.

.

Sunday, August 17, 2014

.Xplore Borneo : Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam .



Bismillah.

Hmmm. Hari ni macam semangat pulak nak up story. Maybe sebab boring tahap ayam nak beranak kot. Haiiiyaaa. Fefeling tak de khoje. Padahal melambak haaaa. Cuma mood hilang tah ke mana. Seminggu kursus, mula la malas nak mengajorrr khenn.

Ok dah bab merapu. Semalam, 16 Ogos 2014, aku dan hausmates kaki jalan sekalian ke Brunei. Trip yang tak de la beria nooo kami plan. Just cakap, jom g Brunei, then 'on'. hehe/

Bermula dari Lawas, kami terus ke Limbang. Nak ke Limbang tu, kene lalu 4 imigresen. Haa. Sebabnya, kami kena lintas negara Brunei (Temburong) dulu sebelum sampai Limbang. Then, sampai Limbang, kami singgah ke rumah senior aku. Sempat la brekfes kat sana kan. Jimattt dah situ. Haha. Ok, dari Limbang, kami terus masuk ke Tedungan, Brunei dan terussss ke Bandar Seri Begawan. So, total, 6 imigresen kami harungi. Cewahhh.

1 - imigresen untuk keluar Malaysia dari Lawas.
2 - imigresen nak masuk negara Brunei dari Lawas then masuk pekan Temburong
3 - imigresen keluar negara Brunei untuk ke Limbang
4 - imigresen nak masuk ke Malaysia dari Brunei tadi.
5 - imigresen keluar Malaysia ke Tedungan, Brunei
6 - imigresen masuk Brunei dari Limbang dan teeeerussssss ke Bandar Seri Begawan.








Tudiaaaa. Banyak bebenor imigresen. Penuh la buku merah aku lepas niii. Hehehe. dari Lawas ke Bandar Seri Begawan tu almost 2 jam +++ jugak la. Depends on pemanduan korang la. Dalam negara Brunei wajibbbb ikut had laju tauuu. Kalau tak, 50 dollar korang burn la ye. Seriussss, semua bawak slow motion je. 65, 80 kmj. Salute wehh. Satu lagii, dorang kalau tengok pejalan kaki nak lintas  kat garisan belang belang tu, terus berhenti kan kereta. Perghh. Terbaikk. Then, ibu negara Brunei tak de la besar sangat. Besar lagi Kota Bharu kott. Tapi serius tenanggg je bandar die. Tak sibuk. Kereta pun berhemah tahap skema kot. Heee.






 Sampai kat area jeti ke Kampung Air, ada la orang akan datang kat korang, ''mau pusing kampung air?'... haaa. Pepandai la kau cari yang murah kan. Biasanya 10 dollar je. Kalau kau kenyit mata sikittt dapat la 8 dollar kot. Hahaha.





Excited sikit la round kampung ni, even aku dah pernah pergi kampung air kat Lawas and Sabah. Tapiiii, kat sini lain enviroment dia wooo. Bersih gilaaaa. And ada orang dok kutip sampah area kampung tu. Macam majlis daerah gitewww. Kampung air kat Brunei ni macam terancang sikit la. Kedai runcit, kedai makan, masjid, dewan, gym semua adaaa. Sekolah pon ada kauuu. Sekolah rendah sampai 2 3 buah. Sekolah menengah pon hade. Haaa. Walawweiiii.





Haaa. Ni la salah satu sekolah rendah kat situ. Cikgu cikgu semua naik bot. Tak hadooo yang bawa Honda City, Vios bagai. HAHA.





Ni dia yang aku kagum. Perumahan atas air yang di hadiah kan oleh sultan depa. Kemain lagikk rumah atas air. Siap ade ekon bagai. Design kalah rumah atas tanah ni uols. Ada yang setingkat, ada yang dua tingkat. Jangan memain eh, dorang ni kaya kaya tauuu.





Abang tu bawa kami pusing kat depan istana, depan istana tu ada macam batu or bukit sikit kat tengah. Yang belakang kamiii tu. Katanya ada cerita di sebalik kewujudan batu tu. Macam cerita si tanggang la lebih kurang. Bila air surut pukul 6++ petang, banyak la buaya berkumpul kat keliling batu ni. Then bila ada kematian ahli keluarga sultan, buaya akan keliling batu ni and ada sekor buaya putih timbul. Batu ni akan terapung macam tu la. Mitos atau rekaan aku tatau la kan. Hehe.





Alhamdulillah, rezeki kami kot. Owner bot yang kami sewa tu buat open house. Ape lagi, menonong kami naik ke rumah owner bot tuu. Atas air jugak. Nak masuk ke rumah die, lalu gym dulu. Abang tu punya kauuu. Stay SOliddddd tuuu. Then rumah die besar kot. Siap ada ekon ngan playground untuk anak anak dalam rumah. Kau hado? Haha. Orang gaji pun ade. Bot entah berapa bijik. Memang banyak la kami makan kan. Sebab dah tengah hari. Perut dah kriukkk kriukkk. Heee.

Memang perghhh la soto dan kek die. Buah durian kuning lagii. Duku tu yang paling banyak aku telan. Pebret kann. Haaa. Kenyang perut senang hati. Duit pon jimatttt, Phewww~





Haa. Ni la abang sadooo. Owner bot tu. Heee.






Kami sempat masuk mall kat tengah bandar ni. Ada satu je kot mall. Then, macam tak ramai orangg. Rupanyaaa, kat sini, dorang cuti hari Jumaat dan Ahad. Sabtu sekolah macam biasa. Serius kat mall tu tak de orangg sangatt. Dan, yanggg paaaaaaaaaaaaaalingggg aku suka dengan negara ni, mana-mana signboard or banner ke ape, mesti wajibbalghunnah ada tulisan jawi dulu kat atas then baru kau nak letak tulisan rumi ke siam ke ape. Wajib hokeyyy. Kat dalam mall, nama kedai semua tulisan jawi kat atas. Then masa lalu kat Temburong, ada signboard "utamakan bahasa melayu". Thumbs up la weii!





Kami masuk surau dalam mall ni. Walawehh, bukak pintu dah terujaaa. Macam kat hotel lima bintangg. Tenmpat wudhuk, almari letak telekung, cermin besar, luassss! Siap ada kerusi lagi sebelum masuk surau. Tempat menunggu la. Tapi semua dalam satu bilik. Surau dia pulakk masyaAllahhhh. Selesa yang amat. Mall kecik, surau besarr. Beza sangat ;')





Lastly, kalau tak bergambar kat masjid ni tak de makna datang Brunei. hehe. Kat sini ada masjid yang kubah nya diperbuat daripada emas. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Ada satu lagi masjid, tapi tak sempat la pegi. Then, ada sartu lagi tempat menarik, Emperial Hotel, dinding dia daripada emas wooo. Kelas raja-raja la duduk situu. Kita mampu pegi tengok jela. HAHA





Kalau aku kikis emas tu aci dakk? Nak buat belanja kawen. Kahkah

Total perbelanjaan aku ke Brunei

Minyak + parking = RM45. Bahagi 5 orang, RM9. 
Sewa bot, 10 dolar. Korang darab la dengan RM2.57. 

Haaa, satu lagi, selain wajibbb patuhi had laju, korang kalau nak pegi naik kereta sendiri, better isi siap siap. Fulltank ok. Sebab minyak sini mahal untuk pelancong.





Alhamdulillah. Tak ada rezeki nak kerja dekat dengan keluarga, Allah bagi rezeki untuk aku melawat tempat oranggg. ;')


Happiness only real when shared. :')

0 comments: