hang. wajib try! Aku akan cuba makan kerabu bronok. Errr. boleh ke??

4. Laksa Kaw Ikan Sekoq.

Lokasi tempat ni di pantai hujung airport. Ni memang double wajib pegi. Hausmate aku pun dua tiga kali dok sebut. Suruh aku cuba. Laksa dia memang sedap sungguh! Makan ngan ais kacang sambil tengok view pantai. Dia siap pesan, mai sini waktu petang. Kalau pagi memang tak dak apa la. Boleh tengok sunset and kapal terbang landing. :P

5. Nasi Dagang Pak Malau

Berdasarkan pembacaan aku kat blog ni, warung dia simple, tapi view die cun! Ake ni jenis suka tempat cun macam ni. Sesuai sangat la breakfast sambil tengok kehijauan sawah tu ye.

 

Lokasi : Masjid Bukit Temin, (Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka)

So, boleh dah mark mana kedai yang wajib try. Aku dah siap highlight warna kuning ok! Haha. Act, banyak je lagi kedai makan. Tapi yang aku up ni tempat femes and ramai yang suggest.


Happiness is real when shared ;') 


Wednesday, November 11, 2015

. Xplore Borneo : Sandakan, ada apa? .

Projek 1 Borneo Mektie. 
Sabah
Kota Kinabalu
Semporna
Pulau Mabul, Pulau Kapalai, Semporna
Bohey Dulang, Kapalai, Sibuan Semporna
Tawau
Labuan
Gunung Kinabalu
Kundasang
Pulau Manukan & Mamutik
Sipitang
Brunei Darussalam

Macam biasa. Sekarang dah akhir tahun. Jadi no next trip for this year. Wait until 2016 ok. baru kita plan next trip yang sememangnya aku pasti ahli akan berkurang lagi sebab sorang demi sorang kawen. T_______T tahniah korang. aku jugak krik krikk ni. Projek 1Borneo aku belum complete.

Banyak lagi tempat aku nak jejak. Tips of Borneo Tg Simpang Mengayau, Kudat, ke Tenom naik train, Sandakan, Lahad Datu etc etc. hahaha. kemain mektie. Tapi hari ni aku just nak share tempat menarik di Sandakan. Tempat wajib pergi next year is Sandakan! :D

1. Pulau-Pulau Penyu

yes. aku suka pantai. suka pulau. tapi sini untuk korang tengok penyu live. biasa kat terengganu kan? sabah pun ada bha. Pulau yang dimaksudkan ialah Pulau Gulisan, Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Selingan. Kat Pulau Selingan ada chalet, if korang nak stay semalam dua. klik sini

2. Santuari Orang Utan Sepilok


sumber : link
kalau sebut Sandakan. memang aku akan ingat Sepilok. kira tempat wajib jejak la ni. konpem dah. hahaha. bila lagi nak tengok orang utan live kan. erkkk. berani ke aku? hahahha

3. Gua Gomantong

gua gomantong sandakan
sumber : link

kat sini ada dua gua, iaitu Simud Hitam dan Simud Putih. dalam gua ni banyak sarang burung layang-layang. fyi, chalet pun ada kat sini. tapi sangat terhad.

4. Rain Forest Discovery Centre

sumber : link

5. Sandakan Memorial Park

taman peringatan ni bekas tapak tahanan perang. kat sini jugak ada muzium sebagai peringatan warga British dan Australia yang terkorban. sama macam kat Labuan tuuu.

6. Rumah Agnes Newton Keith.

sumber : link

Puan Agnes Keith ini merupakan penulis dan mengarang  beberapa buah buku tentang Sabah dan penduduknya, termasuk Land Below the WindThree Came Home, dan White Man Returns .
Puan Keith menetap di Sandakan sejak tahun 1930 hingga 1952 . Rumah mereka telah musnah akibat Perang Dunia II tapi telah di bina semula di tempat yang sama

7. Puu Jih Sih Temple

tarikan di sandakan sumber : link

 Terletak di atas bukit dan nampak view bandar Sandakan dan Laut Sulu.

Sebenarnya banyak lagi tempat best di Sandakan,

Pulau Lankayan
Labuk Bay
Pasar Sandakan
Sandakan Crocodile Farm
Batu Sapi

Dan aku harap wishlist yang ni dapat jugak aku jadikan realiti! HAHA. Gigih kalau bab bab bercuti ni. Hope my future husband pun kaki travel kaki melancong macam aku. risau weh, kalau dapat yang jenis mereput kat rumah. kang betul betul reput aku! :P

till we meet again. Sandakan calling!!

happiness is real when shared


Thursday, November 5, 2015

. Xplore Borneo : Shortgetaways to Kundasang .


Last two weeks. Sejurus selepas kami kuli kuli gomen ni dapat gaji, kami plan ke KK. Ke Kundasang ni unplanned pon. Hehe. Dari KK ke Kundasang almost one and half hour? Depends trafic and ko laju ke tak bawa kereta. T____T

Kami bertolak dari Lawas jam 7 pagi. Santai santai je drive. Sampai KK jam 10 and terus gi check in hotel bajet kat area Pasar Filipina. RM80 per night untuk 4 orang, memang betul betul bajet. Then kami terus ke Kundasang. Lewat dah tu pkl 11 baru gerak. Tapi kami just nak amik amik angin and memang aim Desa Dairy Farm je. Sebab aku ngan Yu dah pegi Kg Luanti, ladang teh tu semua. :P


Sampai Kundasang, kami isi perut dulu kat kedai makan depan Kinabalu Park. Kinabalu Park!!! memang aku nak datang sini lagi. kenangan mengusik jiwa katanyeee. memori hiking Gunung Kinabalu masih kukuh terpahat dalam ingatan uolsss! Ngeeee~

I miss you guys. Rindu moment naik gunung. serius!


 The Housemates.




Mekti dan kamera memang tak boleh di pisahkan. Nasib baik ada Wahid layankan mood photoshoot aku. Serius rindu geng photoshoot zaman belajar dulu. Dayah. Syida. Lina. Weii.. korang suka amek gmbar lagi tak sekarang? :P

Konon shortvacay before cuti. HAHA. Memandangkan Pah akan cuti sampai bulan 4. So, celebrate dulu with mom to be. :D

Aku curious jugak sape yang pindah dulu?



Reminder to you. yes you!

If you do not step forward, you will always be in the same place.The journey begins with one step. Please don't come closer unless you plan to stay. I'm tired being in the wrong relationship. I really mean it.



happiness is real when shared