long time no see guys.
aku dah mula rasa blog aku ni macam blog travelog la. tips jalan sana sini. haha. nak buat macam mana. kpm hantar aku ke borneo supaya aku jelajah borneo puas puas! haha
Tawau ni salah satu tempat besttt kat Sabah yang patut wajib dan mesti pergi. kalau korang nak pegi pulau yang ohsem kat semporna, memang kena transit tawau lah. sebab non hade flight ke semporna. tapi tawau pun banyak tempat best. nak beli mutiara memang ni la tempat dia uols! very da ohsem. haha.
If korang dari semenanjung or sarawak, haruslah naik flight kan. kalau dari sarawak boleh jugak drive. setakat dari lawas, limbang, miri tu berbaloi la drive. if korang dari sibu, bintulu sane, aku suggest naik flight k. tak pepasal sakit bontot duduk dalam kete. T______T
if ikut jalan darat, aku start dari kk la ye. ada dua jalan. first, kimanis-keningau-kalabakan-tawau. amik masa 4-5 jam lah. second, KK-ranau-telupid-tawau. jalan ni amik masa 8 or 9 jam paling cepat. jauh hokeyyy. so kalau ada tiket flight murah, sila park kete kat epot then naik flight hokeyy. :P
dari epot tawau, memang ada bas untuk ke bandar tawau and bas tu berhenti kat stesen bas lah. mana lagi! haha. jangan risau. teksi pon bersepah. tapi kalau nak jimat and korang ni bekpekes, baik la naik bas. jimat. kate bekpekes kannn. then korang boleh stay kat bandar tawau. if korang nak g semporna, boleh terus beli tiket bas ke semporna. tawau ke semporna almost 1 hour and 30 minutes plus minus lah. teksi kalau tak silap rm90++. bas pulak rm10-rm15.
nak tido mane?
oh. dun wory bekpekes sekalian. kate bandar transit kan. so, bersepah hotel. tapi korang kena rajin la suvey, hotel mana yang selesa. bekpekes bekpekes jugak. suvey kena rajin beb. jangan nanti ko sampai, nengok hotel tak gaya hotel. hehe.antara hotel kat tawau :
1. hotel belmont marco
2. promenade hotel
3. my inn
4. istana monarco
5. kingston hotel
6. hotel heritage dan banyakkkk lagi. erkkk. suvey ye nanti. haha.
hotel ni semua area bandar tawau je. senang korang nak jalan jalan cari makan. round bandar tawau semua. semua lengkap kat bandar tawau ni, ada giant, atm, kfc... hehe.
tempat wajib pegi?
1. pasar tanjung.
makcik kakak mak umii mama mummy semua meeesssti suka pegi pasar ni. sebab banyak jual bahan kering macam ikan kering.makanan laut kering semua laa.
2. pasar gantung
pasaar ni 5 minit je dari pasar tanjung tadi. pasar gantung ni banyak jual hasil kraftangan. kalau nak beli souvenir kat kengkawan. boleh la ke pasar gantung. keychain, baju, fridge magnet semua ada. so wajib datang okayy.
kalau datang tawau, tak sah kalau tak rasa sup sup kat sini. semua jenis sup ada. sup payau pun hadoo. perghh. memang seda baq hangg. tawau ni jugak syurgaaa seafood. semua murah murah. fresh lagi. memang berbaloi la kalau kau makan kat sini. kat tawau ni setahu aku ramai orang indon. so masakan dia ala ala indon la. so boleh la throwback zaman zaman ke bandung dulu. haha.
1. bukit gemok
2. balung river eco resirt
3. teck guan cocoa meseum
4. shan shui golf & country club
5. tawau hills park
6. maliau basin
lupa pulak. tawau ni terkenal dengan produk koko. kalau datang sini haruslah pegi ke muzium koko tu. tawau jugak tempat transit untuk ke pulau pulau. antara pulau dalam wishlist, sipadan, mataking, sebatik, mabul, bohey dulang dan banyak lagi oiii. hehe. alang alang datang sini, haruslah ke kampung tampi tampi. tempat shooting cerita duyung lakonan apek dan maya karin tu uols.
next entry nanti aku cerita lagi kayy. stay tuned. ;')
happiness only real when shared ;')
0 comments:
Post a Comment